51

2.2K 170 5
                                    

Tengku Syahmiez merenung dada langit yang gelap gelita. Otaknya berkemacuk. Fikirannya berat memikirkan berita yang dikhabarkan oleh pengintipnya petang tadi.

"Tak mungkin Aryana masih hidup",gumamnya sambil menghela nafas berat. Dia berulang ke kiri dan ke kanan dengan bersilang tangan. Dia kembali duduk sambil merenung lambang kube ais yang disilang dengan pedang di laptop.

Puan Syadiana yang kebetulan ternampak Tengku Syahmiez termenung di taman luar rumah mengerut dahi. Dia melihat jam pada dinding,12 tengah malam. Dia buat keputusan untuk menyapa ayahnya.

"What are you doing dad?",tegur Puan Syadiana seraya duduk di depan ayahnya. Spontan Tengku Syahmiez menutup laptopnya. Dia memandang anak perempuannya lalu menggeleng.

"Nothing. Periksa jadual pejabat je. Kamu pulak kenapa tak tidur lagi? Dah pukul berapa ni",kata Tengku Syahmiez setenang yang mungkin.

Puan Syadiana tersenyum nipis. Dia menggeleng kepala perlahan. Dia tahu ada yang menggangu fikiran ayahnya. Tidak mungkin kerana pejabat pasti benda yang luar jangkaan.

"Dad,Diana ni anak ayah. Diana kenal sangat sifat ayah mana yang pejabat mana yang tak. Tell me what are you thinking about",kata Diana seraya memujuk ayahnya untuk bercerita.

Tengku Syahmiez tersenyum senang mendengar kata-kata dari anak perempuannya. Dia mengusap kepala Puan Syadiana lembut.

"Nothing. I'm just missing your triplets",kata Tengku Syahmiez. Puan Syadiana terdiam seketika. Dia juga rindu pada anak kembarnya. Dia melihat ayahnya yang termenung jauh. Dia tahu ayahnya rindu pada Aryna. Tambahan pula dia yang menjaga,membesarkan  Aryna dari bayi sehingga sekarang walaupun dari jauh. Aryna yang paling rapat dengan ayahnya. Walaupun anaknya yang satu itu degil,sering buat masalah tapi ada terselit sifat yang membuatkan orang sayang pada dia.

"Diana pun rindu dia yah",kata Puan Syadiana perlahan. Arziel yang berselindung sebalik tirai hanya mengemam bibir. Dia dengar semua yang dibualkan oleh mereka. Dia keluar dari persembunyiannya setelah Tengku Syahmiez dan Puan Syadiana masuk ke dalam rumah.

"Poor them",keluh Arziel perlahan. Dia ingin ke dapur selepas berlatih menyanyi dengan Drina tadi dan tidak tersengaja terdengar perbualan Puan Syadiana dan Tengku Syahmiez. Itu yang membuatkan Arziel dipangut perasaan kasihan.

"Oitt",sergah Arnaqi dari belakang mengejutkan Arziel. Arziel mengurut dada perlahan sambil menjeling abangnya tajam.

"Nak aku mati awal ke apa?",tanya dia geram. Arnaqi hanya gelak kecil. Dia mengambil cawan di rak sebelah Arziel dan duduk berhadapan dengan adiknya.

"Lewat kau tidur",kata Arziel sambil memandang abangnya.

"Macam biasa lah. Overnight banyak kerja yang nak kena buat",sampuk Arfdan pula. Arnaqi hanya mengangguk mengiyakan. Sejak Aryna meninggal,Raisya yang mengambil alih syarikat DH. Sekarang Raisya masih lagi tidak sedarkan diri lagi,semua jadi kalut.

"Kau pula buat apa?",tanya Arfdan. Arziel yang ralit menaip sesuatu di telefonnya mengangkat kepala.

"Huh?",respon dia singkat.

"Buat apa tak tidur lagi?",ulang Arfdan dengan geram. Berlainan dengan Arnaqi yang merenung adiknya pelik. Masakan tidak riak mukanya serius sahaja bila bermain telefon.

"Arrr baru lepas gian dengan Drina tadi",jawab Arziel senada. Arnaqi dan Arfdan mengangkat kening. Arziel menghela nafas perlahan.

'Benok pula dua ekor ni',getus hatinya.
"Baru lepas berlatih menyanyi dengan Drina",kata Arziel dengan ayat yang lebih difahami. Abangnya hanya mengangguk.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang