Hari demi hari. Minggu demi minggu. Bulan berganti bulan. 3 bulan sudah berlalu namun Aryna tetap tidak sedarkan diri. Keluarganya tidak jemu melawat dan menemati Aryna. Mereka sabar menanti Aryna daripada terus tidur.
Raisya pula mula bersifat seperti si kakak. Persis Aryna,dingin,tidak banyak cakap dan bercakap dengan datar. Begitu juga dengan Arziel. Kedua-dua mengusai sekolah bagi menggantikan ketua mereka.
Wafirin tidak lagi bersama mereka. Setelah ayahnya sedar mereka sekeluarga berpindah ke luar negara dan menetap terus di Rusia.
Qayyim juga turut terkesan malah mereka yang rapat dengan Aryna. Masing-masing berubah sifat. Sepuluh patah yang ditanya sepatah yang dijawab.
Raisya dan Arziel berjalan beriringan di koridor sekolah. Memang rutin harian mereka untuk melawat kembar mereka selepas habis saja waktu sekolah.
"Sape ambik hari ni?",tanya Arziel.
"Kembar",jawab Raisya sepatah. Dia berhenti di loker Aryna. Dia meletakkan sekeping note di pintu loker Aryna.
Secara tidak sengaja dia terpandang susuk tubuh seseorang. Dia mengecilkan matanya untuk mengecam orang tersebut. Bulat matanya setelah melihat wajah itu.
'FUCK ALICE!',carut dia dalam hati. Dia kenal orang itu. Kawan Xinder di Tokyo dan sekarang menjadi musuh hanya kerana cemburu dan dendam.
'Minah ni buat apa kat sekolah? Tak pernah-pernah datang Malaysia. Mimpi apa minah ni',Raisya tertanya-tanya dalam hati sendirian.
"Oit dik. Cepatlah. Kembar dah bising tu",
panggil Arziel sedikit kuat. Terhinjut bahu Raisya akibat terkejut. Dia melolot ke arah si abang. Mulutnya terkumat-kamit menyumpah Arziel."Bodoh la mamat ni. Buat terkejut aku je. Panggil tu macam tak boleh kuat lagi",gumam dia perlahan. Dia menghampiri Arziel dan menyepak punggung Arziel kuat.
"Tu makan dia. Asal tak ambik mikrofon je panggil aku",kata Raisya dengan bengang.Arziel mendesis sakit.
'Kuat juga minah ni sepak. Tak padan dengan kecik',desis hati Arziel.
"Dah aku panggil banyak kali kau bukan nyahut. Ralit sangat tengok budak tu. Minat ke?",kata Arziel.
"Memang tak lah aku minat kaum aku sendiri. Aku betul lagi takde belok-belok. Kau tu hah yang belok",kata Raisya dengan nada ingin cari gaduh. Terbuntang mata Arziel mendengar kata-kata Raisya.
"Kau cakap apa tadi ketot?",tanya Arziel.
"Kau belok",jawab Raisya kuat. Lantas Arziel mengambil langkah seribu mengejar si adik.
"Aku betul la tenuk. Sesedap mulut kau kata aku belok",jerit Arziel kuat. Berdesup mereka berdua berkejaran hingga ke depan pagar sekolah.
Tercenggang mereka yang melihat agenda kejaran Raisya dan Arziel. Dalam diam mereka melepaskan nafas lega. Sekurang-kurangnya rakan terdekat ketua pengawas mereka tersenyum walaupun mereka tahu esok pasti menjadi singa semula. Tapi tidak untuk sesorang. Dia tersenyum sinis.
'Soon,Rose. Soon. Lepas Black mampus kau pula',
Raisya yang terpandang orang itu tersenyum senget. Bukan dia tak nampak senyuman sinis orang itu. 'Kau salah orang nak main brat',desis hati Raisya.
Ardfan dan Ardfin ketawa kecil melihat kelakuan adik-adiknya seperti budak kecil. Itu sudah membuat mereka bahagia melihat gelak ketawa beradik itu.
"Woii cepatlah. Aku lapar ni",jerit Ardfin. Ardfan memandang si abang tidak percaya.
"Serius ah bang?",tanya dia. Ardfin pandang kembarnya.
"Apa?"
"Kau lapar? Kita baru makan kut sebelum datang ambik dorang. Perut ke tong kau ni",kata Ardfan.
"Gurau la ngok. Daripada dorang tu buat drama baik aku hentikan. Kesian mummy duk tunggu kita tapi kita tak sampai-sampai",balas Ardfin.
"JOM!"
