Xian merenung Puan Zafrya,Alice dan Avien yang terikat pada kerusi tajam. Di depannya terpampar rakaman video yang dihantar oleh Bryan bagaimana arwah papa angkatnya meninggal.
"Kecik besar kecik besar aku tengok dorang ni",gumamnya geram dan datar.
Dia bangun lalu memijak kaki Alice tanpa rasa bersalah. Bergema ruangan itu dengan gerangan kuat Alice. Puan Zafrya dan Avien turut terjaga."Sakit?",tanya Xian seakan-akan polos. Dia senyum senget melihat darah mengalir di bahagian kaki Alice. Alice mengangguk polos.
"Apa yang kau dapat ni tak setanding dengan apa kau buat pada family aku",kata Xian dingin lagi datar.
"Kau nak tahu kenapa aku boleh berdendam dengan kau?",tanya Avien kasar. Xian mengangkat kening sebelah sambil duduk bersila di depan mereka bertiga. Peter,Wrez,Bryan menepuk dahi perlahan melihat perilaku Xian.
"Kau yang bunuh abang aku!",tengking Avien kuat. Xian membuat riak muka terkejut seketika dia ketawa sinis. Dia menggeleng kepala berulang kali. Dia bangun bangun dari bersila ke bercangkung. Reaksinya dingin sahaja sedingin ais.
"Aku bunuh abang kau? Kau buat lawak ke babi?",tanya Xian beserta carutan. Terkebil-kebil Wrez,Peter dan Bryan mendengar carutan Xian.
"First time aku dengar Xian mencarut sejak dia fasih berbahasa melayu",kata Wrez perlahan. Bryan dan Peter mengangguk setuju. Kebiasaannya mereka semua dengar Cian mencarut dalam bahasa cina dan hari itu rekod kehidupan ketuanya Xian mencarut sebegitu dengan bahasa melayu.
"Soalan aku. Buat apa aku bunuh abang kau sedangkan abang kau masa tu tunang aku?",tanya Xian datar. Dia mengetap gigi kuat bila kenangan pahit itu menerjah dalam fikiran 'TUAN'nya. Punca 'TUAN'nya sakit adalah kenangan itu. Di mana Crya tidak mampu kawal semua perasaannya yang bercampur-baur.
"Orang yang dia sayang. Orang yang dia percaya khianat dia. Kau nak tahu apa yang jadi sampai aku putuskan hubungan dengan family korang? Sini aku ceritakan. Depan mata aku abang kau berpelukan dengan kawan kau sendiri. Bila aku tanya siapa dia,jawapan abang kau 'kawan'. Aku nak tanya kau kawan jenis apa sampai bawak balik rumah? Kawan sampai orang fikir couple? Kawan ke tu? Kau boleh fikir sendiri. Memang masa tu kau satu keluarga nampak aku budak mentah. Tapi korang tak tahu apa yang aku lalui sampai aku matang macam sekarang",kata Xian dingin tanpa menghiraukan airmata yang galak mengalir.
"Kalau bukan sebab orang tua ni aturkan dia dengan aku,kau ingat aku hadap ke abang kau yang acah berduit tu? Kalau bukan sebab syarikat aku yang support syarikat kau dari belakang, dah lama gulung tikar. Tapi family kau ni tak hargai dek untung yang ada depan mata. Memang patut ramai yang tarik diri dari jadi patner syarikat korang kalau projek orang pun kau nak sailang",sambungnya. Xian memandang Alice yang diam tidak berkutik. Dia menarik rambut serabut Alice sehingga mendongak ke atas bertentangan matanya.
"Kau ingat dengan jadi PA kepada PA aku dulu kau boleh nak curi projek tu? Kau ingat kerja kau tu tidak tinggalkan jejak? Antara kau dengan aku,otak aku lagi licik daripada kau sial!",kata Xian sambil menghentak kepala Alice di lantai. Wrez,Peter dan Bryan diam tidak berkutik melihat amarah Xian yang kian memucak.
"Kau nak tahu tak sesuatu tak orang tua? Keputusan aku untuk tinggalkan keluarga angkat aku dulu satu jalan yang cukup bagus untuk hidup aku. Sebab apa? Sebab aku dapat kawal pergerakan kau dari jauh. Kau kena tahu satu benda yang aku bukan budak suka ikut telunjuk busuk kau macam dulu. Bukan. Budak yang kau tengok polos selama ni hanyalah palsu semata-mata. Ikut kan hati aku,nak je simbah kau dengan air panas macam kau pernah buat dekat aku dulu. Cuma aku tak habis fikir macam mana luka tu boleh ada dekat kau sedangkan aku yang luka teruk. But it's okey aku boleh balas semua perbuatan kau dulu selagi kau dalam tahanan aku. Aku berterima kasih pada kau sebab berjaya buat papa halau aku. At least aku takdelah terkinja-kinja macam pencuri nak keluar malam. Thank's MAMA!",kata Xian panjang lebar dan menekankan panggilan MAMA itu.
Tangannya pula melontar pisau yang sentiasa berada didalam poketnya. Tepat terkena pada tangan kiri yang terluka kerana torehan Peter. Dia memandang Avien dan Alice datar.
