20

2.9K 178 5
                                    

BUSH!

Terus terbangun Arziel. Dia meraup muka serta rambut ke atas. Dia menikam tajam mata si adik yang tayang sengeh tak bersalah.

"Tak reti nak kejut leklok?",tanya Arziel dingin. Dyna meneguk liur mendengar suara dingin si abang.

"Sorry.. Dyna ikut apa yang Along suruh je",perlahan Dyna menjawab. Mata dia sudah berkaca-kaca takut dimarahi.

"Dah keluar. Abang nak mandi. Tolong bawak turun baju kotor abang",pinta Arziel tanpa memandang Dyna.Dia berlalu ke bilik air. Nak marah bukan salah si adik.

"Abang dah bangun?",tanya Darish kepada Dyna yang turun sambil membawa bakul baju milik Arziel.Dyna hanya mengangguk.

Arziel turun ke bawah dengan muka dingin. Dia pandang abangnya dengan tajam. Dia membaling kotak air yang diminumnya.

"Woii apa ni?",jerit Darish. Arziel buat muka tidak bersalah.

"Sape suruh kau kacau aku tidur? Kau sehari tak kacau life aku memang tak sah",balas Arziel.

"Tengok jam adik oii dah pukul berapa. Solat subuh tak?",tanya Darish. Tangan dia lincah menekan papan kekunci laptopnya.

Arziel menuju ke arah abang sulongnya. Dia meletakkan kepalanya atas peha Darish.

"Eh long ni baru first time orang bangun lambat. Cuti kan. Bagi chance lah orang nak bermalasan",kata Arziel sambil menatap muka kacukan abangnya.

"Ada je jawapan dia",mengeleng Darish dibuatnya. Tangan dia sesekali mengosok rambut Arziel. Maklumlah Arziel ni memang suka bermanja dengan dia.

"Bang nak makan tak?",jerit Dyna di ruang makan. Tersentak Darish dan Arziel dibuatnya.

"Dyna oii kau tu anak dara.Jangan nak menjerit la budak. Pandai pandai lah abang kau ni cari makan",jerit Darish.
Arziel hanya mendengar.

"Cakap orang. Dia pun sama jerit jugak. kalau suara tu perlahan tak pe ni gajah pun boleh lari",kata Dyna. Dia menghulurkan air kopi kepada alongnya.Arziel ketawa mengekeh mendengar bebelan Dyna.

"Hah abang. Tilam dah jemur belum?",tanya Dyna. Arziel mengeleng.

"Kejap lagi Dyna suruh maid baru tu jemur",pinta Arziel. Dyna mengangguk.

"Projek baru ke long?",tanya Arziel. Mata dia memandang sekilas pada laptop Darish.

"Tak pun. Ni projek kat China yang bekerjasama dengan Diamond holding",jawab Darish. Arziel meng'ouh' sahaja.

"Takde plan apa apa ke hari ni? Ibu babah takde. Balik kampung ibu,maksu beranak. Along kejap lagi nak keluar. Yang lain masing masing keluar lepak kejap lagi"tanya Darish sekali gus menjawab soalan yang akakn ditanya.

Arziel memandang Darish. 'Macam tahu tahu je soalan aku',desis hati Arziel. Darish mengangkat kening.

"Dah masing masing nak keluar orang pun keluar jugak la kut. Entah tengok lah. Either pergi markas atau pergi rumah adik orang",jawab Arziel seraya menutup mata. Seketika dia terlelap pada peha Darish.

Darish pandang ke arah peha dia. Tersenyum dia melihat wajah polos Arziel yang sedang tidur.

CUP!

Dia mencium dahi Arziel. Dyna turut memberi ciuman pada Arziel. Kedua duanya tersenyum.

"Sayang kau sangat sangat. Walaupun kau hanya adik angkat aku,aku sayang kau sama rata dengan adik aku yang lain. Tapi aku kena lepaskan kau jugak bila kau habis belajar nanti. Mana nak dapat adik macam kau.Otak mereng sampai pening aku nak layan. Degil kau yang buatkan aku geram dengan kau. Aku rindu kau nanti"

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang