42

2.3K 177 10
                                    


Sudah seminggu Aryna meninggalkan mereka semua. Seluruh keluarga dan sekolah masih lagi diselubungi kesedihan atas kepemergian orang terpenting.

Raisya dan Qayyim pula banyak mendiamkan diri. Mata merah menunjukkan mereka sering menangis dalam diam. Hubungan Raisya dan Arziel turut terjejas.

Sekarang Raisya termenung di taman tingkat atas. Sesekali terdengar dia mengeluh dan esakan kecil.

Arziel yang melihat keadaan Raisya tersenyum hambar. Dia mengambil telefon dalam poket baju melayu. Dia menaip sesuatu dan dihantar kepada seseorang.

'Soon,the war will begin',desis hatinya. Matanya ralit memerhati Raisya yang jelas tidak menyedari kehadirannya dari bawah.

Darieq yang perasan lirikan mata Arziel mula menghampiri. Dia menyiku perut Arziel perlahan membuatkan Arziel mengalihkan pandangan.

"Pe?",tanyanya sepatah.

"Biasa lepak dengan Raisya. Asal lately ni Darieq tengok korang saling menjauh?",tanya Darieq membuatkan degupan jantung Arziel seakan terhenti.

"Tak nampak semua keluarga tengah bersedih. Takkan abang nak gi buat lawak bodoh kut",jawab Arziel setenang yang mungkin.

"Tu kan memang sifat abang",balas Darieq selamba. Dia melarikan diri ke arah kolam tingkat atas setelah mendapat renungan tajam si abang.

Dia ketawa mengekeh. Dia berjalan santai menuju ke arah Raisya. Tanpa bertanya dia melabuhkan di depan Raisya.

"Kau ni sape lak?",tanya Raisya serak basah. Terselit nada dingin. Darieq hanya tersenyum dan merenung wajah kacukan itali cina itu.

"Darieq,adik Arziel",jawab Darieq. Raisya mengangkat kening tanpa tidak faham.

"Kau ni blurr pulak. Aku family yang jaga dia. Tapi aku dengan kembar aku anak bongsu lah",kata Darieq lagi. Raisya mengangguk.

"Asal sesorang?",tanya Darieq memecahkan keadaan hening. Raisya menggeleng.

"Masing-masing busy. So sorang je lah",jawab Raisya. Dia meminum lebihan ait yang diambil tadi.

"Rindu Syamiemiey ke?",tanya Darieq lagi.

"Bodoh punya soalan. Dia kakak aku mestilah rindu",balas Raisya. Dia menjeling Darieq yang tersengeh tanpa bersalah.

"Lek ah tu pun nak marah",cebik Darieq. Dia menyilang tangan di dada. Muka cemberut.

Raisya yang melihat riak muka Darieq melepaskan ketawa kecil. Darieq yang mendengar tawaan Raisya mula memandangnya.

"Buruk sial kau buat muka macam tu",komen Raisya sambil ketawa. Darieq ternganga kecil.

"Seriuslah kau cakap buruk. Tak pernah lagi orang cakap muka aku buruk.Semua cakap aku handsome dan comel. Wah kau pecahkan rekod eh",kata Darieq. Dalam diam dia tersenyum melihat Raisya tertawa.

"Perasan!",balas Raisya. Dia menggeleng kepala.

"Kan comel tu ketawa,senyum. Baru sedap orang memandang. Ni muka sedih kalah orang nak terima tali gantung",kata Darieq.

"Mulut kau sebijik macam kakak aku",kata Raisya. Darieq buat muka bangga. Raisya membaling gelas yang digunakan tadi ke arah Darieq.

"Sakit tenuk",kata Darieq seraya menggosok kepala yang kena gelas. Raisya buat muka selamba. Keadaan hening antara mereka.

"Kau rapat ngan Abang Arziel?",tanya Raisya tiba-tiba. Darieq hanya mengangguk.

"Kalau abang dan kakak-kakak aku busy,dia lah yang teman. Kalau ada orang buli kitaorang kat sekolah,mulalah dia naik tanduk. Kat sekolah pun ramai yang takut kat dia. Kalau ada orang nak rapat dengan dia,keluarlah sisi beku,dingin dia. Sama jugak kalau ada orang nak rapat dengan kitaorang. Tapi sejak dia pindah sekolah kat kau,aku lah yang ganti tempat dia",cerita Darieq.

Raisya tersenyum mendengar cerita Darieq. Seperti yang difikir,Arziel dan Aryna memang tiada beza. Dua-dua protektif,dingin,garang,beku. Tapi sekarang,seorang telah meninggalkan mereka.

