"Morning mama",sapa Rayfan ketika Raisya turun ke ruang makan. Raydan dan Dilia juga ada bersama. Raisya senyum dan mencium Rayfan.
"Mana Achik nga atih my?",tanya Raisya sambil mengambil beberapa keping roti bakar. Dia melilau mencari dua abangnya. Kalau abang dia yang lain tak usah ditanya. Dah tahu jawapan.
TIDUR!
"Dah pergi pejabat. Ada meeting penting katanya",jawab Puan Syadiana. Raisya membulatkan mulut.
"Kau hantar aku Ray",kata Raisya kepada Raydan. Raydan pandang Raisya dengan kening terangkat.
"Pahal pulak?",tanya Raydan.
"Kau nampak Arziel ada tak kat sini? Takde kan? Kalau aku tunggu dia alamaknya memang aku ponteng hari ni",kata Raisya selamba.
"Jom",ajak Raisya. Dia mengambil beg dan disandang pada bahu. Dia menyalam ibunya. Raydan hanya mengikuti langkah sepupunya.Ya,dia sepupu Raisya dan juga sepupu Qayyim. Tapi tiada sapa yang tahu.
"Taknak tunggu abang ke?",tanya Puan Syadiana. Raisya menggeleng.
"Lambat",balas Raisya dengan menggigit roti. Puan Syadiana menggeleng kepala melihat. Baru dia hendak buka mulut Raisya sudah memintas.
"Op op mummy jangan nak bebel. Orang dah lambat. Nak bebel tunggu orang balik sekolah petang nanti. Bye bye mummy!",kata Raisya. Dia menyambar blazernya serta fail-fail penting. Dia melambai ke arah Puan Syadiana sambil berlari ke kereta milik Raydan.
"MUMMY!!!!"
Tersedak Puan Syadiana dan Dilia mendengat jeritan dari tingkat 3. Mereka berdua pandang sesama sendiri.
"Apa dia Arziel?",tanya Puan Syadiana selepas 10 minit Arziel menjerit tadi. Dia melihat penampilan anaknya dari atas ke bawah.
"Raisya mana?"tanya Arziel. Tangannya lincah mengemaskan pakaiannya yang sedikit selekeh.
"Raisya dah gerak tadi dengan Raydan",jawab Puan Syadiana. Arziel membuntang.
"Tarak guna punya adik. Saje nak cari gaduh",kata Arziel tidak puas hati.
"Kamu yang lambat",kata Puan Syadiana.
"Mana tak lambat,dia ubah jam loceng orang!",kata Arziel dengan geram. Dilia yang mendengar melepaskan ketawa. Arziel mencerlung arah Dilia.
"Pahal kau?",tanya Arziel datar.
"Balas dendam. Sape suruh kau rembat kek dia dalam peti semalam. Sebulan tu dia siapkan",kata Dilia selamba. Arziel menggosok tengkuk. Dia tersenyum sumbing.
"Nantilah aku ganti. My,orang gerak dulu. Assalamualaikum",kata Arziel seraya mencium pipi Puan Syadiana.
"Macam-macam ragam anak-anak aku ni",kata Puan Syadiana. Dia menggeleng kepala berulang kali. Dilia hanya tersenyum.
"Maklong nak pergi lawat Yana ke hari ni?",tanya Dilia. Puan Syadiana mengangguk.
"Haah. Tak de orang teman Yana. Kenapa?",tanya Puan Syadiana pada anak saudaranya itu.
"Saje tanya",balas Dilia ringkas.
🌸🌸🌸
"Thank's hantar",kata Raisya.
"Balik ngan sape?"tanya Raydan.
"Zraq kut. Nanti aku telefon kau",balas Raisya. Raydan mengangguk. Raisya melangkah masuk ke dalam sekolah sambil melambai ke arah Raydan.
"Morning Sya",tegur Had,Haq dan Zraq. Raisya membalas dengan anggukan. Mereka berjalan bersama sambil sembang kosong.
"Mana Arziel?",tanya Haq. Raisya tersengeh.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Fiksi RemajaAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...