53

2K 153 3
                                    

Xian berhentikan kereta di depan rumah yang cerah bercahaya. Dia memerhati sekeliling rumah itu dengan pandangan datar. Sedikit pun dia tidak ingin masuk perkarangan untuk menjeguk mereka di dalam. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi,namanya dilaung dari dalam rumah tersebut.

"ADIK!!"

Xian berhenti melangkah apabila tangannya dipegang oleh seseorang. Dia mengeluh perlahan lalu memejam mata. Dia berpusing ke belakang sambil tersenyum.

"Betul apa yang angah agak. Mesti adik",kata orang yang memegang tangannya. Crya terdorong kedepan dalam pelukan orang itu. Crya terkebil-kebil memproses apa yang berlaku.

"Tak rindu angah ke?",tanya Zafran kepada Crya yang masih membatu dalam pelukannya. Crya melepaskan pelukan dan tersenyum nipis sebagai balasan.

"Papa sihat?",tanya Crya sekadar ingin tahu. Zafran hanya mengeluh lalu menggeleng. Crya mengangkat kening sebelah tanda tidak faham.

"Papa dah meninggal 2 bulan lepas",beritahu Zafran dengan nada perlahan. Crya terbungkam.

"Asal sorang pun tak maklum pada adik?!",secara tidak sengaja Crya meninggikan suara pada abang angkatnya.

"Macam mana abang nak bagitahu dah kak Zaira bagitahu yang adik dah meninggal sebulan sebelum papa meninggal",jawapan Zafran membuatkan dia tersedar. Dia menepuk dahi sambil mengutuk diri sendiri.

"Dah tu macam mana angah boleh kenal adik?",tanya dia ingin tahu. Zafran tersenyum sambil menggosok kepala Crya yang terlindung dengan hoodie yang dipakai. Dia mengeluarkan telefon dan menunjukkan beberapa gambar yang diambil.

Terbuntang mata Crya melihat gambar itu. Dia memandang Zafran dengan riak yang tidak percaya. Zafran ketawa terdekeh-dekeh melihat reaksi si adik.

"Angah tahu siapa adik sebenarnya. Lagipun Arziel tu kawan angah masa kat Itali dulu. Tidak mudah untuk gelaran bayang terhapus",kata Zafran selamba. Crya tersengeh sumbing mendengar perlian si abang.

"Dah tu sapa je yang tinggal dengan angah?",tanya Crya.

"Along,angah,kak Zaira,kak Zaty,abang Zack. Lagi sorang kat Jerman. Kerja kat sana",jawab Zafran. Crya hanya mengangguk.

"Esok busy?",tanya Zafran. Crya menggeleng.

"Cantik,esok jumpa abang kat office arwah papa",kata Zafran.

"No alasan!",tegasnya. Crya yang baru ingin membantah mengeluh. Dia menganguk berulang kali.

"Jangan dedahkan yang adik masih hidup",pesan Crya lalu beredar selepas dia ternampak bayang seseorang dan tapak selipar. Zafran hanya menggeleng kepala.

"Masih tak berubah",gumamnya perlahan. Zafran mengurut dada perlahan apabila abang pertamanya berdiri tegak di belakangnya.

"Kau pahal tiba-tiba berdiri belakang aku?",tanya dia sambil mencapai buah di depan pintu pagar rumah. Zaqwan mengangkat kening tanpa bersuara.

"Ouh tu ke? Budak tanya jalan",jawab Zafran seakan memahami riak dingin abangnya. Zaqwan mengangguk lalu masuk ke dalam. Zafran menggaru kepala tidak gatal melihat sikap abangnya yang berubah selepas mendapat tahu Aryna meninggal.

🌸🌸🌸

Xian melangkah masuk dalam bilik tahanan dengan bersahaja. Anak buahnya yang berada di situ hanya menunduk tanpa memandang wajah si ketua.

Xian mengukir senyuman sinis melihat pergerakan mereka bertiga yang diikat pada kerusi. Dia melangkah demi langkah dan bercangkung depan Puan Zafrya yang baru membuka mata.

"Welcome to the hell",sapa Xian dingin. Riak muka juga dingin walaupun dilindungi mask hitam. Puan Zafrya cuba untuk melepaskan diri tetapi tidak berhasil malah ikatan di tangannya makin ketat.

