43

2.2K 172 22
                                    


Raisya kembali ke sekolah bersama gengnya yang lain. Riak muka mereka dingin sama seperti ketua lama mereka. Pelajar lain hanya menunduk bila bertembung dengan mereka. 

Mereka melangkah biasa ke tempat duduk tapi tidak bagi Raisya. Matanya tajam merenung Avien Qic dan Alice yang turut merenungnya.

Makin panas Raisya dibuatnya bila mereka berdua mempamerkan senyuman mengejek. Raisya mengetap gigi kuat.

"Raisya!",jerit Naqwin di pintu kelas. Raisya hanya memandang kosong. Zaq mengangkat kening kepada Naqwin.

"Pengetua panggil di dewan Rynsya sekali dengan pengawas",kata Naqwin dengan nafas termengah-mengah. Raisya mengangguk. Sempat dia melemparkan senyuman sinis yang nipis pada Alice.

"GERAK LAH CEPAT!",jerkah Raisya kuat. Kelam kabut mereka mendengar jerkahan Raisya. Qayyim,Danial,Amri hanya beriak biasa.

"Korang free sampai balik. Dilarang ponteng sekolah dan jangan buat aku mengamuk",pesan Raisya dingin. Dia berlalu keluar ke dewan Rynsya.

Dewan Rynsya,dewan khas untuknya dan Aryna. Dewan yang akan digunakan bila berkaitan dengan Aryna. RYNSYA singkatan daripada Aryna dan Raisya. Tiada sesiapa dibenarkan masuk tanpa keizinan.

"Semua dah ada jadi kita teruskan. Seperti yang kamu semua sedia maklum Ketua Pengawas kita sudah tiada. Jadi hari ini segala jawatannya akan beralih pada Raisya termasuk dengan Ketua Pengawas untuk tahun ini dan hadapan. Ada bantahan?",tanya Pengetua.

"Yang lain ada perubahan jugak ke mama?",tanya Ayuni.

"Tidak. Hanya jawatan yang disandang Aryna sahaja yang berubah. Segala tanggungjawab Aryna pikul selama ini Raisya ambik alih mulai hari ini",kata Pengetua. Mereka semua mengangguk faham. Raisya bangun dan menghadap mereka semua.

"Walaupun aku tidak sekejam Aryna tapi korang kenal aku macam mana kan. Jadi sebelum aku berubah jadi macam Aryna,jangan cabar aku. Peraturan tetap sama seperti Aryna kawal dulu",kata Raisya dingin.

"Qayyim,Amri,Daniel,Had,Haq,Adrian dan Adril. Kamu bertujuh pembantu Raisya dan Arziel sama seperti Aryna amanahkan semasa arwah ada",kata Pengetua.

"Selain aku,Arziel juga ketua pengawas. Kalau aku tiada di sekolah,dia akan gantikan posisi aku sebagai pemimpin korang. Jadi jaga disiplin korang,jangan buat masalah,jaga etika korang semua. Sekali aku tahu korang langgar,aku buang tanpa amaran. Jangan kata aku tak pernah pesan",pesan Raisya. Laju mereka mengangguk.

"Bersurai. Adril dan Fas inform pada basketball,netball dan badminton hari ni ada perubahan dan pergabungan di court masa ketiga sebelum rehat pertama",kata Raisya lalu keluar dari Dewan Rynsya.

Raisya berjalan menuju ke tingkat 3 blok yang sama. Dia menolak pintu yang tertera nama ARYNA HP. Dia menghabiskan masa selama satu jam di bilik peribadi Aryna.

"Kau tinggalkan aku terlalu awal. Kau janji takkan tinggalkan aku tapi kau mungkir janji",katanya perlahan. Dia mengusap gambar di atas meja. Gambar semasa mereka terima anugerah pemimpin terbaik 3 tahun lepas.

"Miss you leader",ucapnya seraya tersenyum sayu. Dia mengemas meja Aryna dan melangkah keluar.

🌸🌸🌸

"Semua dah ada kan? So straight to the point. Basketball aku terpaksa bubar. Sorry but i can't handle it. Aku tak pandai bab-bab bola keranjang. Yes aku tahu ada antara korang sayang pasukan ni tapi memang aku tak boleh handle. Sama juga macam badminton. Macam korang sedia maklum kapten korang dah pindah ke Rusia 4 bulan yang lalu. Sekarang hanya tinggal aku dan pasukan bola jaring. Jadi aku bagi korang pilihan untuk sertai sama ada bola jaring atau badminton. Dua-dua pasukan ini aku yang handle. Kalau tiada bantahan,boleh bersurai"kata Raisya dingin. Tanpa kata dia terus berlalu meninggalkan mereka di lapangan sukan.

