28

2.6K 186 12
                                    

Aryna cuba membuka mata tetapi cahaya silau yang memancar membuatkan dia memejamkan matanya semula. Beberapa saat kemudian,dia mencuba lagi dan berjaya. Dia memandang sekelling.

Dia memandang di sebelahnya. Terlihat Qayyim tertidur sambil mengenggam tangannya. Tangan kirinya mengelus rambut Qayyim lembut.

"Kenapa kau sentiasa ada dengan aku Yim. Kau buat aku tertunggu-tunggu dia. Layanan kau sama seperti dia",kata Aryna lembut.

"Hazreen... Yana rindu Hazreen. Mana  Reen pergi? Dah lupa Yana ke? Hazreen,i want to back",rintih Aryna. Air mata dia menitik di tangan Qayyim.

Qayyim terpisat-pisat mengosok mata. Dia memandang Aryna yang sedang menangis. Dia mula gelabah.

"Hey,what's wrong? Ada sakit mana-mana ke?",kalut Qayyim bertanya. Makin galak air mata Aryna mengalir. Qayyim buntu. Dia beralih tempat. Dia duduk di sebelah Aryna dan memeluknya.

"Hey girl,tell me.. Why are you crying?",pujuk Qayyim lembut. Dia mengelus bahu Aryna.

"I miss him so much. Why he doesn't come to meet me? Dia dah lupa aku ke? Aku nak dia Yim. Aku nak Hazreen!",jerit Aryna dalam dakapan Qayyim.

Tergamam Qayyim mendengar nama yang disebut. Dia melihat Aryna. Aryna melihat dia kembali. Dengan teragak-agak dia bersuara.

"Hazreen kat sini girl. Hazreen tak pernah lupa Yana",kata Qayyim perlahan. Mata dia berkaca-kaca menahan sebak.

"Hazreen......",panggil Aryna. Dia memeluk Qayyim kuat. Dia menumbuk belakang Qayyim kuat seiring dengan air mata mengalir.

"Yes dear. I'm here",pujuk Qayyim. Dalam hati dia menangis gembira. Gembira kerana sudah jumpa gadis pujaan hati.

"Reen jahat. Tinggal Yana sesorang. Reen tak sayang Yana. Lama Yana tunggu Reen. Reen kata dulu nak cari Yana tapi pun",cebik Aryna. Qayyim tersenyum.

"Hey girl. Sape cakap Reen tak cari Yana? Reen cari tau. Tak sangka pula yang Aryna ni girl Reen. Sorry ok tak cam Yana",pujuk Qayyim seraya mencium dahi Aryna.

"Miss you. Jangan tinggal Yana dah",kata Aryna manja. Qayyim mengangguk.

"Miss you a lot girl. Promise Reen tak tinggal Yana dah lepas ni",jawab Qayyim. Aryna tersenyum manis. Dia menyandar pada dada Qayyim.

"Ada sakit mana-mana tak?",tanya Qayyim prihatin. Aryna mendongak melihat lelaki pilihan hati.

"Pening je. Ada yang terjadi ke? Tengkuk pun rasa sengal",tanya Aryna. Qayyim senyum serba-salah.

"Yana tak sedar ke apa jadi?",tanya Qayyim balik. Aryna terdiam. Dia berfikir balik.

"Hari ni hari apa?",tanya Aryna.

"Rabu sayang",jawab Qayyim lembut. Tersipu malu Aryna mendengar balasan Qayyim.

"Yana balik sini hari Isnin. So dah dua hari la kan. Yana ingat yang Yana masuk kelas. Pastu abang Arziel datang kat Yana. Yana muntah pastu tak ingat dah",kata Aryna. Dia cuba ingat balik dua hari lepas tapi tak boleh. Kepala dia berdenyut kuat.

Qayyim mengusap kepala Aryna.
Aryna tersenyum suka dengan tindakan Qayyim. Sudah lama dia tidak merasa belaian Qayyim.

"Yana ada buat rawatan psychology eh?",tanya Qayyim. Aryna terdiam.

'Mana dia tahu',desis hati Aryna.

"Reen ada cari pasal Yana. Reen dapat tahu dari situ lah. Kenapa berhenti?",tanya Qayyim lagi. Aryna diam.

"Lepas Yana muntah dalam kelas,Yana pengsan. Arziel dan Raisya pun tumbang sekali. Lepas pada tu,Yana tersedar tapi bahasa cina pula yang keluar. Reen nampak lah perubahan muka kawan Yana. Reen faham maksud setiap perkataan dia. Yana tahu kan Reen kacuk apa. Arziel tanya sape Yana. Yana balas cukup panggil Xian"

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang