Special Chapter iii

2.4K 183 60
                                    

Sejak bertembung dengan lelaki pujaan hatinya,jiwanya mula tidak tenang. Pelbagai persoalan bermain di mindanya. Jiwanya berkemacuk dengan apa yang dia dapat petang tadi.

"ARGHHHHHH",jeritnya kuat. Dia mula tidak terkawal. Dia mengamuk dengan agresif.

Keluarganya yang mendengar jeritan Aryna mula cemas terutama sekali Jeyz dan Reyz. Mereka merempuh masuk dalam bilik Aryna yang kebetulan tidak kunci. Mereka tergamam melihat keadaan bilik adiknya yang tidak terurus. Reyz melilau mencari adiknya dan secara tidak sengaja dia memijak lantai yang basah. Dia memandang ke bawah. Laju dia merempuh bilik air adiknya.

"ADIK!!!",jeritnya kuat. Luluh hatinya melihat darah mengalir dari lengan dan kepala adiknya. Dia segera mendukung adiknya yang tidak sedarkan diri.

" Apa jadi ni?",kalut mereka sekeluarga melihat keadaan Aryna. Ayahnya mula merawat Aryna dengan berhati-hati takut menyakitinya. Selepas merawat Aryna mereka turun ke bawah kecuali ibunya untuk menemani Aryna.

"Apa yang jadi sampai adik tidak terkawal?",tanya ayahnya. Jeyz,Wrez dan Reyanz memandang Reyz.

"Reyz tak tahu. Dalam kereta masa balik tadi pun dia senyap je. Reyz ajak berborak pun dia tak layan",kata Reyz.

"Mesti ada yang terjadi di kolej tadi sampai dia hilang kawalan",sampuk Reyanz. Masing-masing memandang Reyanz.

"Adik dah lama tak buat mengamuk macam tu. Kalau mengamuk pun bukan agresif begitu. Nak kata dia tak makan ubat,hari-hari dia makan",kata Rryanz.

"Dah lah dia nak balik Malaysia",kata Wrez. Ayah mereka menggeleng.

"Dad tak bernakan dia balik Malaysia. Keadaan dia teruk macam ni",kata ayah mereka tidak setuju. Mereka semua mengangguk setuju dengan apa yang ayahnya kata.

"ARGHHHH!"

Laju Jeyz berlari naik ke bilik adiknya selepas mendengar jeritan kuat adiknya. Dia melihat ibunya cuba memeluk Aryna yang agresif mengamuk. Dia menghampiri adiknya lalu memeluk kuat adiknya sambil mengucup kepala Aryna.

Aryna cuba melepaskan diri daripada di peluk tetapi makin kuat dirinya dipeluk. Dia menumbuk belakang Jeyz kuat dengan berharap Jeyz melepaskan pelukan tapi tidak berhasil. Akhirnya dia menangis dalam pelukan Jeyz.

Jeyz menepuk pundak bahu adiknya perlahan sambil menenangkannya. Seketika terdengar dengkuran halus. Dia melepaskan pelukan lalu membaringkan adiknya yang tertidur selepas menangis.
Dia membetulkan selimut adiknya dan mengelus lembut kepala yang berbalut itu. Dia mengeluh perlahan.

"Abang tak tahu apa yang buatkan adik sehingga hilang kawalan sebegini rupa. Adik tak pernah agresif sebelum ini. Macam mana abang nak lepaskan adik balik Malaysia kalau keadaan adik tidak menentu. Jangan buat abang risau sayang. Abang tak nak hilang adik dengan cara ini. Semoga cepat sembuh sayang abang",katanya perlahan dan mencium dahi adiknya.

Dia mengemas bilik Aryna yang bersepah dan penuh dengan kaca. Wrez masuk bilik Aryna dan menolong Jeyz yang sedang mengemas bilik adik perempuannya.

"Tak sanggup aku tengok adik dengan berbalut macam tu",kata Reyz sambil menghulurkan air pada Jeyz dan Wrez yang baru lepas mengemas bilik Aryna. Jeyz tersenyum kaku.

"Bukan kau je,aku lagi tak sanggup. Kalau kita adik beradik luluh hati tengok keadaan adik macam tu  Dad dan mum apatah lagi.  Adik dah la satu-satunya adik perempuan kita,keadaan dia bukan normal macam kita",kata Jeyz. Mereka semua mengangguk mengiyakan kata-kata Jeyz.

Wrez berkerut dahi melihat satu gambar lelaki yang tertacap dengan pisau. Dia mencabut pisau dari gambar itu dan menghampiri adik beradiknya.

"Wey korang kenal lelaki ni?",tanya Wrez sambil meletakkan gambar itu atas meja belajar adiknya. Reyz mengerut dahi melihat gambar itu penuh dengan darah.

Gadis DinginWhere stories live. Discover now