Masing masing dalam kereta.Kelvin dan Adam berpandangan sebelum pandang Aryna. Aryna senyum sinis. Tahu sangat makna itu.
"Lumba?"sampuk Danny. Mereka berpandangan lalu senyuman sinis terukir di bibir masing-masing.
"of course",sahut mereka serentak.
Bunyi exzos kereta mereka mengaum kuat.Satu persatu kereta mereka keluar daripada perkarangan syarikat tinggi itu.
"See you",kata Kelvin yang memandu kereta abangnya Kevin. Pedal minyak ditekan kuat.
6 buah kereta memecut membelah jalan raya yang agak lenggang pada petang itu. Mereka saling bersaing dia atas jalan raya tanpa menghiraukan nyawa masing-masing.
Ditambah dengan bunyi ezxos kereta yang membingitkan telinga malah ada yang melopong ketika mereka melintas.Kelajuan yang mereka bawa sangat laju membuatkan pengguna jalan raya yang lain gerun untuk melintas.
Setengah jam berlumba di jalan sekarang satu persatu kereta masuk ke kawasan rumah Tengku Syahmiez.
"Nice ah. Lepas gian aku nak drife",kata Vivin dan Adam serentak.Mereka ketawa besar kecuali Aryna.
"Wei asal?",tegur Danny bila menyedari Aryna diam tidak berkutik. Aryna pandang mereka sebelum menggeleng.
"Aku ok just teringat kat Hazreen",kata Aryna singkat lalu masuk ke dalam rumah.Yang lain hanya mengikuti langkah Aryna.
Masuk sahaja dalam rumah,terkedu melihat rakan subahat mereka merangkap sepupu Aryna
"Damn Dilia",kata mereka serentak. Dilia tersentak melihat sepupu dia pandang tajam setajam pedang.Dia tersenyum kelat.
"Hye?",tegur Dilia. Aryna hanya pandang tanpa membalas teguran sepupunya.
Sepupu yang disangka telah mati sekarang berdiri di depannya.Dia tersenyum sinis lalu masuk ke bilik.
BAM!
Terhinjut bahu mereka yang di ruang tamu.Dilia mengeluh perlahan.Pasti sepupunya marah kepadanya.Senyuman kelat dilemparkan kepada rakan rakan dia yang lain.
"How come you can saved?",tanya Danny keliru.Apa yang dia ingat,Dilia tidak sempat keluar daripada bangunan lama kerana meletup.
"Aku sempat terjun daripada bangunan tu.Aku terjatuh dalam semak dan kepala aku terhantuk pada batu. Setahun koma dan aku dijaga oleh orang suruhan grandpa",balas Dilia.
Adam merenung muka Dilia.Dia akui muka Dilia cantik walaupun banyak bekas jahitan.Dan wajah itu membuatkan dia jatuh hati pada Dilia 4 tahun yang lalu.
Dilia mengalihkan pandangan pada Adam yang diam membisu sambil merenung dia. Dia membalas renungan mata Adam sehingga Adam mengalihkan pandangan dia.
"Buat apa datang sini?",tanya Adam datar.Dilia tersentak dengar suara Adam.
"Aku datang sini sebab aku rindu korang.Lagipun grandpa suruh",jawab Dilia. Adam diam membisu sama yang lain.
Keadaan hening sehingga Aunty Dira menyuruh mereka berehat dalam bilik masing masing termasuk Dilia. Tapi Adam mengambil keputusan untuk tenangkan fikiran di kolam.
Jujur dia rindu pada Dilia malah sedikitpun tidak berkurang rasa rindu pada gadis itu. Dia memejam mata seketika.
Tersentak bila ada yang menyentuh bahu dia.Dia membuka mata dan melihat Dilia disebelahnya sambil tersenyum.
"Awak marah saya?",tanya Dilia perlahan setelah dia duduk sebelah Adam.Adam diam tidak berkata.
"Betul la kan awak marah saya. Kalau tak awak takkan diam dan dingin dengan saya. Bukan saya taknak muncul tapi saya tahu apa reaksi korang bila nampak saya. Tapi saya tetap datang untuk jumpa korang.Dan seperti yang saya jangka. Korang semua pasti terkejut dan black mesti marah saya. Tak pe lah saya minta diri dulu.Mungkin saya tidak diperlukan lagi",kata Dilia sayu.Dia bangun untuk pergi.
YOU ARE READING
Gadis Dingin
Teen FictionAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...