Raisya berada di markas bersama orang penting BD. Masing-masing tekun melakukan kerja mereka termasuk dirinya.
"Kevin dah dapat belum?",tanya Raisya tanpa memandang Kevin. Dia ralit memerhati keadaan kakaknya di skrin laptopnya. Dia tersenyum sedikit melihat Qayyim yang jelas tidak mahu meninggalkan kakaknya walapun untuk makan seketika.
"Dah",jawab Kevin ringkas. Dia menjeling ke arah adiknya Kelvin sekilas.
'Rajin pula budak ni cipta alat. Bosan sangat la tu',desis hatinya. Dia tertawa kecil. Raisya yang mendengar tawaan Kevin mengalihkan pandangan. Dia mengangkat kening ke arah Kevin dan Kevin membalas dengan memuncung ke arah adiknya.
Raisya tersengeh.
"Rajin pula dia ya malam ni",sindir Raisya. Yang lain mengangkat kepala pandang Raisya. Raisya pula meletakkan jari di mulut tanda diam.
"Orang bercakap pun dia tak dengar. Tekun benar buat kerja. Bosan ke apa tu",sindir Dilia pula. Dia faham maksud Raisya.
Kelvin sedikit pun tidak mengangkat kepala. Dia masih dengan kerjaannya.
Adam yang berada di sebelahnya mengetuk meja berulang kali."Jangan kacau lah",ketus Kelvin. Mereka semua ketawa melihat reaksi tidak puas hati Kelvin.
"Dah-dah,sambunglah kerja kau tu. Back to our topic",kata Raisya. Mereka mengangguk.
"Sekarang Alice yang ambik alih SW. Lepas Avien meninggal Alice ambik alih SW. I'm try detect location but zero. Memang tak jumpa",kata Kevin.
"Memang la kau tak jumpa. Minah tu ada kat Malaysia. Aku rasa dia new student esok sebab hari ni aku dapat email pertukaran sekolah",kata Raisya.
"Syarikat dorang pula memang bangkrup terus. Dorang cuba bangunkan balik tapi tak boleh sebab Xinder sudah kuasai tempat tu. Baru-baru ni mak ayah Alice join bisnes dengan Drag,owner kelab DF."sambung Kevin. Raisya mengangguk faham.
"DF? Bukan tu kawasan BD ke?",tanya Raisya. Kevin mengangguk.
"Aktiviti diorang sekarang macam tempat lain la. Drugs,jawab Kevin.
"Sya,aku dah check tempat Black accident. Ixer masa tu dari cafe menuju ke tasik tapi dia dihimpit 4 buah kereta dari tepi dan belakang. Ixer tak boleh nak pecut sebab depan dia trailer. Brek kereta pun kena potong. Sebelum terbabas dengan trailer depan,musuh tembak tayar dan tembak dia di bahagian dada dan perut tapi terkena pada perut je",kata Dilia. Raisya pandang rakaman di skrin laptop Dilia.
"Group mana?",tanya dia dingin.
"Alice. Alice sampai Malaysia dah sebulan lebih",sampuk Zraq. Raisya pandang ke arah Zraq.
"Kau ni pula bila muncul?"
"Bila kau datang Malaysia?"
"Sesat tak?"
Tanya Kevin,Adam dan Danny serentak. Zraq dan Zaq garu kepala tidak gatal dengan sengihan.
"Setengah jam yang lalu. Sesatlah jugak cari markas tak jumpa. Aku balik sini sekali ngan Alice. Aku ngan abang aku kat Tokyo,masa nak balik kitaorang ternampak bayang dia. Tak sangka pula dia datang Malaysia buat onar",kata Zraq.
"Kau pula kenapa Zaq? Diam je",tanya Dilia. Zaq tersenyum kaku.
"Mohon jangan kacau dia. Mood move on",beritahu Zraq. Semua pandang Zraq dan Zaq silih berganti.
"Putus tunang hohoho",sorak Haq tiba-tiba. Raisya melolot ke arah Haq.
"Berapa ramai balik sini?",tanya Raisya datar.
"20,arahan master",jawab Haq selamba. Raisya pandang Dilia. Dilia mengangkat kening.
"Termasuk dengan kau 21",katanya. Dilia tersenyum.
"Nope,22 orang"
Raisya,Dilia,Adam dan Danny pusing ke belakang. Raydan bersandar sambil bersilang tangan di dada. Mereka ternganga.
"Kau pun ada sekali!",kata mereka serentak.
"MAMA!",jerit Rayfan kuat. Bergema dalam bilik itu. Raydan berlari ke arah Raisya dan memeluknya kuat.
"Kau bawak balik?!",tanya Dilia dan Adam serentak.
"Dah tu takkan aku nak tinggal dia. Dia bukannya nak duduk ngan family aku",kata Raydan.
"Takpe. Rayfan nanti aku bagi mummy jaga",sampuk Raisya. Dia mengusap kepala Rayfan yang duduk di atas ribanya sambil makan lolipop.
"Sambung. Next week, aku nak Zraq,Haq dan Had masuk sekolah aku jadi student baru. Kawal pergerakan Alice. Zaq,Raydan,Vivin pantau ward Black. Yang lain buat kerja macam biasa",kata Raisya. Mereka semua mengangguk faham.
"Now,tutup hal kerja. Sekarang aku nak tahu. Haq,kau cakap tadi Zaq putus tunang. Sejak bila dia tunang?",tanya Dilia.
"Dah 2 tahun tapi putus sehari sebelum gerak Tokyo. Kira dah dalam sebulan lebih-lebih lah. Pilihan keluarga",kata Zraq mewakili abangnya.
"Kau sayang dia?",tanya Raisya datar. Zaq memandang adik ketuanya. Dia tersenyum nipis.
"Aku kenal kau Zaq. Kau takkan jadi macam ni kalau kau tak sayang dia",katanya lagi. Zaq menghela nafas perlahan.
"Awalnya memang tak sayang tapi lama-lama.....",kata-kata Zaq tergantung.
"Putus sebab?",tanya Kevin.
"Dia tahu kerja kita",jawab Zaq. Raisya tersenyum sinis.
"Berhenti kalau kau nak kejar dia. Tu pun kalau betul kau nak dia",kata Raisya lalu bangun keluar.
"TAKKAN SESEKALI AKU BERHENTI!",jerit Zaq. Raisya berhenti.
"Kumpulan BD tak de larangan nak berhenti tapi kena ada alasan munasabah dan pergi hadap master dan leader. Dorang lepas aku no problem",kata Raisya dan keluar.
"Aku takkan berhenti,BD keluarga aku,kawan aku,sahabat aku. Selama ini BD yang sentiasa ada dengan aku bukan dia. Bunga bukan sekuntum",kata Zaq perlahan. Semua yang mendengar tersenyum.
"Bagus lah kalau kau fikir macam tu. Bangga aku ada abang otak macam kau",kata Zraq.
Zaq memandang adiknya yang tersenyum nakal. Dia menyepak punggung adiknya sehingga tersemban jatuh.
"Babi kau bang",kata Zraq. Dia bangun berlahan-lahan sambil menggosok punggungnya yang disepak tadi.
"Kau lah",balas Zaq.
"Kau"
"Kau"
"Woii dah la. Memekak pula dah. Aku humban dalam kandang belakang karang",kata Raydan separa jerit.
"Raisya mana?",tanya Vivin.
"Tingkat atas kut. Bilik seksaan. Rasa lah.",jawab Adam.
"Sape dalam tahanan?",tanya Raydan.
"Yang Xian,Daizer dan Hayra. Yang Ixer orang kanan Kevin. Yang Black aku tak tahu sape tapi dah lama dia dalam tahanan kita",jawab Adam.
Raydan dan Vivin mengangguk."Aku naik atas jap",kata Raydan dan Vivin serentak. Mereka berpandangan sesama sendiri.
"Woooo",sorak mereka dalam bilik iti kecuali Raisya. Vivin menyumpah seranah tanpa suara.
"Apa kau woo woo? Kami takde pape la",kata Raydan.
"Kitaorang tak cakap pape pun. Haaa mesti ada pape ni",sakat Haq.
"Dengan mamat ni?"
"Dengan minah ni?"
Tanya mereka serentak. Vivin tunjuk Raydan,Raydan tunjuk Vivin.
"MEMANG TAK LERR!!",jawab mereka serentak. Mereka berdua keluar dari bilik tersebut.
Yang berada dalam bilik tersebut melepaskan ketawa besar termasuk Zaq.
Happy reading🌸tq support💖abaikan typo😌

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Teen FictionAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...