Terkejut Ardfin dan Ardfan mendengar suara dari tempat belakang. Mereka pusing ke belakang. Mereka mengerut dahi melihat Arziel dan Raisya.
"Bila masa korang masuk?",tanya mereka serentak. Raisya dan Arziel tersengeh.
"Tadi. Masa korang berdebat. Hehe. Jom lah tapi sebelum itu bawak kitaorang makan dulu. Lapar",kata Raisya manja. Si kembar mengangguk. Mereka bergerak ke destinasi mereka.
🌸🌸🌸🌸
Puan Syadiana merenung wajah anak sulong perempuannya. Dia mengeluh perlahan. Dia bersendirian dalam ward Aryna.
"3bulan dah tapi kakak masih lagi tidak sedarkan diri. Kakak benci ke nak tengok muka mummy,daddy dengan abang-abang yang lain. Tak suka kami takpe tapi bangunlah untuk Fina. Hari-hari menangis rindukan kamu",kata dia bersendirian.
"Wake up girl",sambungnya.Dia tahu anaknya dengar setiap perkataan yang dia cakap. Buktinya air mata mengalir disebalik mata tertutup.
"Kenapa nangis ni sayang. Mummy tak marah kakak tapi mummy rindu kakak. Mummy tahu kakak pun mesti rindu kan",kata dia sambil mengelap air mata Aryna yang mengalir.
"Mummy....",panggil Raisya dan Arziel serentak. Puan Syadiana memandang mereka berdua dan tersenyum.
"Datang dengan sape?",tanyanya.
"Kembar",jawab mereka berdua. Puan Syadiana mengangguk. Dia memandang Aryna semula.
"Kak bila kau nak bangun wei. Kau tahu tak semua orang rindu kau. Kat sekolah pun ramai tanya pasal kau. Kau takde rasa nak bangun ke wei",Raisya memulakan percakapan. Dia duduk di sebelah ibunya.
"Mummy nak balik ke?",tanya Arziel. Dia membuka buntang baju sekolahnya. Dia melempar bajunya ke arah Raisya. Raisya memandang abangnya tajam.
"Kotor sial",kata Raisya dengan carut. Terbuntang mata Puan Syadiana mendengar carutan Raisya.
"Elok la tu carut dekat abang"
Dia menjentik bibir Raisya kuat. Terjerit kecil Raisya bila dapat jentikan kasih sayang daripada si ibu. Arziel tersenyum kekok.
"Kamu Arfan.. Ada je modal nak bagi adik carut. Lagi sekali mumny dengar korang berdua mencarut,mummy humban dalam kandang singa daddy",pesan dia dengan tegas. Raisya dan Arziel mengangguk.
"Apa yang bising-bising ni? Sampai kat luar dengar",tegur Tengku Syamieq. Dia masuk dalam ward bersama Arnaz,Arzhan dan Arnaqi. Puan Syadiana,Raisya dan Arziel pusing belakang.
"Takde apa-apa. Arzfan ni hah suka sangat buat Fina carut. Sape ajar lah",kata Puan Syadiana dengan geram.
"Kakak",kata mereka serentak. Arziel dan Raisya tersengeh. Tengku Syamieq menggeleng kepala. Ada saja jawapan.
"Malam ni sape jaga kakak?",tanya Arziel.
Semua pandang Raisya. Raisya mengangkat kedua-dua tangan ke atas seperti menyerah."Not tonight. Ada hal malam ni. Tukar orang",selamba dia berkata. Terbayang raut wajah Alice yang tersenyum sinis di sekolah tadi.
"Aku jaga"
Semua pandang ke arah suara. Qayyim bertinggung di tingkap ward. Raisya mengangkat kening.
"Malam ni aku jaga Aryna. Esok kan hari minggu",kata Qayyim. Dia menghampiri Aryna. Dia tersenyum sayu.
"Kau je ke?",tanya Arziel. Qayyim menggeleng.
"Aku,Daniel dengan Amri"jawabnya. Mereka semua mengangguk faham.
"Jom lah kita. Lewat petang dah ni",ajak Arnaz.
"Uncle pulang dulu. Nak makan,boleh tekan butang merah tu takpun guna kad dalam laci meja tu",kata Tengku Syamieq. Qayyim mengangguk. Mereka keluar pulang.
Qayyim melihat Aryna lama. Air mata lelakinya jatuh entah yang ke berapa kali. Jelas dia menyayangi gadis itu.
"Wake up honey. I miss you"
Happy reading. Sorry lama tak update. Tq support dn abaikan typo😌

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Novela JuvenilAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...