"Kau cuba sekuat mana pun,ikatan tetap ketat dan makin ketat",kata Xian. Kesemua anak buahnya termasuk Wrez,Reyz dan Reyanz memandang Xian yang ralit memutar pisau khas untuknya.

"Crya?",tegur Wrez. Xian bangun dari bercangkung. Dia berpusing belakang lalu menggeleng. Dia membuat simbol dia tersendiri. Masing-masing terlopong.

"Xian",jawab dia sepatah. Dia menyambung bermain dengan pisaunya. Wrez,Reyz dan Reyanz berpandangan sendiri lalu melihat Xian.

"Apa? Kau ingat aku tak faham ke melayu?Aku fahamlah tapi saja aku buat diam. Nak dengar juga apa yang kau mengumpat pasal aku",kata Xian selamba. Masing-masing mula berubah riak mendengar kata-kata si ketua. 

Xian menggeleng kepala perlahan melihat kebisuan kesemua anak buahnya termasuk abang-abangnya. Dia menjeling ke arah musuhnya tajam. Dia membaling pisau yang ligat berpusing dijarinya ke arah kaki Avien Qic.

Bergema bilik tahanan dengan jeritan kuat Avien yang baru sedar dari pengsan. Jelas terlihat kegigilan tubuh mereka bertiga. Xian ketawa kecil sambil mencangkung.

"Baru kena tusuk dah menggigil",ejek Xian dingin. Avien mencerlung tajam ke arah Xian. Dia cuba menggerakkan kakinya tetapi kesakitan yang dirasa.

"Aku rasa kan,ada orang pesan pada kau jangan pernah bermain dengan bayang kalau kau sendiri tak tahu siapa lawan kau. Tapi kau tak pernah ambil kisah. Sekarang padan muka kau",sambung Xian datar.

"Aku tak tahu pulak Xian lagi kasar dari Crya",bisik Bryan pada Arziel di sebelahnya. Arziel tersenyum sumbing mendengar kata Bryan.

Xian mencabut pisau di kaki Avien kasar tidak dihiraukan dengan darah yang galak mengalir. Avien mengetap gigi kuat menahan sakit. Alice hanya diam membisu sejak dia sedar dari pengsan.

Xian menggerakan pisau di kaki Puan Zafrya lembut. Puan Zafrya cuba melarikan kaki dari terus disentuh dengan pisau yang tajam itu tapi kesakitan yang dia rasakan.

"Aku tak tahu pula kau ni jenis tak kenang untung. Lepas kau dapat kesenangan,kau bunuh dia pulak. Cantik muka kau. Tapi kan aku dengar-dengar harta bukan boleh dekat kau pun. Jangan kata separuh suku pun kau tak dapat. Sia-sia kau bunuh dia",kata Xian sambil menusuk hujung pisau pada tapak kaki Puan Zafrya. Puan Zafrya terkedu mendengar ayat anak angkatnya itu.

"Terkedu nampak",sampuk Bryan. Xian mengukir senyuman sinis.

"Kau ni berangan di siang hari lah orang tua. Kau ingat kau bunuh dia harta boleh dekat kau? Sorry lah,sikit pun kau tak dapat. Papa aku bukanlah bodoh sangat,dia ada anak. Kau tu bukan ada kaitan dengan dia pun walaupun kau bini dia. Kalau dulu mungkin kau mak dorang walaupum tiri tapi sekarang aku tak rasa dorang anggap kau mak lepas dapat tahu yang kau bunuh orang yang dia sayang",kata Xian dingin lagi datar. Berubah seratus peratus riak muka Puan Zafrya,Avien dan Alice.

"Aku fikirkan,baik abang-abang lah yang selesaikan dorang. Malas aku nak sentuh even they try to kill me before",kata Xian mengejutkan kesemua anak buah yang lain.

"Ikut kau lah",kata Wrez. Xian mengangguk lalu keluar dari bilik tahanan dia.

"Jarang Xian bagi orang lain seksa musuh dia",kata Reyanz pada kembarnya. Reyz dan Wrez hanya mengangkat bahu sama seperti anak buah yang lain. Setiap keputusan yang dibuat Xian atau 'MEREKA' mesti dipatuhi jika tidak pedang melayang.

Happy reading❣Sorry saya delete balik 2 part. Berterabur  jadi saya update balik. Tq support and tq yang komen. Abaikan typo😌

Gadis DinginWhere stories live. Discover now