54

2K 166 2
                                    

Bryan,Crya dan Arziel berdiri tegak di depan bangunan tinggi. Bryan dan Arziel memandang ketuanya yang kaku di antara mereka. Walaupun gadis itu memakai mask tetapi jelas tatapan matanya tiada perasaan.

"Malas pulak aku nak masuk",gumamnya perlahan. Bryan dan Arziel yang mendengarnya menepuk dahi.

"Dah malas yang kau datang jugak asal?",tanya Arziel geram. Crya memandang Arziel yang tengah menahan geram. Dia menggaru keningnya perlahan.

"Jom blah",ajaknya. Baru dia berpaling tubuh,dia jatuh terduduk akibat terlanggar seseorang yang kelam kabut. Crya mendesis perlahan.

"Kau ok tak?",tanya Arziel sambil membantu Cyra bangun. Crya mengangguk dengan tangan menggosok punggung yang terasa sengal akibat jatuh secara spontan tadi.

"Sorry-sorry. Saya nak cepat untuk interview. Sorry terlanggar kamu",kata orang langgar Crya terselit dengan pelat. Crya mengerut dahi mendengar sebutan itu.

"Sorry,are you from here?",tanya Bryan sopan. Perempuan itu menggeleng. Sikit pun dia tidak mengangkat muka kerana sibuk mengutip kertas di lantai. Arziel yang menolongnya terpandang resume perempuan itu.

"Are you from China?",tanya Azriel. Laju perempuan itu mengangguk. Arziel memberi resume itu kepada Crya. Dia terpaku melihat resume itu tetapi pantas dia menukar riak muka menjadi dingin.

"Silakan",kata Crya sambil menghulur kertas itu dengan datar. Gadis itu mengangguk dan secara tidak sengaja dia terpandang mata Crya. Jelas riaknya terkedu melihat anak mata Crya. Pantas Crya menundukkan kepalanya lalu berlalu.

"Miss Xinder?",katanya perlahan. Dia melihat jam lalu berlari anak masuk ke dalam bangunan tinggi dengan seribu persoalan. Ini kerana pemilik nama itu sangat terkenal dan dikenali ramai di negara kelahiranya,China. Ramai yang akan dapat mengenali orang itu dengan tatapan mata.

Crya hanya memerhati gerak geri perempuan itu dengan datar. 'Macam mana dia boleh sampai Malaysia',desis hatinya. Siapa tidak kenal Ryana Yu Ann,anak perempuan kepada Zuyi'er. Pemilik perusahaan kedua terbesar di China dan merangkap sepupu Crya.

"Bukan dia anak sepupu kau ke Crya?",tanya Arziel serentak dengan Bryan. Crya hanya mengangguk. Crya membetulkan hoodie,mask serta capnya lalu melangkah ke arah bangunan milik abangnya,Zafran.

"Eh minah ni,tadi kata malas masuk",kata Bryan dan Arziel serentak. Mereka berdua laju mengikuti langkah ketuanya yang jauh di depannya meninggalkan mereka.
Tatapan orang pejabat itu langsung dia hiraukan. Dengan selamba dia memasuki lift VIP bersama Bryan dan Arziel. Turut ada beberapa orang penting dalam pejabat itu. Tiba di tingkat 15,Crya keluar dari lift diikuti pengikutnya. Dia mengscan matanya di kaunter tanpa menunjukkan wajahnya.

"Sorry miss,may i know who are you?",sopan petugas itu bertanya kepada Crya yang tengah menulis. Crya tidak menjawab melainkan menghulurkan kad identitinya. Pucat lesi petugas itu setelah melihat kad hitam itu.

"Sorry madam",pohonnya. Crya mengangguk.

"Korang dua tunggu sini,aku nak masuk tengok dalam macam mana. Dan kau tutup mulut",kata Crya dingin. Laju petugas itu mengangguk. Patuh pada arahan ketua perempuan syarikat itu kerana dia masih sayang nyawanya.

"Aku tak rasa aman kat dalam",kata Arziel selamba. Bryan mengangguk setuju.Crya memerhati gerak geri pekerja abangnya. Ada yang tidur,ada yang tengah bergosip,ada yang kelam kabut menyelesaikan kerja. Dia sudah lali dengan pekerja dalam pejabat itu yang suka buat kerja akhir-akhir.

Dia berjalan masuk ke pantri,dia mengetap gigi kuat sehingga menghasilkan bunyi. Masakan tidak,pantri sangat berselerak dengan gelas letak merata,bekas dibiarkan terbuka. Dia menahan seseorang yang masuk ke kawasan pantri.

"Yes miss?",tanya dia sopan. Crya meneliti orang yang dia tahan tadi dari atas hingga bawah berulang kali.

"Budak baru?",tanya Crya dingin. Dia menangguk.

"Umur berapa? Nampak macam belasan je?",tanya Crya.

"17",jawabnya perlahan sambil menunduk. Membulat mata Crya mendengar umur orang itu.

'Mak aih,tua dia setahun je dari aku',desis hatinya. Crya mendehem untuk hilangkan riak terkejut tadi.

"Sape yang bertanggungjawab untuk pantri?",tanya Crya dingin bercampur tegas. Orang itu mengangkat tangan sendiri.

"Aik? Bukan orang lain ke? Dah berapa lama akak yang ambil alih pantri?",tanya Crya sopan walaupun dalam hati membara.

"Saya baru masuk 2 hari lepas,manager yang minta saya ambil alih pantri. Yang sebelum ini saya tidak tahu siape",jawabnya. Crya menendang kerusi pantri kuat dan membuatkan senior itu terkejut dengan tindakannya.

"Kakak kemas pantri ni then masuk bilik sana",kata Crya lalu keluar dari pantri meninggalkan senior itu terkebil-kebil.

Crya menepuk meja manager kuat.Habis terpelanting makanan ringan sehingga terkena pada muka Crya. Suasana yang bising menjadi sepi. Bryan dan Arziel melangkah masuk ke arah ketuanya yang jelas ingin meletup.

"Setan mana tepuk meja aku? Tak nampak ke aku tengah makan sambil layan movie ni. Nak mampus ke?",tengking manager tersebut. Crya tersenyum sinis disebalik mask.

PANG!

Terteleng kepala manager akibat tamparan kuat Crya. Terkedu semua yang melihat tindakan berani Crya. Manager itu memandang Crya walaupun dia tidak dapat mengecam Crya.

"Kau pahal budak? Mak bapak kau tak ajar ke untuk hormat orang tua?",tanya manager kasar. Sekali lagi Crya menampar manager itu. Bryan dan Arziel membuat riak sakit.

"Dah tahu kau tu tua,asal tak amanah dalam buat kerja? Kau ingat ni syarikat mak bapak kau?",tanya Crya dingin. Terus kaku manager itu mendengar suara halus Crya.

"Sedap kau je kan bagi kerja kau kat pekerja lain. Kau ingat kau sape nak arah-arah diorang untuk selesaikan kerja kau",kata Crya.

"Aku bos dorang. Memang patut dia kena buat kerja aku",selamba manager itu menjawab. Crya mendecit perlahan. Dia mendekati manager itu selangkah demi selangkah.

"Kalau kau bos dorang,aku nak tanya bila gaji dorang kau nak bayar?",sinis Crya bertanya. Manager itu terdiam.

"Setahu aku,gaji dorang sepatutnya masuk dari minggu lepas lagi",sambung Crya. Masing-masing terkedu mendengar kata-kata Crya.

"Aku tahu bukan kau yang handle bab gaji dorang tapi kau yang bertanggungjawab untuk pantau bahagian kewangan",kata Crya sambil menekan enter pada komputer manager itu.

"Kau nak jawab apa dengan ketua kau?',tanya Crya selepas melihat riak pucat manager itu. Crya tersenyum sinis,dia menepuk bahu manager itu perlahan.

"Get ready untuk bersoal jawab dengan ketua kau",kata Crya lalu melangkah masuk ke ruang yang tertera nama 'MADAM'

"MADAM?!!!"

Crya tersenyum sinis mendengar jeritan pekerjanya diluar. Manakala Bryan dan Arziel terkejut dengan jeritan mereka di luar.

"Gila! Dorang makan mic ke? Berdesing telinga aku",kata Bryan.Crya tertawa kecil dengar komen Bryan yang tengah menggosok telinganya.

"Tu baru dorang. Belum lagi abang-abang aku lagi. Lagi berdesing telinga kau kejap lagi dengar dorang mengamuk dalam bilik meeting kejap lagi",kata Crya. Bryan dan Arziel membuat muka pasrah.
"Dah nak buat macam mana,kami masuk dalam keluarga singa. Tahan je lah dengar korang mengaum',kata Arziel selamba. Crya mencerlung tajam ke arah Arziel.
"Apa? Aku cakap benda betul. Baran masing-masing tidak boleh dipisahkan langsung. Contohnya kau",sambung Arziel sambil makan makanan ringan yang berada di atas meja. Crya membaling botol air ke arah Arziel yang tersenggeh tak bersalah.
'Belum sempat abang-abang kau meletup,kau dulu yang meletup',desis hati mereka.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang