Arnaqi termenung jauh mengingati kejadian yang berlaku seminggu yang lalu. Aryna juga sudah seminggu tidak sedarkan diri. Kecederaan yang dialami agak parah. Tambahan pula Raisya dan Arziel juga tidak sedarkan diri.
Arqif yang melihat abang keduanya termenung tersenyum sikit. Sejak beradik kembar berada di wad,abangnya mula menjadi pendiam.Dia menghampiri Arnaqi.
"Jauh termenung. Sampai mana dah?",tegur Arqif. Arnaqi pandang Arqif dengan datar.
"How's triplets?",tanya Arnaqi. Arqif menggeleng kepala berulang kali. Arnaqi memandang siling biliknya semula.
"Aku dah dapat yang kau nak",kata Arqif. Dia mencapai buku di depannya. Dia melakar satu lambang. Arnaqi mengerut dahi melihat lakaran tersebut.
"Skil Whiof atau singkatan SW. Dia salah seorang kawan Yana ops no kawan Xinder di Tokyo. Dia pernah kerjasama dengan kumpulan Yana tapi sekerat jalan",kata Arqif.
"So? Motif dia langgar Yana?",tanya Arnanqi.
"Motif? Simple. Balas dendam. Apa yang aku dapat,dia ni nak balas dendam sebab perusahaan keluarga dia bangkrup dan sebab abang dia meninggal",jawab Arqif sambil bersandar ke belakang sofa.
"Just that?"Arqif mengangguk. Arnaqi senyum mengejek.
"Kau sendiri tahu pengaruh BD luas mana. Sekarang Yana ambik alih. Dengan dia sakit macam tu tak hairan ramai yang tidak puas hati. Kau tengok Diamond Holding,syarikat paling maju buat masa sekarang. Sedangkan ramai tak tahu pengarah DH tu budak sekolah. Kita yang kerja dengan keluarga sendiri pun ambik masa yang lama untuk majukan syarikat. SW pula kawan Xinder bersamaan kawan Yana juga so benda biasa musuh dalam perusahaan",sampuk Arfdan.
Arqif dan Arnaqi memandang Arfdan yang bersandar pada pintu bilik itu. Sebetulnya dia mahu mengajak kedua-dua abangnya ke hospital untuk lawat kembar tapi dia terdengar pula perbincangan itu.
"Look,Yana tu copypaste yeye kut kalau bab syarikat. Dunia gelap pula copypaste grandpa. Dua-dua pengaruh besar. Tak heran minah brutal senget tu dikelilingi oleh musuh. Lagipun group SW tu kan pernah kerjasama dengan kita kat China tapi tengoklah apa yang jadi. Tergendala segala projek yang kita kerjasama dengan dorang. Kita pula terpaksa minta tolong dengan group DH. Itupun nasib syarikat Yana kalau tak jenuh kita nak cari syarikat lain. Aku dengar yang SW ada kerjasama dengan DH. Tander pula nilai tinggi so bangkrup sebab tander kena tarik la tu",kata dia lagi. Arqif mengangguk mengiyakan kata-kata Arfdan.
"Betul juga tu. Tak terfikir pula aku",kata Arnaqi sambil terangguk-angguk.
"Jom. Lawat kembar tapi sebelum tu tolong aku handle beruk kat bawah",kata Arfdan dengan menyampah. Arnaqi dan Arqif ketawa kecil. Tahu sangat apa dimaksudkan oleh adik mereka.
"Bagi la dia chance dik. Dah lama tu tunggu kau",sakat Arnaqi. Arqif mengangguk sambil tersengeh. Arfdan melolot ke arah si abang.
"Memang tak lah",kata dia ketus. Terburai ketawa mereka. Mereka turun ke tingkat bawah.
"Abang!!!"
Jerit Damia teruja. Arfdan sudah melepaskan keluhan kasar. Arnaqi dan Arqif pula melepaskan tawa kecil.
