28

82 12 1
                                    

Riku menguap. Dia mengantuk. Dia hanya dapat tidur sebentar malam tadi lepas berjaga sepanjang malam dengan membaca buku.

"Kau nampak ngantuk, Shinano. Kau Tak tidur semalam?" tanya Kiyomitsu.

"Ah, saya berjaga malam" kata Riku.

"Buat apa kau berjaga malam?" tanya Yasusada.

"Akita, Houchou Dan Gokotai tidur di bilik saya. Saya perlu betulkan posisi tidur Houchou, kembalikan patung Gokotai yang jatuh bila Gokotai mula menangis dalam tidurnya Dan teman Akita ke tandas" kata Riku.

"Susah jugak bila ada adik-beradik yang ramai. Nasib baiklah saya anak tunggal" kata Kiyomitsu.

"Saya pun" setuju Yasusada.

"Cemburunya. Nak rasa jugak macam mana jadinya anak tunggal" kata Riku cemburu.

"Walaupun anak tunggal tapi agak sepi jugak" kata Kiyomitsu.

"Betul tu. Bila mak Dan ayah sibuk dengan kerja, kita tinggal seorang diri di rumah tanpa siapa-siapa teman" kata Yasusada.

Mendengar pernyataan itu mengingatkan memori kecilnya. Dia sentiasa keseorangan di bilik hospital tanpa ibu bapa atau abangnya. Mereka sibuk dengan kerja harian mereka. Riku pula hanya mampu duduk di katil Dan mendongak tengok langit di luar tingkap.

"Kedua-duanya ada manfaat jugak" kata Riku.

Telefon Riku bergetar. Dia melangkah keluar untuk menjawab panggilan sebab orang yang menelefonnya adalah Presiden Takanashi.

"Helo, Presiden"

'Riku-kun, lepas kamu habis sekolah, boleh kamu datang ke sini?'

"Boleh. Takde masalah. Ada apa-apa berlaku ke?"

'Rakan pasukan kamu nak jumpa kamu'

"... Macam tu ke... Baiklah. Saya akan datang selepas sekolah"

Riku tutup panggilan. Dia menghela nafas.

"Dah tiba Masanya ke?"



Habis sahaja persekolahan, Riku berjalan menuju ke Takanashi company. Daripada panggilannya dari Presiden, mungkin sudah tiba Masa dia berjumpa dengan ahlinya dan mengetahui perkara yang sebenar.

Dia tiba di hadapan pintu. Sebaik menekan loceng, dia menunggu seseorang untuk membuka pintu. Kali ini Tsumugi yang membuka pintu.

"Ano..."

"Saya datang untuk bertemu dengan Presiden. Dia panggil saya ke sini" kata Riku.

"Ya! Semua sudah menunggu" kata Tsumugi.

Dia berjalan menuju ke pejabat president bersama Tsumugi. Sebaik mereka tiba, mereka terus masuk ke dalam pejabat. Di dalam pejabat itu, Idolish7, Presiden dan Banri sudah menunggu kedatangan mereka.

"Eh, Shinano? Apa kau buat Kat sini?" tanya Mitsuki.

"Shinanon?"

"Kau... Waktu tu..."

Riku memandang ke arah Presiden Takanashi. Presiden memberi isyarat dengan anggukan. Riku berpusing menghadap ke arah ahlinya.

"Konnichiwa, saya adalah Nanase Riku. Ahli terakhir Idolish7" kata Riku.

"... Eh?"

"Eh!!!"

.
.
.

Presiden sedang membuat kerja di pejabatnya sebelum pintu pejabatnya diketuk.

Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now