Arnaqi memberhentikan kereta milik Arziel sebelah keretanya di bawah garaj. Dia mengajak kedua-dua adiknya keluar untuk berjumpa dengan ibunya.
Dengan teragak-agak mereka berdua keluar dan mengikut langkah si abang. 'Pasti mummy happy',desis hati Arnaqi dengan senyuman lebar.
"Assalamualaikum"
Arnaqi memberi salam seraya menolak daun pintu utama. Dia memegang tangan Raisya dan Arziel. Dengan bekalan semangat yang nipis mereka mengikuti langkah Arnaqi.
PAK!
Sesuatu yang lembut kena tepat muka Arnaqi. Terhenti langkah mereka bertiga. Raisya dan Arziel terkejut.
Mereka bertiga memcari datangnya sesuatu itu."Sakit lah!",kata Ardfan separa jerit. Dia dihempap kembarnya kerana mencalarkan keretanya setelah pulang dari kolej.
"Kau calarkan kereta aku pahal? Ni makan dia",balas Ardfin sambil meluku kepala adik kembarnya. Ardfan sedaya upaya menolak abangnya dengan bantal tapi terpelanting ke pintu utama.
"Setan mana ambik ayam aku woi?!",jerit Arnaz kuat. Bergema ruang tamu dengan jeritan abang pertama mereka. Terhenti agenda kembar tersebut mendengar jeritan si along.
"Woi monyet tak payah lah jerit. Bukannya diorang pekak. Tak payah nak jerit bagai. Bingit tau tak",tegur Arzhan yang melangkah keluar daripada lif.
"Kau diam. Rainbow mana yang ambik ayam aku?",lagi kuat jeritan dia. Raisya dan Arziel menahan gelak mendengar perkataan RAINBOW. Ingat ni cerita Upin&Ipin dengan rainbow bagai.
"Woii!",jerit Arzhan dan Arnaqi serentak. Terhinjut bahu Raisya dan Arziel mendengar jeritan si abang. Dah lah dorang kat sebelah je.
Arnaz yang mendengar jeritan dari ruang tamu menjengulkan kepala ikut celah dinding yang memisahkan ruang tamu dan dapur.
Berkerut dahinya melihat dua gerangan yang berdiri di sebelah adiknya. Dia keluar dari dapur dan melangkah ke ruang tamu.
Terjerit kecil Raisya melihat Arnaz yang tidak memakai baju dan hanya mengenakan seluar pendek paras lutut. Segera Arziel menutup mata Raisya.
Arnaqi melemparkan bantal sofa yang terkena padanya tadi ke arah alongnya. Dia merenung Arnaz,Ardfin dan Ardfan tajam.
"Takde kerja nak buat? Kau along memekak je kerja. Ayam je kut bukan bini kau hilang"kata Arnaqi tanpa nada. Dia memandang si kembar yang tengah sengeh tak bersalah.
"Korang dua tak habis-habis sepahkam rumah. Kalau lepas sepah korang kemas takpe. Ni mummy dan bibik jugak yang kena kemas. Umur dah tua kan fikir lah. Jangan jadi macam baby tak reti pape"bebel Arnaqi. Terkebil-kebil Arziel mendengar bebelan Arnaqi.
"Fan,Fin kemas balik. Kau along naik pakai baju.NOW! Malu sikit dekat adik",sambung dia. Dia mendukung Raisya dan memberi isyarat pada Arziel supaya mengikutinya.
"Haram chik!",jerit si kembar.
"Diam babi",balas Arnaqi. Tercengang Arziel mendengar balasan daripada si abang. 'Bapak selamba. Kalau aku tu sia-sia kena penyepak dengan along Darish',kata dia dalam hati.
Mereka berhenti depan pintu bercat hijau. Arnaqi menurukan Raisya. Dia menolak perlahan pintu tersebut. Dia mengamit kedua-dua adiknya.
"Come"
Arziel dan Raisya terpengun selepas mereka masuk. Arnaqi tergelak kecil.
"Ni taman mini mummy. Biasa lepas makan malam kami semua lepak sini lah. Ni idea mummy. Buat taman mini dan menanam pokok bunga. Apa nak heran kan."kata Arnaqi lalu duduk di atas rumput. Raisya dan Arziel turut melakukan benda yang sama.
"Taman bawah untuk weekend. Bila weekend kami akan buat macam-macam aktiviti. Bawah kan luas",sambung dia lagi. Mereka berdua mengangguk.
"Achik,yang kat bawah tadi sape?",tanya Raisya. Dia masih terpegun melihat taman mini itu. Dia memetik sekuntum bunga mawar dan menghidunya.