"Selain Raisya,aku dan beberapa orang lagi akan perhatikan korang. Korang mesti taknak kan tengok sisi Raisya yang satu lagi kan. Jadi tolong beri kerjasama. Kalau korang taknak,aku yang rapat dengan dia lagi taknak. Pasukan basketball boleh hantar nama,kelas dan pasukan yang korang nak sertai pada aku atau Qayyim takpun orang yang rapat dengan Raisya. Team lelaki aku sarankan korang sertai badminton atau yang lain",kata Adrian selepas kelibat Raisy hilang daripada pandangan mereka.

"Kalau aku nak sertai sepak takraw boleh?",tanya Atif. Adrian hanya mengangguk.

"Boleh tapi kau kena laporkan diri pada guru penasihat dulu. Kalau tiada apa apa masalah,aku benarkan. Ada persoalan? Senyap je jadi aku anggap tiada persoalan. Korang boleh bersurai",kata Adrian.

Qayyim mengeluh perlahan. Qayyum dan Aryana yang mendengar hanya berdiam tanpa kata.

"Panjang kau mengeluh",tegur Zaq. Qayyim mendongak memandang Zaq yang tengah makan karipap.

"Lepas makan buang dalam bakul sebelah kau tu. Kalau taknak kena denda dengan Raisya",kata Adrian selamba membuatkan Zaq tersedak.

"Aku tahu lah",balas Zaq dengan suara dengar tak dengar. Adril mengesat sisa inti karipap di pipi Zaq sambil ketawa kecil. Zaq terkedu.

"Makan kalah budak tadika",komen Adril. Dia memandang Zaq yang terkaku. Tiba-tiba pipinya bertukar jadi merah. Sedar akan keterlanjurannya dan dia malu.

"Sorry",kata Adril perlahan. Dia menyorokkan muka di bidang dada abang kembarnya,Adrian.

"It's okey",balas Zaq setenang mungkin. Dia mengalihkan pandangan dan tangan dilekapkan pada dada.

'Asal hati aku laju berdebar?',desis hatinya.

"Tengok korang buatkan aku rindu baby girl aku",kata Qayyim memecahkan keadaan yang hening seketika tadi. Semua memandang Qayyim yang tengah menahan tangisan.

"Aku rindu Aryna. Sunyi bila tiada dia",luah Qayyim. Setitik demi setitik air matanya jatuh. Keadaan kembali sepi. Hanya kedengaran esakan kecil Qayyim.

Adrian menepuk bahu Qayyim berkali-kali. Dia menghulurkan tisu serta sebuah kotak yang kemas berbalut.

"Ni hadiah yang Aryna amanahkan dekat aku sebelum dia meninggal. Dia pesan suruh bagi dekat kau jika dia tidak mampu lagi berdiri di samping kau. Dan ini mungkin hadiah terakhir dia buat kau dan sekeluarga",kata Adrian.

Qayyim menyambut huluran Adrian. Air mata yang baru sahaja berhenti mengalir kini kembali keluar. Dia membuka kotak hadiah dengan perlahan. Dia tersenyum dengan esakan melihat isi di dalamnya.

Dia mengusap kepingan polaroid semasa mereka berdua di Itali. Dia menekap polaroid itu di dada seakan dia memeluk tubuh Aryna.

Mereka yang melihat itu hanya mendiamkan diri. Mereka juga sebak melihat keadaan Qayyim seakan hilang arah.

Raisya yang kebetulan lalu di lapangan sukan turut mengalirkan air mata. Dia bersandar di dinding dan melurut jatuh. Dia merapatkan kedua-dua belah kaki di dada dan menyembam muka di lutut.

Qayyum yang menyedari kehadiran Raisya keluar tanpa mereka sedar. Dia mengeluh perlahan melihat susuk tubuh Raisya yang tengah menangis.

Dia mencangkung di depan Raisya. Spontan tangannya naik mengusap kepala Raisya dan menarik tubuh itu dalam pelukannya. Raisya menangis dalam pelukan Qayyum.

Happy reading. Tq support💘 abaikan typo😌

Gadis DinginWhere stories live. Discover now