10

3.2K 198 12
                                    

BAM!

Terhinjut Raisya dan Wafirin. Mereka melihat ke tingkat atas di mana bilik  Aryna berada. Mereka pandang sesama sendiri.

"Apahal pulak tu?",tanya Wafirin..Raisya hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu. Dia juga malas ambik port. Tahu sangat kalau tu tindakan Aryna pasti ada yang tidak kena.

Aryna yang berada dalam bilik menahan amarah. Tangan yang luka tidak dihiraukan.

"Eiiii benggong punya jantan. Untung kat sekolah tadi. Kalau kat luar tadi memang berkecai kepala. Tak pasal pasal aku yang mendapat. BODOH!Menyusahkan aku je"

Aryna membebel seorang diri. Marah dia pada lelaki itu masih menebal. Masih segar dalam ingatan dia raut muka yang seiras dengannya.. Tetapi dia tidak mengetahui siapa lelaki itu.

Aryna mencapai tuala di penyidai setelah nafasnya teratur. 'Baik aku keluar gi markas.Tenang sikit',desis hati Aryna.

Baru sahaja dia melangkah ke dalam bilik air,deringan telefon menyebabkan pergerakan dia terhenti. Dia melepasakan nafas kasar.
'Potong betul lah..Setan mana yang call ni',rungut Aryna.

'KAK ZAI'

Dia mengeluh. Dia mengangkat panggilan itu.Belum sempat dia memberi salam orang sebelah sana sudah memberi dia arahan.

"Woi budak kau datang hospital akak sekarang. Akak nak check keadaan kau."

"Wei setan,salam mana salam?. tak sempat apa apa dah terjah orang. Orang tua kau tak ajar ke apa.",sembur Aryna. Keadaan hening seketika.

"Sorry sorry. Assalamualaikum warahmatullah wahai adikku tersayang.",balas Dr.Zaira

"La reti bagi salam rupanya ingat tak reti bagi salam. Hah kau nak apa? Potong lah kau ni."

"Free ke tak datang tempat kerja aku. Orang bagi tarikh bukan nak datang.Tahu lah tak suka ubat tapi datang la at least aku tahu kau ok ke tidok. Ada faham? lagi satu orang tua aku orang tua kau jugak."

"Adumak kau ni kak. Semak arh.. Yelah nanti aku datang. Dalam pukul 3.Aku nak mandi,solat,makan kejap.tak payah nak bebel."

"Lepas solat terus datang..Kita makan sekali. Dah lama kan tak makan sekali."

"ok then. Bye"

Tanpa menunggu sebelah sana balas dia sudahpun meletakkan panggilan.Dia sambung aktiviti dia yang tergendala.

🌸🌸🌸🌸

"Kau nak gi mana?",tanya Wafirin.Dia merenung Aryna atas bawah.

"Jumpa akak aku jap.Asal?",tanya Aryna kembali.

"Nak ikut",jerit Raisya dan Wafirin. Terkejut Aryna mendengar jeritan tersebut. Dia menjeling tajam.

"Pahal setan. Takde kerja nak jerit bagai. Nak ikut cepat siap.Lambat aku tinggal"

Berdesup mereka berdua menyiapkan diri. Aryna hanya mengeleng. Dia melangkah ke garaj kereta.mereka bergerak ke hospital..

Hampir 15 minit di jalan,mereka sampai di hospital.Mana tak cepat sampai,berdesup Aryna bawak kereta macam jalan tu dia punya.

"Apa? macam tak biasa aku drive",kata Aryna. Naik rimas dia bila Raisya dan Wafirin tatap dia tajam.
mereka hanya diam..

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang