Qayyim termenung di balkoni biliknya sambil mendengar lagu dari loptopnya. Di tangannya terdapat beberapa keping gambar Aryna. Jujur dia rindu akan gadis tu. Dia mengerling jam pada laptopnya,4.30 pagi. Dia mengemas barangnya lalu masuk ke dalam bilik.
Dia memandang jadual di atas meja lalu mengeluh perlahan. Lagi beberapa hari tahun baru menjelang. Dia mencapai hoodie yang tersangkut di belakang pintu lalu memeluk kemas. Hoodie itu adalah hoodie milik Aryna yang Raisya berikan padanya.
Raisya makin pulih selepas kejadian yang ditimpa beberapa bulan lepas. Nia juga telah diberhentikan dengan sebab yang berat. Qayyum dan Raisya juga bakal bertunang selepas abangnya itu tamat SPM.
'Kan best kalau Yana ada. Takdelah Reen kesepian macam ni',desis hatinya. Sekali lagi dia mengeluh. Tidak sedar yang jam sudah menunjukkan pukul 5.30.
Qayyim keluar dari biliknya dan turun ke dapur. Terlihat mummynya dan Kak Za sedang menyediakan bahan untuk masak sarapan. Dia mengambil gelas dan botol jus oren tanpa menghiraukan tatapan pelik ibunya.
"Ada rumah pula budak bertuah ni. Biasa kul 10 baru nampak batang hidung",perli Tengku Afrina. Kak Za hanya tersenyum dengar perlian majikannya. Qayyim mencebik.
"Ada dekat rumah salah,takde dekat rumah salah",kata Qayyim perlahan. Namun dapat didengari oleh mereka berdua. Tengku Afrina menggeleng kepala melihat sikap anaknya yang makin hari makin dingin. Tiada langsung senyuman di bibir sejak kehilangan gadis itu.
"Bukan mummy tak suka Qay ada dekat rumah. Cuma mummy pelik biasa kan Qay takde dekat rumah selagi tidak pukul 10 ke atas",kata Tengku Afrina. Dia menjeling anaknya yang leka merenung gelas di meja. Dia menghela nafas berat.
"Masih tak boleh move on lagi?",tanya Qayyfan yang lengkap berpakaian melayu. Qayyim tidak menjawab melainkan mendiamkan diri.
"Sudah-sudah la tu Qay. Aryna pun dah nak masuk 4 bulan meninggal. Kau tak kesian dekat dia ke?",tanya Qayyfan lagi. Qayyim meletakkan gelas atas meja kasar. Dia menjeling abangnya tajam.
"Jangan sibuk hal aku",kata Qayyim lalu naik ke bilik. Tengku Afrina dan Kak Za menggeleng kepala melihat ketegangan antara mereka adik beradik.
"Kamu ni pun Along. Dah tahu adik sensitif bab tu yang kamu sebut jugak kenapa. Mummy penat tau tak tengok kamu adik beradik bertekak. Masing-masing dah besarkan. Dah ada anak isteri. Sudah-sudahlah dengan perangai budak-budak kamu tu",kata Tengku Afrina sambil menggeleng kepala.
"Takdelah. Yang dia nak marah sangat kenapa? Along tegur je. Lagipun Qay tu dah tak macam dulu. Itu yang buatkan along nak je terajang dia. Adik tak adik,kalau perangai kalah anak along ada yang masuk hospital karang",jawab Qayyfan geram. Dia meminum air lebihan adiknya untuk menahan kegeraman yang membara.
"Tak payah nak tegur. Aku cara aku. Kau cara kau. Jangan campur urusan aku",sampuk Qayyim dari belakang. Dia mengambil kunci kereta di dalam kotak.
"Qay tak balik hari ni",kata Qayyim ringkas. Dia memandang abangnya sinis lalu melangkah keluar dari rumah.
"Keluar tak balik terus pun takpe",kata Qayyfan geram. Dia juga mengikuti langkah Qayyim. Tengku Afrina mengeluh berat.
"Awak tengoklah Za. Macam mana tuan nak mengamuk hari-hari. Abang ke barat adik ke timur. Adik pula jenis tak boleh orang masuk campur urusan dia. Abang jenis yang ambil tahu setiap pergerakan adik adik dia. Adik makin hari makin sensitif. Abang makin hari makin suka cari gaduh",keluh Tengku Afrina.
"Biasalah puan. Qay belum dapat terima lagi kehilangan Aryna. Qay tu kan sayang sangat dekat Aryna. Puan pun ada cakap dekat saya kan yang Qay pernah berpisah dengan Aryna. Kalau dulu dia boleb tertekan sebab berpisah apatah lagi sekarang. Lagi dalam kesan dia tu puan. Puan jangan risau lah pasal Qay tu. Nanti saya cuba cakap dengan dia",pujuk Kak Za. Dia hanya mempu memujuk majikannya supaya tidak risau tentang anak-anaknya. Tengku Afrina hanya mengangguk.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Teen FictionAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...