17

108 12 1
                                    

Hari sudah tiba pada Hari event Idolish7 dan Trigger akan berlangsung di sebuah stadium. Ramai peminat Idolish7 dan Trigger mula berkumpul di luar stadium sejak siang tadi. Dia antara mereka, Midare, Gotou Dan Shinano jugak sudah tiba.

   "Wah, saya Tak sangka ramai yang datang ke sini" kata Gotou.

   "Kau Tak kenal siapa mereka. Trigger antara kumpulan idol yang sangat terkenal. Idolish7 masih rookies tapi dengan hubungan mereka yang sangat rapat, ramai peminat yang mengimpikan mereka lakukan persembahan bersama" jelas Midare.

   "Banyak benda yang kau tahu" kata Shinano.

   "Mestilah. Saya mengumpul semua maklumat pasal mereka Dan tarikh-tarikh penting" kata Midare.

   "Stalker" kata Gotou.

   "Apa?!"

   "Bertenang! Kejap lagi kita boleh masukkan" kata Shinano.

Tepat pada pukul 6 petang, staff sudah membebankan para peminat masuk ke dalam stadium. Stadium itu penuh dengan para peminat. Gotou Dan Shinano kagum melihatnya.

   "Penuh satu stadium Ni. Hebat" kata Gotou.

   "He he, sekarang kau tahu kepopulariti mereka" kata Midare.

   "Ceh!"

Shinano Hanya tersenyum melihat mereka bergaduh.




Konsert telah bermuka dengan Idolish7 mempersembahkan lagu mereka, Monster Generation dahulu sebelum Trigger. Mereka berganti giliran sehingga persembahan sub-unit. Bermuka dengan kumpulan Mezzo bersama Tsunashi Ryunosuke. Seterusnya, Pythagoras Dan Yaotome Gaku Dan terakhir sekali, Izumi Iori dan Kujo Tenn.

Shinano fokus melihat abang kembarnya, Kujo Tenn. Dalam hatinya, dia gembira. Dia gembira abangnya berjaya mencapai impiannya sebagai idol seperti yang dia bagitahu sebelum Ni tapi pada masa yang sama, dia sakit. Memori Lima tahun lepas mula diimbau balik. Waktu itu, dia Tak mampu buat apa-apa kerana dia sakit, badannya lemah.

   "Tenn-nii..."

Berbanding dengan Gotou, Midare Dan semua peminat di situ, Hanya dia seorang sahaja yang tidak menunjukkan minat terhadap persembahan sepanjang konsert itu sejak mula.
























Zing...!





Shinano memegang telinganya sebab ia tiba-tiba berdesing kuat. Apa jadi? Selain telinga berdesing, kepalanya mula berasa berat. Dia Tak boleh nak menegakkan badannya sebab menahan rasa berat. Dia melihat Gotou Dan Midare. Gotou Dan Midare masih berseronok melihat persembahan, jadi dia Tak mahu mengganggu mereka dengan keadannya. Jadi dia ambil keputusan untuk berjalan keluar tanpa mereka perasan.

.
.
.

   "Shinano, tadi tu hebatkan?" tanya Gotou tanpa memandang.

Gotou mula keliru apabila Shinano Tak menjawab. Apabila dia memandang, Shinano sudah tiada di sebelahnya.

   "Shinano..."

Shinano berjalan longlai sambil tangannya menahan pada dinding untuk menyeimbangkan badan. Dia Tak dapat nak berjalan tegak. Penglihatannya jugak kabur. Telinganya masih berdesing.

   "Shinano!"

Shinano memandang ke belakang, melihat, Midare Dan Gotou berlari ke arahnya. Sebelum mereka sampai di tempat dia berdiri, Shinano sudah jatuh terbaring ke lantai.

   'Huh, saya pengsan lagi. Gotou Dan Midare mesti sangat risau sekarang. Apa mereka sedang cakap? Jangan tunjuk wajah risau macam tu. Saya cuma... nak... tidur...'











Beginning Of The EndWhere stories live. Discover now