Aryna berjalan bersahaja di kawasan markasnya. Sejak bertemu dengan Tengku Arnaqi dan Tengku Syamieq,dia mula merasa tidak sedap badan. Tandanya kepala berdenyut kuat ditambah lagi dengan dunianya sedikit berpusing.
Dia memanjat anak tangga dengan lemah. Dia mendecit perlahan. Tangan pula memaut tangga dan dirinya bersandar pada dinding.
'Xian',panggil Aryna dalam fikiran dia. Dia mencengkam tudungnya kuat seraya menghantuk kepala pada dinding berkali-kali. Dia fikir dengan cara itu dapat mengurangkan rasa sakit tapi makin kuat merasa.
Dia mencangkung di tangga dan cuba untuk bangun. Baru dua anak tangga dia panjat,dia berhenti. Dunia dia seakan berpusing hebat dan dia jatuh.
Sunyi
Beberapa saat kemudian,dia bangun dengan gaya lompat tinggi. Sakit yang dia alami tadi sudah hilang.
"Haa!",keluar keluhan gembira dari mulut dia. Dia kembali memanjat tangga ke ruang atas.
Dia menolak pintu bilik Danny selamba. Danny yang baru selesai mandi terkejut dengan kehadiran Aryna.
"YAAH,ARYNA!",jerit Danny kuat. Dia menutup badannya dengan tangan. Aryna pandang Danny selamba.
"Wear your clothes. Pinjam bilik air",kata dia dan mengorak langkah ke bilik air dalam bilik Danny.
Danny berkerut dahi melihat tindak-tanduk Aryna. Rasa macam ada sesuatu yang tidak kena. Aryna tidak pernah terjah bilik orang kain sesuka hati. Nak masuk pun dia akan ketuk pintu dulu. Tapi melainkan dua orang.
"Hell",carut Danny perlahan.
IXER memandang cermin lama. Tersungging senyuman ngeri di bibir kecil dia. Dia mengganti baju yang dipakai dengan pakaian kesukaan dia. Hoddie merah serta topi.
Dia terjah masuk bilik Danny sebab dalam bilik air Danny ada satu bilik yang tidak diketahuinya. Dalam bilik tu semua barang Ixer.
Dia melepaskan rambut panjang milik 'TUAN' dia. Tudung? Sudah dia cabut daripada kepala. Dia keluar daripada bilik air.
"Hai",sapa Ixer dengan senyuman yang dia saja tahu. Danny terpaku. Ixer melangkah keluar dengan muka selamba.
"Hebat betul pengaruh XH",tergeleng kepalanya. Tengok cara pemakaian susuk tubuh tadi dia sudah mengeluh perlahan.
XIAN dengan IXER tak de kurang. Sorang mamat cina. Sorang minah cina. Hah padanlah tu. Identiti yang suka menghuru-harakan keadaan.
ARGHHH!!!!
Danny keluar bilik dengan kelam kabut. Laju dia berlari ke tingkat atas lepas dia mendengar raungan kuat seseorang. Tingkat atas adalah ruang menyeksa mangsa-mangsa yang buat onar dengan BD.
Terkelu lidah Danny. Adam,Lutf dan Adrian turut terkaku. Mereka memandang Ixer dengan pandangan terkejut.
Ixer mengesat darah di mukanya. Dia tersenyum manis. Dia mencangkung di depan orang kanan Kevin yang sudah terlentang di lantai.
"You know what,aku dah lama perhatikan kau. Dengan Black,Kevin dan Xinder kau boleh buat baik. Tapi bukan dengan Xian dan aku. Aku berterima kasih pada pengarah kat pejabat tadi. Dia berjaya buat Black lepaskan aku",kata Ixer sambil bermain pisau kecil.
"Remember i'm your bad dream also silent killer eyes. That's me",sambung Ixer. Dia berdiri dan menghunus pisau tadi tepat pada dada.