Mereka terus berbual dan bergurau-senda sesama sendiri..Ahli keluarga yang melihat tawaan Raisya menarik senyuman lega. Tidak terkecuali Qayyum,walaupun hatinya seperti disiat-siat.

"Tak yah jealous. Dia abang aku,Darieq. Kau jangan risau dia takkan kebas awek orang. Kalau dia kebas,confirm tinggal nama. Kena parang dengan awek dia",bisik Darien.

Qayyum terkejut lantas berpusing ke sisi. Terlihat Darien dengan muka selamba,dengan lambat dia mengangguk.
Arziel hanya memerhati dari jauh. Dia tersenyum yang dia sahaja yang tahu.

🌸🌸🌸

DIA tersenyum sendiri membaca pesanan dari orang kanannya. Dia bingkas bangun dan bersandar pada kepala katil. Dia menyentuh gambar yang di hantar seolah-olah dia sedang mengusap orang tersebut.

"Miss them a lot",gumam dia perlahan. Dia melihat jam di dinding bilik,7 pagi. Dia mengeliat merenggangkan saraf. Dia melangkah keluar ke beranda bilik.

"Waktu memekak kejutkan mamat yang susah bangun",gumam dia perlahan. Dia tersenyum lagi.

"Oitt take a shower",sergah seseorang menghilangkan lamunannya. Dia melolot tajam.

"Suka sangat terjah bilik orang. Orang tahu lah. orang bukan ada kelas hari ni. Jangan potong mood orang boleh tak?!",katanya dengan geram.

"Barang dah ready ke?"tanya orang itu tanpa menghiraukan  kata-kata itu. Dia mengangguk.

"Ingat tujuan balik sana",pesan orang itu. Dia sekali lagi mengangguk. Dia menolak tubuh lelaki itu keluar dari biliknya.

"Pergi siap. Lambat pergi kolej memekak kat orang pulak",katanya. Lelaki itu berlalu ke biliknya. Segera dia menutup pintu bilik dan menyambar tuala di penyidai.

Dia mengusap tempat bedah 3 bulan yang lalu selepas mandi. Dia hanya merenung tubuhnya dan mengingati detik dimana seseorang menderma jantung kepada dia.

"Thank's a lot",katanya perlahan.
"Alice. Avien. Dianz. Hendry. Wait for me.",katanya seraya tersenyum sinis. Riak muka dingin sahaja.

"SISTER!HURRY UP! I'M GONNA LATE!",jerit seseorang gadis dari tingkat bawah. Dia mendecit perlahan.

"Suka sangat menyusahkan aku pagi-pagi buta ni. Kereta ada nak juga aku hantar. Tak boleh ke suruh driver hantar. Dah la sejuk",bebelnya. Laju dia memakai baju tebal yang tergantung di sebalik pintu.  Dia mencapai telefon,dompet dan kunci kereta. Sempat dia mengerling jam,8,15 pagi.

"So noisy dude. You already know it's gonna late but still want me send you to college",katanya. Gadis itu hanya tayang sengih.

"Lazy to drive",selamba gadis itu menjawab. Dia mengguling mata ke atas. Alasan yang sama setiap kali dia berkata seperti itu. Dia memandu keluar dari perkarangan rumah.

"Today i'm will return my country. So please bahave at home. Don't dare to skip your class",pesannya tegas. Gadis itu membuat muka.

"I know it my sister. Stop nagging. It's so noisy",cebik gadis itu. Dia menyekeh kepala gadis itu kuat.

"It's hurt",kata gadis itu kuat. Dia menggosok berulang kali dengan mulut terkumat kamit. Apa lagi tengah kutuk la tu.

"Remember who your sister",katanya selamba terselit nada dingin. Sedikit pun dia tidak hiraukan apa gadis itu kata. Gadis itu mengangguk laju.

Dia berhenti betul di pintu pagar sekolah gadis itu. Dia memandang gadis di sebelah kanannya yang sedang mengemaskan rambut. Dia mengambil pengepit rambut kecil di dashboard lalu diselitkan pada rambut.

"Thank you. See you later. Bye bye",kata gadis itu lalu keluar dari kereta. Sempat gadis itu melambai ke arah dia sebelum masuk ke kawasan sekolah bersama rakannya.

Dia menggeleng kepala melihat tingkah laku gadis itu. Dia memasukkan gear lalu meninggalkan sekolah itu.

Happy reading. Sorry for long not update. I try to finish this story tomorrow. Tq support💘

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang