"CRYA!!!!"
Bergema satu rumah dengan jeritan Wrez. Crya tersentak dengan suara memetir Wrez laju bangun dari tidur. Dia melihat jam di meja kecil. Terbuntang matanya melihat jam pukul 5 pagi sedangkan flight mereka pukul 6.30.
"CRYA!!!!"
Lagi sekali suara Wrez kedegaran dengan pakej mengetuk pintu bertalu-talu. Lantas Crya bangun untuk membuka pintu. Sempat tangannya menarik tuala di atas beg pakaiannya.
"Ai ai ai. I'm wake up",kata Crya dengan mamai. Wrez yang ingin menjerit nama Crya sekali lagi terus membatalakan niatnya. Dia melihat Crya dari atas sampai bawah.
"Aku ingat kau dah siap. Baru bangun rupanya. Cepat lah pukul 6 nak dah nak gerak",kata Wrez sambil menggeleng kepala perlahan. Crya mengangguk lalu menghilangkan diri dalam balik air.
"Wrez!Tolong bawak turun beg warna hitam",jerit Crya dari bilik air. Wrez yang baru ingin melangkah turun ke tingkat berpaling ke bilik Crya. Lagi-lagi dia menggeleng kepala melihat bilik adiknya yang bersepah.
"Kau nak pakai budak?",tanya Wrez.
"Jean,hoodie hitam dan cap",jawab Crya. Wrez meliar mencari pakaian yang adiknya sebut. Dia meletakkan hoodie,jean dan cap yang sering Crya guna atas katil.
"Baju kau atas katil. Aku bawak turun semua beg kau. Cepat sikit. Nanti lewat",jerit Wrez bila bunyi air siraman makin kuat. Dia menolak semua beg Crya turun ke tingkat bawah sekali dengan barangnya.
"Tidur pukul berapa la budak bertuah ni. Semalam bukan main cakap pukul 5 dah siap. Alih-alih pukul 5 aku yang memekak jerit nama dia",bebel Wrez. Bryan yang baru turun dengan beg galasnya mengangkat kening melihat tuan mudanya bercakap seorang diri.
"Apa yang tuan bebelnya?",tegur Bryan sambil menolong Wrez menolak beg Crya. Wrez memandang ke arah Bryan lalu menggeleng.
"Cik muda kau tu hah. Semalam beria cakap pukul 5 dah siap alih-alih pukul 5 aku yang kering tekak memekak jerit nama dia",kata Wrez. Bryan tertawa kecil.
"Patutlah. Cik muda balik lewat semalam. Dia keluar hantar barang apa tah",kata Bryan. Wrez memandang Bryan pelik. Bryan mengangkat bahu tanda tidak tahu."Dia keluar sorang ke?",tanya Wrez sambil memasukkan beg miliknya dan Crya dalam bonet kereta. Bryan mengangguk. Wrez melihat jam di pergelangan tangannya. Dia mendecit perlahan.
"XINDER ARYANA!!!!!"
Terhinjut bahu Bryan dan pemandu dengan jeritan kuat Wrez. Crya yang berada di biliknya turut terkejut dengan suara memetir abangnya. Laju dia menyarungkan cap di kepala dan mencapai telefon serta barang penting yang lain.
Laju dia melangkah ke arah Wrez yang sedia menunggunya di kereta bersama Bryan. Dia membetulkan capnya lalu senyum tidak bersalah pada Wrez.
"Sakit tekak aku jerit nama kau",kata Wrez sambil meloloskan diri dalam kereta. Crya mencebik. Dia turut masuk dalam kereta.
"Aku tak suruh pun kau menjerit",jawab Crya selamba. Wrez menggeleng kepala perlahan.
"Nanti singgah cafe biasa",kata Crya lalu menyumbat earfone di telinganya. Bryan hanya mengangguk faham. Mereka sudah lali dengan sifat ketuanya. Memerlukan kopi jika keluar setiap masa walaupun di awal pagi.
"Nak sekali dengan set breakfast ke?",tanya Bryan bila mereka sampai di depan cafe. Crya mengangguk. Bryan memandang Wrez dan mendapat jawapan yang sama.
"Passport ada?",tanya Wrez. Crya mengangguk.
"Kau keluar pergi mana semalam?",tanya Wrez lagi. Crya pantas menoleh ke arah abangnya yang ralit dengan media sosial.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Dla nastolatkówAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...