29

2.6K 194 9
                                    

Aryna bersiap berpakaian kemas. Dia mengenakan pakaian pejabat yang dari kepala hingga kaki semuanya hitam. Sejujurnya dalam almari baju dia penuh dengan baju hitam. Dia mencapai beg tangan serta beg laptopnya dan beberapa fail penting.

Cuti sekolah sudah bermula. Jadi dia menggunakan masa itu untuk ke pejabat yang dah lama tidak pergi. Diamond Holding,hasil usaha dia sendiri. Dia bangunkan syarikat itu tanpa bantuan orang lain sejak berumur 13 tahun. Dia memang berminat dengan perniagaan sejak kecil lagi.

"Morning beruks",sapa Aryna sambil tayang sengeh. Raisya dan Wafirin memandang Aryna tajam.

"Bahasa tak boleh jahanam lagi?",tanya Wafirin.

"Kenapa? Nak tolong jahanamkan lagi bahasa aku ke?",tanya Aryna. Wafirin menunjukkan garfu seperti ingin menikam mata Aryna.

"Chill la. Pagi-pagi tak boleh stress. Rezeki tak masuk",kata Aryna selamba. Raisya hanya mengeleng kepala melihat pergaduhan mulut tersebut.

"Kau pergi dengan sapa,kak?",tanya Raisya.

"Hazreen",jawab Aryna sepatah. Raisya dan Wafirin mengangguk. Sejak tahu Qayyim tu lelaki yang dicari Aryna,mereka tersangatlah rapat sehingga ada yang mengatakan mereka sedang hangat bercinta.

"Kau gerak dulu. Nanti kitaorang follow dari belakang. Anyway clien dari China datang hari ni. Kevin bagitahu aku sebab dia tak masuk. Kelvin masuk ward",beritahu Raisya. Aryna mengerut dahi.

"Asal pulak Kelvin masuk ward?",tanya Aryna.

"Demam panas",sampuk Wafirin. Aryna meng'ouh'. Dia menyambung makan.

PIN!PIN!PIN!

Terdengar bunyi hon kereta di luar rumah mereka. Segera Aryna bangun dan menuju ke pintu utama.

"Aku gerak dulu tau. Jumpa kat office",kata Aryna separa jerit. Dia berlari kecil ke arah kereta. Dia meloloskan diri ke dalam kereta.

"Morning dear",sapa Qayyim. Aryna membalas dengan senyuman manis.

"Hai akak"

Aryna berpusing ke belakang. Seorang budak perempuan dalam lingkungan 5 tahun tersenyum manis.Terselah lesung pipit di pipi putih budak itu.

"Hai sweetie. Come duk dengan akak kat depan",ajak Aryna. Bersinar mata Qayyfina mendengar ajakan kawan abangnya itu.

"Sorry la kalau Yana tak selesa. Tak de orang kat rumah. Qayyum dan Aryana ada extra class. Parents dah keluar pergi pejabat. Abang-abang lain busy. So Reen kena lah bawak budak kecik ni",kata Qayyim sambil mencubit pipi adiknya.

"Sakitlah. Eii akak tengok abang ni. Cubit pipi Fina",adu Qayyfina manja. Aryna tergelak kecil. Dia mengusap pipi Qayyfina seraya mencium bertalu-talu.

"Suka la tu ada orang nak layan dia. Budak manja",ejek Qayyim. Qayyfina menatap abangnya tajam.

"Reen.. Janganlah usik dia",larang Aryna. Qayyim tersenyum nipis. Dia mengambil tangan Aryna dan digenggam lembut.

"Dah sarapan belum?",tanya Aryna. Adik beradik itu mengangguk. Kecoh dengan celoteh Qayyfina dalam kereta. Aryna hanya melayankan aje.

Kereta Qayyim berhenti depan bangunan Diamond Holding. Dia baru sahaja mengetahui yang Aryna pemilik syarikat tersebut.

"Kita lunch sama-sama eh akak",kata Qayyfina. Aryna mengosok kepala Qayyfina lembut.

"Okey. Nanti kita lunch sama-sama. Reen nanti naik terus lah bilik Yana. Guna kad ni",kata Aryna sambil menghulurkan kad miliknya. Qayyim mengangguk.

CUP!

Dia mencium dahi Aryna sekejap. Aryna memberi senyuman manis pada lelaki itu.

"Bye bye kakak",Qayyfina melambaikan-lambai ke arah Aryna. Aryna membalas lambaian itu.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang