Sejak awal pagi lagi,rumah keluarga Jez sudah didatangi ramai orang. Hari ini adalah hari perkhawinan Qayyim dan Aryna. Bryan dan Sakura serta Hirito dengan Ryana. Sibuk mereka melayan tetamu yang hadir.
Wajah Puan Syadiana dan Tengku Syamieq kelihatan berseri-seri menyambut menantu yang kedua terakhir. Yang lagi berseri pastinya pasangan yang bakal disatukan sebentar nanti.
Mereka semua berpakat untuk melakukan upacara akad nikah dan kenduri pada hari yang sama. Ini dapat mengurangkan risiko memandangkan mereka daripada keluarga terpengaruh besar. Siapa lagi kalau bukan Xion Xinder dan Tengku Syamiez serta Aryna.
Zafran,ZaqwanZack,Zaira dan Zaty turut hadirkan diri majlis perkhawinan adik degil mereka. Kecuali adik bongsu mereka yang tidak dapat hadir kerana urusan mendadak.
Kini Aryna,Sakura dan Ryana sah menjadi isteri kepada Qayyim,Hirito dan Bryan dengan sekali lafaz. Raisya pantas mengucup kedua-dua belah pipi kakak kembarnya. Ada air mata yang mengalir di pipi Aryna. Raisya pantas mengambil tisu sambil mengelap air mata Aryna lembut.
Pasangan pengantin menghadap Puan Syadiana dan Tengku Syamieq serta Tengku Qayyril dan Tengku Arfina memohon restu dan doa untuk kebahagian rumah tangga yang baru dibina. Tidak lupa Qayyim dan Aryna turut bertemu dengan ahli keluarga yang lain.
Selesai mengambil beberapa keping gambar kenangan,mereka bergegas ke tingkat atas untuk bersalin pakaian untuk majlis persandingan pula. Tetamu memenuhi khemah-khemah untuk menjamu selera selepas pengantin selesai mengambil gambar.
Aryna hanya tersenyum melihat wajah bahagia keluarga besarnya dihari bahagia. Qayyim juga telah lesap bersama rakan perniagaannya. Bukan Qayyim tidak mangajak dirinya tetapi saja dia malas.
"Dah besar adik along yang degil teramat ini"
Aryna menoleh ke sisi lalu memeluk tubuh tegap Zaqwan. Zaqwan membalas pelukan adiknya. Tidak ketinggalan juga adik beradik Zaqwan yang lain. Aryna memandang Zack lalu mengetuk kepala abangnya kuat. Zack mencerlung tajam kepada Aryna yang tersengeh tidak bersalah.
"Kau kan budak. Pantang tengok muka aku ada je nak cari gaduh. Untung hari ni hari bahagia kau kalau tak memang aku selam kepala kau dalam kolam ikan tu",kata Zack geram. Aryan hanya menjelir lidah pada Zack. Mereka ketawa melihat pergaduhan kecil adik mereka.
"Tahniah adik akak. Nanti bagi kitaorang anak buah comel tau",usik Dr.Zaira. Aryna menjuling mata malas. Terasa bahang pipinya dengan usikan Dr.Zaira.
"Jangan cakap adik kau pun sama kak. Bila nak khawin? Adik yang lagi muda dari kau dah khawin. Kau pulak bila?",tanya Zaqwan dan Zafran serentak. Dr.Zaira mula berubah riak.
"Ada jodoh khawin lah",sampuk Dr.Zaty membantu kakak kembarnya menjawab. Aryna tersenyum nakal.
"Mana nak datang jodohnya kalau korang tak cari. Tapikan adik ramai sepupu lelaki. Pikat lah mana tahu sangkut",ujar Aryna selamba. Terbuntang mata mereka mendengar idea adiknya.
"MEMANG TAK LAH!",kata Dr.Zaira dan Dr.Zaty serentak. Mereka ketawa besar melihat riak muka Dr.Zaira dan Dr.Zaty yang tidak puas hati. Kerana ketawa mereka agak kuat membuatkan tetamu tertoleh pada mereka.
"KAK!"
Aryna menoleh ke belakang. Dia bangun dan mendukung Rafia yang merengek. Dia menepuk perlahan belakang Rafia sehingga Rafia berhenti merengek. Rafia memandang Zaqwan lama lalu menghulurkan tangan ke arah Zaqwan. Aryna hanya memberi Rafia pada abangnya.
"Anak sape ni?",tanya Zafran sambil bermain dengan Rafia. Mengekek budak itu ketawa kerana digeletek oleh Zafran.
"Raisya",jawab Aryna sepatah. Masing-masing menganguk. Masa Aryna hanya pada adik beradik itu sambil berbual kosong. Jez Wrez dan kembar meghampiri adik mereka yang ralit gelak ketawa dengan beberapa orang yang mereka tidak kenal.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Teen FictionAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...
