Raisya membuka matanya dengan malas sekali. Namun cahaya yang agak terang memancar ke dalam biliknya membuatkan dia tidak boleh lena lagi. Dia menggeliatkan tubuhnya. Dengan mata separuh terbuka,ditumpahkan pandangan pada jam yang terletak di atas meja kecil di sisi katinya.
Terus dia bangun dari berbaring selepas melihat jarum jam tertuju angka 10. Kelam kabut dirinya menyambar tuala di penyidai tetapi tiada.
"Mana pulak tuala aku",ketusnya. Dia memandang sekeliling bilik itu dan terpandang gambar kembarnya. Dia menepuk dahi perlahan.
"Lupa aku tidur bilik kakak",gumamnya. Dia melangkah ke arah katil lalu mengambil frame gambar Aryna. Dia tersenyum nipis melihat senyuman yang terukir di bibir kembarnya.
"Miss you sis",katanya sambil memeluk frame itu dengan airmata mula menitik. Dia tenggelam dalam perasaan rindu pada kembarnya.
"Ya Allah kelas aku!",jeritnya selepas teringat pada jadualnya. Hilang terus kesedihan tadi. Dia keluar dari bilik kembar ke biliknya ditingkat bawah.
"Mummy pun satu yang tak kejut aku kenapa",katanya sambil berlari masuk dalam bilik air. Selepas beberapa minit dia keluar dengan lengkap berpakaian dan turun ke ruang belajar. Sempat dia bertembung sepupunya,Dilia.
"Oit kau kelam kabut nak gi mana?",tegur Dilia memberhentikan langkah Raisya.
"Asal sorang pun takde kejutkan aku? Aku ada kelas",jawab Raisya. Terselit nada tidak puas hati.
"Kelas apanya kau. Hari ni hari Sabtu bangang mana ada kelas. Kalau ada pun esok itupun malam. Tak tengok group ke apa?",kata Dilia. Raisya mengerut dahi mendengar kata Dilia. Dia mengeluarkan telefon dan menekan group sekolah.
"Cuti seminggu ni hah cikgu cakap. Buat rugi aku bangun awal je",komen Raisya selepas membaca pesanan ringkas dari gurunya. Dilia menggeleng kepala melihat keperibadian baharu Raisya. Macam mana dia tahu yang sepupunya tiada kelas. Semestinya ada orang maklumkan pada dirinya.
"Makanan semua ada dekat dapur. Nak makan ambil sendiri. Then ikut aku beli barang dapur",kata Dilia tanpa memandang Raisya.
"Kembar aku mana?",tanya Raisya. Dia mencari kelibat Arziel. Sudah lama dia tidak luangkan masa dengan kembarnya. Lagipun kembarnya jarang berada di rumah sejak kebelakangan ini.
"Arziel? Entah lah aku pun. Aku keluar pergi kedai depan kereta dia memang dah takde. Aku tak tahu dia balik ke tak semalam",jawab Dilia. Raisya mengangguk perlahan.
"Kau tidur bilik mana semalam?",tanya Dilia.
"Kakak",jawab Raisya sepatah.
"Memang patut kau tak dengar aku memekak panggil kau pun. Bilik kakak kau kalis bunyi. Kalau aku guna mic lun belum tentu kau dengar",kata Dilia.
Raisya menepuk dahinya. Dia terlupa yang tingkat atas sekali tingkas kalis bunyi. Hasil ubahan kakaknya dan tingkat itu hanya untuk diri sendiri. Raisya tersengeh melihat jelingan Dilia.
"Tak pernah-pernah kau baik tingkat itu mimpi apa sampai kau naik atas sana?",tanya Dilia. Raisya menggeleng kepala.
"Nothing. Aku just rindu dia. Lagi seminggu dah tahun baru. Biasakan kita sambut tahun baru tapi tahun ini tak seindah tahun sebelum ini",kata Raisya. Memang adat keluarganya menyambut tahun baharu setiap tahun. Walaupun dulu dibantah sekerasnya oleh datuk sebelah ayahnya tetapi kini menjadi tradisi keluarganya.
"Tahun ni sambut dekat China kan?",tanya Dilia. Raisya mengangguk. Dilia mula membuat riak muka menyampah. Raisya tertawa kecil melihat reaksi sepupunya.
"Zhensyi tak sertai kita tahun ni. Dia baru je fly ke Filipina sambung study. Kau macam tak kenal ketegasan yeye",kata Raisya. Bukan dia tidak biasa dengan pertengkaran antara Dilia dan Zhensyi. Pantang berjumpa mulalah bergaduh seperti anjing dan kucing. Dilia menghembus nafas lega.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Ficțiune adolescențiAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...