41

2.3K 182 15
                                    

Raisya memerhati gerak geri Arziel dan Avien. Riak wajahnya serius sahaja. Bunyi ketukan pintu membuatkan dia alihkan pandangan.

"Sorry ganggu tapi kelas kamu ada pelajar kamu seramai 5 orang",kata Cikgu Faz.

Terangkat kening Raisya mendengar 5 orang. Seorang demi seorang masuk membuatkan Raisya mengukir senyuman yang dia saja yang tahu.

"Cikgu tinggalkan kamu di sini ya. Raisya atau Naqwin akan handle kamu.  Raisya lepas rehat pertama pergi bilik mesyuarat sekali dengan yang lain",kata Cikgu Faz lalu berlalu.

"Zraq,Haq dan Had. Dua belakang sorang tepi aku. Kau perempuan duduk kat hujung sana",arah Raisya sambil merenung Avien dan Alice tajam.

"Bukan Arziel ke duduk sebelah kau?",tanya Zraq. Haq dan Had duduk di belakang mereka. Raisya mendecit.

"Dia nak duduk dengan Avien. Mulai hari ni ni tempat duduk korang dan kau Zraq tetap duduk sebelah aku",kata Raisya. Mereka mengangguk faham.

Raisya mengeluarkan telefon yang bergetar dalam poket blazernya. Berkerut dahinya melihat notification dari Grouop BD.

Adrian:
-Avien Ric
-Avien Qic
-Alice Rica
-Kembar tiga
-Avien Ric meninggal dunia 3 tahun lalu
-Avien Qic ketua DW dibantu Alice Rica. Mencari pembunuhan Avien Ric
-tatu pedang kecil di tangan belah kanan

Raisya menghempas telefon kasar. Dia merenung Alice dan Avien Qic tajam Zraq,Haq dan Had tersenyum sinis.

"Tak tahu pula aku mereka kembar macam kau",kata Had. Raisya tersenyum herot.

"Avien Qic huh? Nice play but loser",kata Raisya.

"Tapi kenapa Adrian tiba-tiba sent maklumat tu?",tanya Zraq. Raisya mengangkat bahu. Raisya kembali meraih telefon di depannya.

Raisya mengetap gigi kuat sehingga menghasilkan bunyi. Mereka bertiga menelan liur kesat. Mereka juga melihat rakaman video yang dihantar oleh Adrian.

"Patutlah kakak aku tak bangun-bangun. Sial kau Qic. Berani kau bagi racun dalam makanan dia sebelum ni",kata Raisya perlahan. Tangannya menggempal dan mukanya merah padam. Jelas dia sangat marah ketika itu.

Segera dia bangun dan keluar dari kelas. Sempat dia menyepak kerusinya sehingga terpelanting di luar kelas. Zraq,Had dan Haq pantas mengikuti langkah Raisya.

Naqwin yang perasan riak muka Raisya semasa keluar tadi mula berubah pucat. Pasti hari ni ada pergaduhan ataupun mengamuk. Dia berdiri ke depan kelas. Dia menepuk tangan untuk menarik perhatian mereka.

"Okey guys,tak banyak aku minta. Satu je,jangan buat masalah untuk beberapa hari ini. Korang sendiri nampak mood dia memang keluat. Jadi aku mintak dari korang jaga kelakuan korang kalau taknak kena denda dan pointer turun",kata Naqwin.

Alice dan Avien Qic yang mendengar mula tersenyum. Mereka berpandangan lalu melagakan penumbuk. Putra yang melihat gelagat mereka mula curiga.

'Asal pelik sangat dorang berdua ni?'desis hati Putra. Dia ialah orang suruhan Tengku Syahmiez untuk pantau cucu-cucunnya.

BAM!

PRANG!

Satu tingkat 3 blok Aswara keluar dari kelas termasuk kelas 4Bronze. Masing-masing menggeletar melihat amukan Penolong Ketua Pengawas mereka. Siapa lagi kalau bukan Raisya.

"Masak kita hari"

"Ganas gila"

"Aku berani pancit kereta Raisya kalau kelas tu tak jahanam"

"Mengamuk habis"

Alice dan Avien Qic yang melihat amukan Raisya sedikit sebanyak menakutkan mereka. Mereka tidak tahu yang Raisya adalah adik Aryna. Yang mereka tahu Raisya adalah orang penting yang bunuh kembar mereka.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang