25

2.6K 193 16
                                    

Qayyum,Qayyrina dan Qayyim berada dalam bilik rahsia mereka di markas. Daniel dan Amri juga turut ada bersama. Qayyim bersandar pada balkoni bilik tersebut sambil menghayati keindahan matahari terbenam.

"Kenapa minta kumpul dik?",tanya Qayyrina yang lebih di kenali sebagai Devil Q. Qayyum mengiyakan saja kata adiknya. Seminggu mereka tiada di sekolah kerana kem kepimpinan.

"Dane,kau dah dapat maklumat dia?" tanya Qayyim kepada Daniel. Daniel mengadap laptopnya ke arah Qayyum dan Qayyrina dan membuka satu folder bertulis -Aryna's personal-.

"Tak banyak yang aku dapat. Susah benau aku nak hack. Berapa kali aku tukar laptop sebab kena virus",kata Daniel tidak puas hati. Qayyim melangkah ke arah abang,kakak dan kawannya.

"Raisya dan Wafirin kau tak dapat jugak ke?",tanya Qayyim seraya duduk di sebelah abangnya. Daniel melirik ke arah Amri.

"Macam Aryna jugak. Susah. Tapi kalau Wafirin kau tanya Amri sebab dia yang cari",kata Daniel. Amri menjeling Daniel tajam. Daniel tersengeh.

"Setan punya mulut. Tak boleh senyap langsung",balas Amri. Qayyum tersenyum nakal. Qayyrina juga membuat reaksi yang sama.

"Tangkap cintun dengan minah brutal tu ke?",tanya Qayyrina. Amri tidak memberi reaksi. Qayyim tersenyum tersangat nipis. Tahu apa yang Amri pendam. Qayyim melihat hasil carian Daniel.

-Nik Aryna Syamiemiey
-16 tahun
-Anak tunggal,pernah menjadi anak angkat kepada Encik Dafial dan Puan Sara
-Dihalau ketika umur 13,fitnah daripada isteri kedua Encik Dafial
-Ketua pengawas tingkatan 4
-Disiplin bersih
-Tinggal bersama Raisya dan Wafirin
-membuat rawatan psychology dan berhenti pada usia 15 tahun
-Profile can't open

Qayyim cuba membuka yang selebihnya tap tidak boleh.Berkerut dahi Qayyim. Dia cuba menekan kembali pada profile juga tidak berjaya.

YOUR LAPTOP IS INFECTED WITH A VIRUS

Ternganga Qayyim dibuatnya. Terkebil-kebil Qayyim melihat ayat tersebut. Beberapa minit terus gelap gelita skrin tersebut.

Daniel perasan riak muka Qayyim mula menjenguk. Terlopong melihat skrin laptopnya gelap. Dia memandang Qayyim yang masih terkebil-kebil melihat ke arah skrin itu.

"Kau tekan profile bawah eh?",tanya Daniel. Qayyim mengangguk perlahan. Lantas dia mengetuk kepala Qayyim selepas mendapat anggukan dari si ketua.

PAK!

Mendesis Qayyim mendapat ketukan padu dari Daniel. Dia menggosok kepalanya dengan muka berkerut.
Qayyrina,Qayyyum dan Amri pandang dengan tanda tanya.

"Pahal beruk?",tanya Qayyim tak puas hati. Tangan masih lagi menggosok kepala yang masih terasa sakit.

"Yang kau tekan tu kenapa bangang?! Kan dah kena natang virus tu. Kau ingat aku banyak duit nak beli laptop baru?! Bulan ni dah berpuluh ribu lesap gara-gara natang virus tu kau tahu tak?!",tanya Daniel dengan tidak puas hati. Dia meraup rambut kasar.

"Yang kau pun satu tak cakap tak boleh buka. Nak salahkan aku pulak. Lain kali bagitahu la setan. So this not my fault cause you not tell me",bela Qayyim. Daniel mendengus tak puas hati.

"Nasib kau ni kawan aku merangkap sepupu aku. Kalau tak aku humban kau dari tingkat 10 apartment kita",kata Daniel. Qayyim tersengeh.

"Alah nanti aku ganti lah. Macam tak biasa",kata Qayyim selamba. Qayyrina dan Qayyyum mengeleng kepala melihat pertelingkahan mereka.

