13

3K 211 5
                                    

Raisya yang baru sahaja keluar dari biliknya bergegas masuk dalam bilik Aryna.Jelas dia melihat Aryna meracau-racau dalam tidur segera dia bangunkan sebelum makin melarat.

Aryna bangun secara refleks.Dia meraup muka dengan kasar.Mimpi itu!Mimpi yang membuat dia dalam ketakutan.Dia melihat Raisya di sebelah yang sedang merenung dengan redup.

"the same dream sister?",tanya Raisya.Dia tidak terlalu mengetahui kisah hidup kakak kembarnya.Kakaknya itu suka pendam dan diam daripada luah dan bercerita.Aryna hanya mengeleng.

"Keluar.Aku nak mandi. Training",tanpa nada dia menghalau adiknya.Dia bangun dan mencapai tuala tanpa hiraukan Raisya berlalu masuk dalam bilik air.

Raisya mengeluh.Dia merenung pintu bilik air seolah olah dia merenung kakak dia itu. 'apa yang kau pendam kak?salah ke aku nak tahu',getus hati Raisya. Dia melangkah keluar dengan hati sebal.

Aryna terduduk di bawah curahan air.Dia memeluk lututnya dan setitik demi setitik air matanya gugur.Dia membiarkan air membasahi dirinya seiring air mata yang galak mengalir.

'Kenapa?Apa salah aku?Maafkan aku.Aku tak mampu'

🌸🌸🌸🌸

Aryna melangkah ke kawasan latihan.Dia memandang Adril yang rancak berborak dengan abang dia.Siapa lagi kalau bukan Adrian.Dia mengeluh perlahan.

'Aku rindu kau'


Lamunan dia lenyap mendengar wisel di telinganya.Dia pandang Wafirin dengan tajam.Maklumlah tempat  bola jaring dan basketball hanya bersebelahan.

"Pahal? Nak cari gaduh ke apa?",tanpa sengaja dia menguatkan volume suaranya.Wafirin hanya mengeleng.

"Kau yang berangan. Fokus. Kau lewat sejam tau tak untuk latihan!Bukan berangan,mengeluh tak tentu pasal.Cukuplah kat rumah aku tengok kau macam ni.Hati mati ke?",sindir Wafirin lalu pergi ke latihan dia..Aryna tersentap dengar ayat Wafirin.

"Hati mati ke"tergiang giang dalam kepalanya.Dia menunduk menekur lantai court training.

'Yes hati aku mati.Mati bersama dia',kata Aryna perlahan.Cukup perlahan dan hanya dia yang dengar.

Dia cuba memotivasikan diri sendiri dengan semangat.Dia melangkah ke arah teamnya.Teamnya sudah berbaris siap seperti selalu mereka berlatih.

"warm up like as usual. Memandangkan team boy baru ditubuhkan,aku serahkan team girl kepada Adril.Tapi jangan ingat korang boleh buat sesuka hati.Aku sentiasa pantau korang.Fokus untuk beberapa hari.Aku nak penat lelah kita berbaloi nanti.Faham?",tanya Aryna datar.Team Adril mengangguk tanpa bantahan.

"So,aku akan jadi leader korang buat sementara.Untuk game next week team korang tidak terlibat tapi korang dibenarkan ikut melihat game team lain. Now aku bagi masa 10 minit bincang sape akan jadi captain team korang.Dan kalau boleh yang bertanggungjawab dan ...",kata kata Aryna terhenti bila Atif mengangkat tangan.

"Adrian jadi captain",kata Atif di setujui ahli lain.Aryna mengangguk tanda dia juga setuju.

"Adrian.Kau tahu aku macam mana so please",kata Aryna dibalas anggukan menandakan Adrian faham maksud Aryna.

"Let's training.Warm up first. Buat macam team girl.After that,buat dua team.Aku nak tengok basic korang.Remember even you guys not ina game but focus like you in a game",pesan Aryna dan latihan bermula.

"Thanks untuk komitmen korang.Teruskan macam ni sampai game.Then sebelum aku lupa,esok aku dan beberapa orang ahli takde.So yang lain tolong training like as usual. Walau aku takde jangan ingat korang boleh ponteng latihan.Dan mungkin aku takde a few days.",kata Aryna dan latihan berakhir tepat pukul 6.30 petang.

Gadis DinginWhere stories live. Discover now