"DONE"
Adrian pandang Adam,Adam pandang Luft. Luft pandang Danny. Danny pandang Adrian. Masing-masing sudah berubah riak. Dada mereka berombak kuat.
"HELL!",jerit mereka serentak. Serentak mereka berlari mendapatkan Ixer.
🌸🌸🌸
Tengku Syahmiez mengurut pelipis perlahan. Dia baru dapat tahu daripada orang suruhan dia di Malaysia yang cucu keduanya sakan mengamuk.
Dilia yang melihat kegusaran datuknya mengerut dahi. Dia menghampiri Tengku Syahmiez.
"What's wrong grandpa?",tanya Dilia. Tengku Syahmiez memandang Dilia yang duduk di depan dia.
"Yana,Arfan dan Fina dah tahu tentang ayah sedara kamu. Syarikat Yana kerjasama dengan syarikat Pak Ngah kamu",kata Tengku Syahmiez. Dilia mengangguk faham.
"Then? What's the problem? Ok apa Dilia rasa. Dorang bertiga boleh kenal Pak Ngah. Pak Ngah pun boleh dekatkan diri dia dengan triplets tu",kata Dilia. Tengku Syahmiez mengeluh.
"Yeah that's right. But you know your master and your stubborn cousin. Dorang pun dah berapa lama tinggal bersendirian. Sah-sah lah dorang terasa hati. Orang yang disangka sudah meninggal masih hidup"kata Tengku Syahmiez.
"Lagipun tahu lah Yana tu. Kalau dah diri hilang kawalan,tahu kan apa jadi?",tanya Tengku Syahmiez sambil tersenyum nipis. Dilia tersengeh.
"Sah DIA tengah sakan mengamuk kan? Sape pula kali ni?",tanya Dilia. Dia menghirup air teh dan menyuap kek tiramisu.
"Ixer"
Tersembur sisa kek yang Dilia makan. Tersedak dia mendengar nama itu. Tengku Syahmiez tersenyum lucu meliha reaksi cucu dia.
"Uhuk! Uhuk! Serius lah grandpa?!"tanya Dilia terkejut. Perit tekaknya akibat sedakan tadi.
Tengku Syahmiez mengangguk."So malam esok,grandpa nak Dilia balik Malaysia. Ixer kan rapat dengan Dilia",kata Tengku Syahmiez dengan sedikit perlian. Perkataan rapat dia tekankan.
"Perli Lia?",tanya Dilia. Terselit nada merajuk. Tengku Syahmiez hanya ketawa kecil.
"Fine. I will back there. Tapi kalau markas tu meletup jangan salahkan Lia. Bukan grandpa tak tahu perangai minah cina mereng tu macam mana. Kena lah tu dia dengan Xian. Kedua-dua suka buat Lia berasap. Suka buat masalah. Tak sah kalau tak buat bala",bebel Dilia. Tangannya laju menyuap sisa kek di piringnya.
Sejak mak angkatnya meninggal dan dia dihalau keluar oleh ayah angkatnya, perubahan hidup sepupunya yang satu itu mula berubah.
Kalau dulu dia selalu tersenyum manis,banyak mulut,peramah tapi sekarang tidak lagi. Tiada lagi senyuman manis di bibir melainkan senyuman sinis dan datar. Tidak lagi peramah melainkan dingin dan suka menyindir secara halus.
Sejak mak angkatnya meninggal juga,dia lebih suka bermalam di markas. Dia mula menyibukkan diri dalam dunia gelapnya.
Sikap Aryna yang suka menyendiri menjadikan Aryna seorang yang mempunyai masalah gangguan jiwa. Perangainya yang berubah-ubah membimbangkan mereka semua. Sampai satu masa,Aryna disahkan 'sakit'.
Happy reading. Aku double untuk hari ni. Ganti sebab tak update 4 days ago. Actually part ni sedikit sebanyak tentang diri aku sendiri. Ayat yang aku cuba taip tu mungkin korang tak faham but sokey. It's just story right.. So enjoy. Abaikan typo. Tq for support

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Genç KurguAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...