Raisya dan Arziel menunggu keluarganya di parkin kereta. Mereka keluar terlebih dahulu daripada keluarga mereka.
"Bila la abang boleh tengok muka dingin kakak balik",kata Arziel memecahkan keadaan sunyi antara mereka berdua.
"Entah la bang. Adik pun rindu semua hal kakak. Tak lengkap harian adik kalau takde dia" balas Raisya sambil tersenyum hambar. Arziel menggengam tangan Raisya.
"Harap kakak bangun",kata mereka serentak. Mereka berdua tergelak kecil.
"RAISYA!"
Raisya dan Arziel berpaling ke arah suara. Terlihat Adam melambai ke arah mereka berdua. Raisya minta izin dari si abang untuk ke kereta Adam. Arziel mengangguk.
"Babe",tegur Dilia yang turut ada bersama Adam,Danny dan Kevin.
"Amboi kau sakan eh dating. Bila kau balik sini?",tanya Raisya melalui cermin kereta. Dilia tersenyum malu.
"Last week. Grandpa tak senang duduk tak tahu perkembangan Yana. Kau tahu ler grandpa tu. Dia kata selagi Yana tak sedar aku jangan balik",kata Dilia. Dia mencebik sekejap. Raisya meluku kepala Dilia kuat.
"Cebik konon. Padahal dalam hati berbunga-bunga",ejek Danny. Dilia menyiku Danny.
"Kesian kau. Grandpa tak sayang kau",ejek Raisya pula. Dilia menunjukkan jari tengah ke arah Raisya.
"Apa? Nak aku patahkan jari kau. Meh sini aku patahkan",kata Raisya lagi. Dia berura-ura mencapai tangan Dilia. Laju Dilia menyorokkan tangannya.
"Tahu takut",sinis Kevin. Adam hanya mampu menggelengkan kepala. Kadang-kadang dia sendiri dengan sikap kekasihnya.
"Anyway kau buat apa kat sini?",tanya Raisya.
"Ingat nak lawat leader tapi aku ternampak kereta Qayyim. Esok je la kitaorang lawat"kata Adam. Raisya mengangguk faham.
"Memang dia jaga pun. Biarlah dia spend time dengan Yana",ujar Raisya. Mereka tersenyum hambar.
"Kau pula bila nak turun padang?",tanya Danny. Raisya tersenyum sinis. Mereka dalam kereta pandang Raisya pelik.
"Lain macam senyumanan kau. Anything?",tanya Kevin. Raisya pandang seorang demi seorang.
"Malam ni aku turun. Kevin job untuk kau. Cari maklumat tentang SW dan sape yang ambik alih kumpulan itu. Malam ni aku nak",arah Raisya datar. Senyuman sinis terukir di bibir masing-masing.
"ADIK!",jerit Arnaz
"Cau",pamit Raisya. Adam,Dilia,Danny dan Kevin mengangguk.
"Sape tu? Bukan main lama sembang.Bincang apa?",tanya Ardfan dan Ardfin serentak setelah adiknya lolos dalam kereta. Raisya memandang abang kembarnya sekilas.
"Tak serentak tak sah. Dorang member adik ngan kakak",jawab Raisya. Dia bermain telefon bimbitnya tanpa menghiraukan pandangan kembarnya di sebelah.
"Bincang apa?",tanya Arziel ingin tahu.
"Dorang nak lawat kakak tapi dorang nampak kereta Qayyim tu tak jadi. Katanya esok nak lawat kakak",jawab Raisya ringkas lalu menutup mata. Arziel mengangguk. Keadaan kembali hening. Kurang 15 minit mereka sampai di rumah.
🌸🌸🌸
Amri dan Daniel tersenyum melihat Qayyim yang tidur secara duduk sambil mengenggam tangan Aryna.
"For the second time Qayyim down disebabkan orang yang sama",kata Daniel. Amril tersenyum nipis mendengar ayat Daniel.
"Nampak dengan jelas dia sayang gila kat Aryna. 3bulan tak sedar pun dia berubah habis,aku tak boleh bayangkan kalau Aryna tiada. Confirm meroyan",kata Amri pula. Danial tertawa kecil.
Qayyim tersedar setelah mendengar tawaan kecil dari Daniel. Dia menggosok mata perlahan.
