Special Chapter 1

2.5K 180 13
                                    

Aryna leka menghadap fail-fail yang bertimbun dalam bilik kerja di rumah keluarga angkatnya. Sudah 4 jam setengah dia terperap dalam bilik tanpa dia sedar. Jeyz yang kebetulan melintas bilik kerja adiknya berkerut dahi melihat cahaya dari bilik itu. Dia melihat jam di skrin telefonnya.

"Aih budak ni buat apa tak tidur lagi. Dah pukul 2.30 pagi kut",gumannya. Dia mengetuk bilik lalu mengintainya. Dia menggeleng kepala perlahan melihat adiknya leka menyemak fail penting dengan earfone di telinga. Dia menghampiri adiknya dan mencabut earfone Aryna.

"Suka sangat pakai earfone",kata Jez sambil duduk di depan adiknya. Aryna hanya tersenyum. Dia mengeliat merenggangkan saraf. Jeyz menatap adiknya sayu. Aryna yang perasan tatapan itu mula pelik.

"Dah kenapa abang tengok adik macam tu?",tegur Aryna. Dia mengemas barangnya yang bersepah. Jeyz menggeleng kepala perlahan.

"Esok dah cuti sem kan? Jadi ke balik Malaysia?",tanya Jeyz sambil bermain dengan pen Aryna. Aryna mengangguk lalu memandang Jeyz yang bermain dengan pennya.

"Flight pukul berapa?",tanya Jeyz lagi.

"Tengah hari kut. Pagi tu abang Arziel ada kerja. Adik pun nak ke kolej juga pagi esok. Nak hantar assignment yang bulan lepas. Lupa nak hantar tadi",jawab Aryna.

"Kenapa abang?",tanya Aryna apabila melihat kebisuan abangnya. Jeyz tersedar dari lamunan lalu menggeleng. Aryna merenung Jeyz dekat.

"Dah pergi masuk bilik tidur. Esok nak pakai tenaga lagi",kata Jeyz lalu keluar dari bilik adiknya. Aryna menutup lampu meja dan menyaing langkah Jeyz. Dia memegang tangan Jeyz membuatkan langkah Jeyz berhenti.

"Abang....",panggil Aryna lembut. Jeyz berpaling ke arah Aryna lalu mengangkat kening sebelah. Aryna membawa abangnya ke dapur. Jeyz hanya mengikuti Aryna dari belakang.

"Adik nak tanya sikit boleh?",tanyanya sambil menuang air  susu ke arah Jeyz. Jeyz mengangguk membenarkan.

"Abang tahu maksud eodumeul geodeo like a star?",tanya Aryna sambil meminum air kopi tinnya.

"You take away my darkness like a start",jawan Jeyz. Aryna tersenyum mendengar jawapan Jeyz.

"Nak tahu something tak? Masa adik tahu yang adik sakit kan,adik down gila. Adik mula berubah sedikit demi sedikit. Abang pun yang adik ada keluarga angkat lain selain keluarga abang. Adik start buat treament tu lepas arwah ibu meninggal.Masa tu umur adik 11 tahun. Tiada siapa pun tahu yang adik kena buli dari adik tadika sehingga tingkatan 3 kecuali Raisya dan Wafirin. Dua orang ni lah yang tolong adik daripada kena buli. Masa ni pula adik berhenti buat treatment sebab adik rasa tiada guna adik teruskan kalau keadaan adik makin teruk. Sampailah satu tahap adik hilang kawalan adik benarkan sisi lain kawal adik. Sejak sini ramai yang takut kalau tertembung dengan adik. This time i felt like my world become dark. Xian mula kawal adik tidak kira apa jua keadaan dan suka buat masalah. After setahun Xian bersama dengan adik,muncullah Xinder backup Xian. Masa Xinder muncul adik dalam keadaan marah yang amat. Dalam fikiran adik cuma ada bayangan darah. Selepas beberapa bulan Ixer pula muncul. Ini sebab adik terlalu rindukan belaian keluarga. Adik terlalu rindu arwah ibu,keluarga asal adik. Rindu yang teramat tapi adik hanya mampu pendam",cerita Aryna sambil memandang kawasan rumahnya.

Jeyz yang mendengar mula memahami kehidupan adiknya. Dia hanya mendiamkan diri. Dia ingin adiknya luah segalanya apa yang terpendam dalam jiwa kosongnya.

"Abang mesti pelik kan bagaimana adik boleh handle semua syarikat sedangkan umur adik setahun jagung lagi dan bagaimana adik terlibat dengan dunia gelap. Dari kecil lagi adik berminat dengan benda ni semua. Datuk adik belah ibu ketua dunia gelap,jadi adik dilatih,dikawal dengan ketat tapi adik main-main. Datuk belah ayah adik pula jenis suka bekerja. Masa Xian muncul,dia kotakan segala impian adik seperti yang abang tengok sekarang.  Sebab tu adik bila dah hadap fail adik tak tengok jam nak pula Xian bergabung dengan adik lagi adik leka dengan fail.Lepas adik jumpa family asal adik terlibat dengan kemalangan. Masa terlibat dengan kemalangan itu Ixer yang kawal. Dia tak boleh terima keluarga adik. Dari sini lah adik jumpa keluarga abang lepas adik terima sesuatu yang buatkan adik bernafas sehingga sekarang",sambungnya.

Gadis DinginWhere stories live. Discover now