Damia,sepupu yang agak manja dengan mereka adik-beradik. Tambahan lagi dia menaruh hati pada si sepupu,Arfdan tapi tidak disambut.
"Nak pergi mana?",tanya Damia. Dia merangkul lengan Arfdan erat. Arnaqi dan Arqif tersenyum mengejek.
"Nak pergi hospital. Nak lawat our princess. Wanna join us?",tanya Arqif. Damia mengangguk laju.
"Mia,lepas tangan aku. Please sebelum aku hentak kau",kata Arfdan dingin. Damia mencebik. Mereka keluar ke hospital.
🌸🌸🌸
Dr.Zaira memandang Aryna yang terbaring kaku atas katil hospital. Dia menggeleng perlahan. Masih tiada perubahan.
"I hope i can see you ice face again. Wake up sis. Everyone's waiting you",kata dia perlahan di telinga Aryna. Tangan pula naik mengusap kepala lembut.
"Doktor,how is she?",tanya Puan Syadiana selepas Dr.Zaira keluar daripada ward si anak. Dr.Ziara tersenyum nipis.
"Same condition",kata Dr.Zaira perlahan. Puan Syadiana jatuh terduduk entah keberapa kali. Setiap kali Dr.Zaira keluar dari ward Aryna,hatinya bagai dihiris halus mendengar keadaan anaknya.
"Maaf",pohon Dr.Zaira. Semua keluarga Aryna mengangguk. Dia melangkah pergi.
Puan Syadiana dan Tengku Syamieq serta anak-anak lelakinya masuk ke ruangan anak kembar mereka. Mengalir airmata Puan Syadiana melihat ketiga-tiga anak kembar terbaring tanpa ingin bangun.
Arnaz dan Arzhan menghampiri Raisya dan Arziel. Mereka mengenggam tangan dua beradik itu dengan erat.
"Wake up please",bisik Arnaz. Dia mengelus pipi Raisya lembut dan mencium dahi Raisya.
Seketika Arnaz merasakan pergerakan dalam genggaman tangannya. Dia melihat ke arah adiknya. Dia tersenyum lebar.
"Adik!"
Dia menjerit keterujaan. Semua terkejut dengan jeritan Arnaz. Mereka memandang ke arah Raisya. Masing-masing tersenyum lebar.
Raisya mula sedar. Dia memandang semua keluarganya. Dia tersenyum nipis. Dia mengalihkan pandangan ke kiri kanan,terlihat susuk tubuh si kakak yang masih lagi tidak sedar. Dia berpaling ke kanan,terlihat si abang yang cuba membuka mata.
"Alhamdulillah Fina dan Arfan dah sedar"
Kata mereka serentak. Seketika mereka sedih semula. Masih ada seorang yang masih tidak bangun.
"Wake up kakak",kata Raisya seiring memeluk Aryna. Dia menangis dalam pelukan kakaknya.
"Kau dah tak sayang aku ke? Kau dah benci kau ke kak? Bangun lah. Aku rindu nak dengar mulut laser kau. Aku rindu nak dengar suara dingin kau. Aku rindu nak tatap muka beku kau. Aku rindu nak gurau kasar dengan kau. Aku rindu semuanya kak. Bangunlah kak. Aku sunyi kau takde",kata Raisya dalam nada rayuan.
Arnaz,Arzhan,Ardfan dan Ardfin memeluk Raisya ketat. Sebak mendengar luahan si adik. Benar-benar ingin kakak bangun dari tidur. Bukan Raisya seorang malah mereka satu keluarga.
Arnaqi,Damia,Arqif dan Arfdan berdiri kaku di depan pintu bilik Aryna. Mereka turut sebak mendengar.
Damia menangis tanpa suara. Dia merempuh masuk dan memeluk Raisya. Dia menangis bersama Raisya.
Happy reading☺tq support💖

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Fiksi RemajaAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...