"Yang tak pakai baju tu Along. Angah yang keluar dari lif. Yang gaduh tu abang korang lah. Dorang kembar",jawab Arnaqi.
"Papa!",panggil seorang kanak-kanak berusia dalam lingkungan 9tahun. Mereka berpaling ke arah pintu.
"Yes Nazhim?",tanya Arnaqi.
"Tokma panggil makan",kata Nazhim. Arnaqi mengangguk.
"Nazhim keluar dulu. Nanti papa turun",kata Arnaqi. Nazhim membuat simbol ok lalu keluar.
"Jom",ajak Arnaqi. Raisya dan Arziel mengeleng kepala laju. Arnaqi menghela nafas.
"Jom",ajak Arnaqi lagi. Kali ni terselit nada tegas. Mahu tak mahu mereka berdua bangun dan keluar bersama Arnaqi.
Sampai di bawah,terkaku Tengku Syamieq melihat gerangan yang bersama Arnaqi. Raisya dan Arziel pula memengang tangan Arnaqi. Mereka segan dengan semua memandang ke arah mereka bertiga.
"Fina... Arfan....",panggil Tengku Syamieq. Raisya dan Arziel memandang Tengku Syamieq dengan mata berkaca-kaca. Dengan berjalan cepat dia memeluk ayahnya. Tangisan mereka pecah dalam pelukan si ayah.
Yang lain terkesima melihat kecuali Arzhan dan Arnaqi. Mereka berdua hanya tersenyum.
"I'm sorry my boy,my girl",kata Tengku Syamieq perlahan. Dia mencium kedua-dua anaknya. Raisya dan Arziel mengangguk. Mereka melepaskan pelukan. Mereka berdua memandang ke arah Puan Syadiana.
Mereka berlari ke arah Puan Syadiana dan memeluk erat. Sekali lagi air mata mereka tumpah.
"Ya Allah anak-anak aku. Terima kasih Ya Allah",kata Puan Syadiana dengan nada terkejut campur bahagia.
"Miss you mother",ucap mereka serentak. Raisya mencium pipi sebelah kanan ibunya manakala si abang sebelah kiri.
"Dah la drama. I'm hungry",celah Arnaqi selamba. Raisya dan Arziel tersipu malu.
"Jom makan. Lepas ni kita sembang ya sayang",kata Puan Syadiana lembut. Raisya dan Arziel mengangguk. Mereka duduk bertentangan dengan abang kembarnya. Siapa lagi kalau bukan yang gaduh tadi,Ardfan dan Ardfin.
"Lah bos?",tegur Farisya,isteri kepada Arnaz dan juga akauntan di syarikat DH. Raisya memandang orang di sebelah alongnya. Dia terkejut.
"Kak Sya",tegur Raisya. Yang lain pandang Raisya pelik.
"Bos mana pula awak ni sayang. Dia kan adik abang",tegur Arnaz pada isterinya. Farisya memandang suaminya.
"Betullah. Raisya bos kedua sayang",kata Farisya. Raisya tersenyum.
"Serius ah kak long? Budak kecik ni bos kak long?",sampuk Arfdan.Dia juga baru pulang ke tanah air selepas setelah tamat belajar.
"Betul lah apa yang kaklong cakap. Fina bos kedua dalam DH",jawab Arnaqi sambil makan. Semua pandang tidak percaya.
"Bos terbesar?",tanya mereka serentak kecuali Tengku Syamieq.
"Kembar tengah. Aryana. Dia pengarah DH"kata Arnaqi. Raisya mengangguk.
Yang lain terbungkam mendengar jawapan Arnaqi. Umur baru setahun jagung sudah memiliki syarikat sendiri. Mereka nak masuk kerja pun susah walaupun milik keluarga sendiri.
"Then mana Yana?",tanya Puan Syadiana. Raisya dan Arziel berpadangan.
"Kakak tengah tak betul. So abaikan dia buat sementara waktu",kata Raisya sambil tersengeh. Yang lain hanya ketawa.
"Yeayy ada kakak. Adik taknak kawan dengan abang-abang semua",kata Arsyira riang. Arsyira memeluk kakaknya ketat. Raisya hanya tersenyum.
Baru Raisya perasan hanya dia,Aryna dan adik bongsunya perempuan. Yang lain semua lelaki. Bermula Aryna sehingga Arsyira perempuan. Dari Arnaz hingga Arziel adalah lelaki.
'Bapak ramai abang. Confirm possesive',getus hati Raisya. Dalam diam dia bersyukur kerana ahli keluarganya menerima dengan baik kehadiran dia dan Arziel. Alhamdulillah.
Happy reading. Tq support. Lagi beberapa bab akan tamat. So korang nak penamat dia macam mana? sedih or happy?abaikan typo😌

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Teen FictionAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...