"Bila sampai?",tanya dia dengan suara serak. Dia memandang Aryna dan mencium pipi gadis itu sekilas.
"Dalam 10 minit",jawab Daniel ringkas. Qayyim mengangguk tanpa mengalihkan pandang muka Aryna.
"Kau dah makan belum?",tanya Daniel lagi. Qayyim menggeleng perlahan. Dia mengenggam tangan Aryna dan membawa ke bibirnya.
"Kau nak makan tak? Kalau nak aku nak turun beli",tanya Daniel prihatin. Sekali lagi Qayyim menggeleng. Amri mendengus tidak puas hati.
"Aku tahu lah kau risau dekat Aryna tapi kau pun kena la jaga kesihatan kau. Kau sedih Aryna lagi sedih",kata Amri datar. Daniel mengangguk mengiyakan.
Qayyim tersenyum nipis. Airmatanya kembali menitik. "Aku tak sanggup tengok dia terbaring kaku macam sekarang ni. Memang aku lemah kalau bersangkut laut dengan dia. Dia segalanya bagi aku selepas family aku",kata Qayyim dalam tangisan.
"Aku turun beli makanan",kata Amri lalu keluar. Daniel memeluk bahu Qayyim untuk memberi semangat pada sepupunya itu.
"Aku rindu dia Lex. Aku rindu Yana",ucap Qayyim sayu. Dia membalas pelukan Daniel. Daniel memejam mata menahan rasa. Kalau Qayyim menggunakan Alex itu bermaksud memang dia sedih dan memerlukan seseorang yang dia inginkan.
"Kau kena kuat Reen. Aku tahu kau rindu Yana. Tapi kau takboleh lemah macam ni. Aku nak sepupu aku seperti dulu yang sengal,yang suka usik orang. Aku taknak Qayyim Aryan Hazreen yang sekarang",kata Daniel lembut. Dia juga menggunakan nama ketiga Qayyim,Hazreen.
"Dah?",tegur Amri di sofa. Daniel pandang Amri terkejut. Amri hanya mengangkat bahu.
"Bila masa kau masuk?",tanya Daniel. Amri mengangkat tapak tangannnya. Daniel angkat kening. Dia tak faham!
"5 minit",jawab Amri singkat. Daniel terangguk-angguk.
"Makan sebelum aku sumbat nasi panas ni dalam mulut kau",kata Amri datar. Tanggannya lurus di depan Qayyim.
"Kejam",komen Qayyim sepatah tapi dia mengambil juga makanan yang dihulur. Amri dan Daniel senyum sinis.
"Aku boleh kejam dari mak diri dalam filem or drama yang kau tengok",kata mereka serentak. Qayyim mencebik.
"Eh dah lama aku tak nampak Dianz. Mana dia eh?",tanya Daniel tiba-tiba. Qayyim berhenti makan dan pandang Daniel. Begitu juga dengan Amri.
"Haah la. Dah lama aku tak nampak batang hidung mamat cina. Lepas je kes hari tu terus tak nampak dia",kata Qayyim.
"Takkan pindah negara asal kut",kata Amri pula. Qayyim dan Daniel tersengeh.
"Takkan lepas kes tu dah kecut kut",kata mereka serentak. Memang lepas kes DZ serang sekolah mereka,Dianz menghilangkan diri sampai sekarang.
"Xian tu aku tengok boleh tahan baran dia. Takkan dia lepas kut. Tapi aku tak rasa mamat tu lepas,pasti dalam kawalan BD",kata Amri.
"Memang dia baran. Jelas lagi nyata kut sifat dia",kata Daniel pula. Qayyim diam.
"Ada betul juga. Aku tak rasa Xian lepaskan Dianz macam tu je. Dia datang buat onar kut",Qayyim mengiyakan kata-kata Amri.
"Abaikan je la. Tak penting!"
Mereka berkata serentak lalu ketawa. Daniel dan Amri dalam diam tersenyum melihat Qayyim mula ketawa walaupun tidak seceria dulu.
'Always strong bro. We always beside you',desis hati mereka. Pukul 12 malam,mereka tertidur.
Happy reading🌸 kurang ok la part ni. Aku xde idea nak buat part ni. Tq support💕abaikan typo😌
![](https://img.wattpad.com/cover/244182675-288-k227097.jpg)
YOU ARE READING
Gadis Dingin
Teen FictionAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...