"Untuk pengetahuan kau Avien. Bukan aku yang bunuh abang kau tetapi orang yang kau bersengkokol untuk bunuh aku yang bunuh abang kau. Aku tak tahu berapa ramai yang kau bersengkokol untuk bunuh aku tapi tetap tidak berjaya. Ouh nak tahu sesuatu tak? Budak yang bernama Raisya tu adik aku. Kembar aku. Kau dengar betul-betul. Dia ADIK KETUA BLACK ROSE DIAMOND!",tegas Xian berkata. Terus kejung tubuh badan mereka bertiga mendengar nama kumpulan yang digeruni itu. Mereka bertiga memandang Xian dengan riak terkejut.
"So aku rasa kau dah boleh agak siapa dia sebenarnya",sampuk seseorang dari belakang. Xian bangun dari bercangkung berpusing ke belakang lalu tersenyum sinis.
"KAU?!!",jerit Puan Zafrya. Xian memejam mata sambil menggosok telinganya yang mula memerah.
"Memekak pulak orang tua ni",kata Xian selamba. Zafran dan Zaqwan tertawa kecil mendengar kata selamba adiknya. Dan mereka berdua masih tidak tahu tentang sakit adiknya.
"Holla mama",sapa Zaqwan datar. Xian menyandar pada dinding. Zafran pula duduk bersama Wrez dan Peter.
"BLACK?",tanya Avien perlahan.Terselit nada tidak yakin kerana dia baru sedar cara pemakaian musuhnya. Xian mengeluarkan lolitop dari poket hoodienya lalu dimasukkan dalam mulut selepas dibuka pembalutnya.
"Nope! Kalau malam yang diserang tu kau jumpa Black but not tonight. Listen carefully I'm SHADOW",dingin Xian menjawab. Zafran yang leka memerhati sekeliling bilik tersebut terus terbangun dari sofa.
"SHADOW?!!",jerit mereka termasuk Zafran dan Zaqwan. Xian menutup telinga sambil mencerlung tajam ke arah abang angkatnya. Bryan dan Wrez mula menunduk memandang lantai.
"Yes I am",tegas Xian menjawab. Terus pucat muka Zafran mendengar suara tegas adiknya. Zaqwan merenung anak mata adiknya yang jelas berwarna biru laut terang. Perlahan-lahan riak wajahnya mula berubah pucat.
Kerana mereka sekeluarga kenal pemilik anak mata biru laut itu. Mereka sekeluarga kenal pemilik nama itu. Satu-satunya ketua mafia yang bertindak tanpa meninggalkan jejak walaupun debu. Namun mereka tidak sangka orang yang mereka sayang ialah orang yang digeruni.
"So Avien. Puas hati dengan jawapan aku?",tanya Xian lebih dingin dari sebelum ini. Avien hanya mendiamkan diri. Mereka sedar yang mereka jerat diri sendiri. Xian tersenyum sinis.
"Let me tell you something. Aku bukan lagi ketua BD tapi ketua DIK. Kumpulan yang baru dibentuk beberapa bulan lepas tapi sayang satu kumpulan pun tidak sedar tentang kewujudan kumpulan baru aku. Termasuk dengan kau Zaqwan or should i call you Eagle?",kata Xian sinis.
Xian memandang Bryan yang tekun melihat skrin laptopnya. Bryan terasa seperti ada orang melihat lantas mendongak. Langsung bertentangan mata dengan Xian.
"Done?",tanya Xian. Bryan hanya mengangguk.
"Here I show you the prove that your brother not killed by me",kata Xian sambil menujukkan paparan rakaman kejadian itu. Avien terbungkam melihat rakaman tersebut. Dia langsung memandang Puan Zafrya yang menunduk di sebelahnya.
"Puas hati dengan rakaman ini? So i tell you again that i'm not kill your brother!",tegas Xian.
Zaqwan dan Zafran tidak berkutik langsung melihat ketegasan Xian malah mereka berasa masuk kandang singa yang baru melahirkan anak. Xian mengambil pisau keduanya di atas meja lalu melontar pada dada Avien.
"Such a goodnight",bisik Xian pada Alice lalu menikam perut Alice. Darah Alice dan Avien yang terlekat pada bajunya langsung tidak dihiraukan. Xian memandang Puan Zafrya yang menggigil ketakutan.
"Tahu takut. Bunuh papa aku tak takut pulak",sindir Xian tajam. Dia memandang Zaqwan dan Zafran silih berganti lalu memberi pedang dan pistol milik Crya.
"She's yours. I'm not take it. I'm done with them",kata Xian selamba sekaligus menjawab persoalan Zaqwan dan Zafran.
"One more thing, esok jumpa aku dekat pejabat peguam. And jangan sesekali bawak orang lain selain korang berdua. Also shut up your mouth. Don't ever tell anyone about me!",pesan Xian datar lagi tegas. Melihat respon dari kedua abangnya dia melangkah keluar meninggalkan mereka.
Happy reading❣Tq support and abaikan typo😌

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Fiksi RemajaAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...