"Raisya dan Wafirin orang kanan Aryna dalam satu group ni. Aku tak tahu group mana. Alah kau dah sedia maklumkan dengan perihal tu. Group tu dah 7 tahun tertubuh dan top 1 dalam carta mafia. Dan ketua group tu sebaya dengan kita",sampuk Amri setelah lama diamkan diri.

Qayy's dan Daniel pandang Amri tak percaya. Amri tersenyum tipis.

"Aku dapat tu je. Aku try hack maklumat Wafirin tapi lambang permata rose hitam yang muncul. Banyak kali juga la aku try hack tapi laptop aku meletop",kata Amri lagi.

"Permata rose hitam? bukan tu lambang Black Diamond ke?" tanya Qayyrina. Qayyum dan Qayyim mengangguk.

"So maknanya dorang tu ahli group BD la kan?",tanya Qayyrina lagi. Amri mengeleng.

"Kita tak tahu maklumat terperinci dorang. Aku fikir sama ada dorang tu ahli group tu ataupun memang kait rapat",simpul Amri. Keadaan hening lepas mendengar ayat Amri.

"Qayy,kau ada jumpa Ryna kan kat Itali?",tanya Daniel. Qayyim mengangguk.

"Dengan group BD?",tanya Amri. Sekali lagi Qayyim mengangguk.

"Atuk pernah cakap group BD leader dia perempuan. Dan leader dia suka pakai mask dan hoddie hitam.Korang sendiri tahu yang empayer BD besar kat Itali. Kumpulan kita pun bawah kumpulan BD",kata Qayyim setelah dia mengingati kata-kata atuknya.

"Carta organisasi mafia top 1 group mana?',tanya Qayyum.

"Black Rose Diamond",jawab Daniel sepatah. Mereka mengeluh perlahan.
Amri berkerut dahi seketika.

"Setahu aku BD tukar nama 7 tahun lalu. Itupun generasi ke-4 ambik alih group tu. Dan setahu aku,hanya BD ketua seterusnya perempuan. Kau ingat Qayyum yang kat Itali 7 tahun lepas,ahli BD terkorban dalam letupan bangunan lama masa dorang serang ahli White Wolf",tanya Amri kepada Qayyum.

"Yes aku ingat. Sejak tu BD tukar nama jadi Black Rose Diamond",kata Qayyum.

"pagi tadi sekolah kena serang. Kita sendiri tengok cara Raisya dan Wafirin berlawan. Malah ramai yang back up mereka dua. Lepas Raisya beri arahan,orang penting BD muncul. Kita pernah jumpa kut Adam headhunter Group BD masa perlantikan ketua BD 7 tahun lepas",kata Amri. Qayyim mengiyakan kata-kata Amri.

"Lepas pada tu Xian mamat cina dingin nak mampus muncul secara tiba-tiba. Aksi Xian bukan calang-calang pagi tadi. Pedang Xian pun bukan pedang biasa.",kata Qayyim. Amri mengangguk.

"Eh kau ingat masa Dianz masuk kelas. Xian panggil musuh kut. Pagi tadi pun dorang pergi kat Dianz lepas semua tumbang. Kelvin adik hacker pun tunduk hormat pada Xian kalau kau perasan. Pakaian Xian pun lain semalam",kata Amri.

"Bayang",bisik Qayyim perlahan.

"Yes bayang! Xian ada sebut bayang pagi tadi kan.Adam ngan Danny pun ada sebut bayang. Aku rasa kita pernah berunding dengan seseorang. Clue dia bayang"kata Qayyim separa jerit.

"Pergerakan Xian pun pantas sama seperti orang tu. Kau cakap tadi ketua BD suka pakai hoddie hitam. Xian pakai pagi tadi. Kelvin,Adam pun rapat pagi tadi",ulas Amri. Qayyrina,Qayyum dan Daniel hanya mendengar.

"Xian adalah Aryna. Aryna adalah Xian. Orang penting BD tunduk hormat pada Xian. Adrian pun tunduk hormat pada Raisya walaupun sebaya. Aku perasan ahli BD semua untuk hormat pada Xian,Raisya ngan Wafirin. Maknanya...",membulat mata mereka setelah gabung apa yang terjadi pagi tadi.

"ARYNA KETUA BLACK ROSE DIAMOND!"


Happy reading. Tq for support💕 abaikan typo.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang