11

3.1K 229 8
                                    

EHEM!

Aktiviti renung merenung terhenti apabila Daniel berdeham. Muka dia usah dicakap memang merah habis. Qayyim pula selamba sahaja.

"Amboi kau ambik kesempatan dalam kesempitan eh"sakat Amran.Mereka ketawa.

"Bengong"ketus Aryna.Dia mengambil roti dan air mineral yang dikirim. Dia mencampak ke arah Qayyim.

"Makan.Diam"

mereka hanya berbual kosong berselang seli dengan ketawa. Paling banyak mengusik tentang Aryna dan Qayyim.
Dan guru masuk,sesi pelajaran bermula.

Subjek terakhir kelas 4Bronze,Sejarah tapi cikgu cuti sakit. Kelas ketika itu memang bising. Aryna mengambil beg dan melangkah keluar.

"Ryna,mana?",tanya Daniel separa jerit.

"Fly disiplin",jawab Aryna dingin."kau balik dulu aku mungkin balik lewat",kata Aryna kepada rakannya.

Raisya dan Wafirin hanya membuat simbol ok.Dia terus melangkah keluar. Masa untuk ponteng!

Sejam Aryna berada dalam bilik disiplin,dia mula mengemas barangnya. Dia menapak keluar ke parkin kereta.

Dia terkejut bila ada yang menarik beg dari belakang.badan terdorong ke belakang dan tangan dia terkena pasu yang pecah.

"Auch.Mesti sakit kan",sinis lelaki yang menarik dia tadi.

"kau ni sape tiba tiba datang tarik aku.Nak rasa sakit ke tak?aku boleh je toreh muka kau guna benda alah ni",tanya Aryna dengan bengang. Lelaki itu hanya sengeh.

"Sakit?",tanya lelaki itu polos.Aryna pandang atas bawah dengan riak tak puas hati.'Ada yang berkecai kepala nanti',desis hati dia.

Lelaki itu senyum sedikit dan mengosok kepala Aryna sehingga tudung menjadi senget. Dia membisikkan sesuatu.

"Untill we meet again,sweetie.Take care dear"

Tercengang Aryna mendengar bisikan itu.Dia memandang langkah lelaki itu dengan bingung. 'apa maksud dia?',desis hati Aryna

Terbangun Aryna daripada tidur dengan mendadak.Dia meraup muka yang basak dek peluh.'Adumak apasal aku mimpi pasal kejadian semalam'tanya Aryna pada diri sendiri.

Dia termenung seketika dan terkejut bila jam loceng berbunyi menandakan pukul 3.30 pagi.

Dia bangun ke bilik air untuk mengambil wuduk untuk solat sunat. Rutin harian yang sering dia lakukan jika dia terjaga.

🌸🌸🌸🌸

"Morning Ryna!",jerit Raisya. Dia meletakan beg di ruang tamu lalu ke dapur.Dia melihat ada semangkuk bihun goreng.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang