59

2.1K 165 24
                                    

Wrez menghempas beberapa atas meja Xian membuatkan Xian memandang datar kepadanya. Dia duduk berhadapan Xian yang merenungnya tajam.

"Perangai tak boleh setan lagi?",tanya Xian datar. Dia mengambil fail yang dihempas Wrez lalu membaca isi dalamnya. Wrez hanya membuat muka selamba.

"Nah air",hulur Arziel kepada Xian dan Wrez. Dia dan Bryan mengambil tempat duduk di sofa dalam bilik Xian.

"Thank's",kata Xian dan Wrez serentak. Arziel dan Bryan mengangguk. Rutin harian mereka berdua membeli sarapan untuk ketua mereka.

"Flavour baru ke?",tanya Xian. Arziel memandang Bryan yang turut memandang ke arahnya. Lantas mereka berdua menggeleng. Xian mengerut dahi.

"Bukan? Korang beli dekat mana?",tanya Xian lagi.

"Tempat biasa lah. Tapi bukan orang yang selalu buat. Pekerja baru kut",kata Bryan. Xian mengerut dahi. Dia memandang pada bekas minumannya.

"Tulis mocha tapi rasa mint chocomilk",katanya sambil menyedut minuman ice itu. Wrez memandang adiknya.

"Bukan kau tak suka chocomilk ke?",tanya mereka bertiga serentak. Xian mengangguk.

"Yup but this flavour very tasty. It's have a little  bit sweet and mint. Rasa mocha pun ada sikit",kata Xian lalu menyambut minum. Matanya memandang setiap huruf dalam fail dan tangannya mencoret seperti tandatangan. Wrez,Arziel dan Bryan berpandangan sesama sendiri dengan riak tidak percaya.

"Pandai pula budak tu buat",kata Arziel perlahan.

"Kau kenal ke budak yang buat air tu?",tanya Bryan sekadar ingin tahy. Arziel memandang Xian lalu mengangguk.

"Adik aku",bisik Arziel. Tersedak Bryan mendengar jawapan kawannya. Membulat matanya memandang Arziel yang sedap menyedut minuman ditangannya. Dia berdehem dan kelakuan seperti biasa.

'Adik? Mampus aku kali ni. Kenapa dia tak pernah bagitahu aku yang dia ada abang',desis hatinya.

Xian perasaan kelakuan Bryan seakan ada sesuatu yang menganggu fikirannya. Dia hanya menggeleng kepala. Dia menolak fail yang siap dia semak ke arah Wrez yang ralit makan sarapan sambil bermain telefon.

"Sape buat air ni Bryan?",tanya Xian sambil membuka bekas sarapannya. Bryan tersentak mendengar soalan ketuanya.

"Entah",jawab dia sepatah.

"Lelaki ke perempuan?",tanya Xian lagi.

"Sakura yang buat",jawab Arziel selamba. Xian mengangguk sambil makan roti bakar. Seketika dia berhenti mengunyah. Dia memandang Arziel yang leka bermain telefon.

'Sakura? No wonder aku rasa pernah rasa flavour ni',desis hatinya sambil melihat minumanya.

"Kau dah kemas semua barang kau?",tanya Wrez pada Xian. Xian menggeleng.

"Flight esok kan? Malam ni aku kemas",jawab Xian. Dia mengambil telefonnya lalu membuka sosial media. Wrez menggeleng kepala mendengar jawapan selamba adiknya.

"Jangan sampai ada tertinggal sudah. Kita dah tak balik sini selepas ni. Kalau balik pun atas urusan projek",pesan Wrez. Xian mengangguk faham.

"Bryan,nanti inform pada Anas untuk pantau keluarga aku,sekolah dan keluarga Qayyim",arah Xian. Bryan mengangguk patuh.

"Kau balik Jepun bila Arziel?",tanya Wrez.

"Malam ni sekali dengan Peter",jawab Arziel. Wrez,Xian dan Bryan memandang Arziel terkejut.

"Awal gila",kata mereka serentak. Arziel mengeluh perlahan.

"Kakak aku dah memekak suruh balik sana. Tahulah kakak aku tu kepoci dia macam mana. Lagipun ayah aku kurang sihat. The real Arziel pun akan sampai malam ni",kata Arziel. Mereka mengangguk perlahan.

Gadis DinginWhere stories live. Discover now