Xian berhenti depan markas Dark Killer Ice. Anak buahnya yang mengawal pintu utama markas menunduk hormat padanya. Dia hanya mengangguk lalu masuk ke kawasan markas.Dia menuju ke bilik peribadinya diikuti oleh Bryan dan Friley. Masuk sahaja ke ruangannya,anak buahnya yang lain sudah berdiri tegak menanti kehadiran ketua dingin lagi beku mereka.
"Master!",sapa mereka serentak sehingga menghasilkan bunyi yang agak kuat memenuhi ruang tersebut. Xian hanya memdiamkan diri. Matanya tajam menikam anak mata seorang demi seorang anak buahnya dan terjatuh pada Hayyan.
"Wèishéme?",tanya dia sepatah. Anak matanya langsung tidak beralih daripada Hayyan. Hayyan yang merasakan soalan itu dituju pada dirinya mengangkat kepala. (Kenapa)
Membulat mata semua melihat darah segar mengalir daripada dahi Hayyan beserta muka pucat. Seketika Hayyan jatuh rebah tapi disambut oleh Arziel.
"Dài tā qù fángjiān",arah Xian pada Arziel. Arziel mengangguk lalu didukung Hayyan di belakangnya. Bryan mencapai laptop yang berada di atas meja dan mula bekerja. (bawa dia ke bilik)
Masing-masing mempamerkan riak cemas dan gerun. Masakan tidak Hayyan yang paling muda sekali diantara mereka semua. Pada umur 10 tahun lagi Hayyan sudah sertai dunia gelap dan sekarang 19 tahun.
"Baru lepas training kan?",tanya Bryan memecahkan keadaan hening.
Masing-masing mengangguk mengiyakan pertanyaan Bryan yang merangkap senior mereka.Bryan mengerut dahi setelah matanya melilau mencari sesorang di dalam rakaman cctv tidak ditemui dalam kalangan ahli mereka.
"Hayyan berlatih dengan sape tadi?",tanya Friley pula. Setiap pergerakan ahlinya dikawal oleh dia sendiri tapi dalam tempoh seminggu itu dia tidak berada di merkas. Dia hanya mengawal daripada jauh dan dia tahu dia akan terlepas pandang.
Xian hanya diam membisu tapi matanya tertatap pada belakang pintu. Dia nampak bayang seseorang di sebalik pintu itu. Dia menaip sesuatu di laptop yang Bryan gunakan tadi.
Dia mengambil pisau dalam poketnya lalu membaling ke arah pintu.Pisau itu menembusi satu lubang khas untuk dia menyasar musuh di sebalik itu. Dia melangkah bersahaja ke sasarannya.
Dia tersenyum sinis kerana balingan pisaunya terkena pada sasaran. Dia mengheret susuk tubuh seseorang yang dia nampak bayang tadi."Shì tā ma?",tanya Xian. Bryan mengangguk. Masing-masing mula berubah riak bila melihat senyuman psiko ketuanya. Arziel yang baru turun dari bilik Hayyan mengerut dahi melihat Khai di depan Xian sambil mengerang kesakitan. (Is it him?)
"Khai?"
Semua mengalihkan pandangan ke arah Arziel. Xian memandang Arziel dan Khai silih ganti. Dia mengoyak baju yang tersarung pada tubuh Khai. Anak buahnya yang lain terkejut melihat tindakan pantas ketuanya termasuk Arziel.
Lagi-lagi Xian tersenyum sinis. Dia menunjukkan tatu pedang yang terukir pada bahagian dada dan perut Khai. Dengan pantas dia menumbuk perut Khai di mana tatu pedang itu terukir. Khai mengerang kuat.
"Rúguǒ nín bù zhīdào duìshǒu shì shuí, jiù bùyào tiǎozhàn dírén",kata Xian dingin dan menghayun kaki di kepala Khai. (Jangan cabar pihak muauh kalau kau tak kenal sape lawan kau)
"Pèng wǒ zhèngzài děngdài sǐwáng de rén",sambungnya sambil menghentak leher Khai yang tidak berdaya. Arziel dan yang lain hanya memerhati dan membisu. Jarang ketuanya menyeksa musuh dalam bilik itu. (Sentuh orang aku,maut menanti)
Xian memberi isyarat pada Frzn untuk membawa Khai ke bilik tahanan selepas Khai jatuh pengsan."Hayyan manmǎ kǎ mǎ na?",tanya Xian dingin. (Hayyan macam mana)
"Tā méiyǒu jiàohuáng. Étóu zhǐyǒu yīgè shāngkǒu",kata Arziel. Xian mengangguk. (Dia takde pape. Cuma luka di dahi kesan terhantuk)

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Genç KurguAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...