45

2.2K 173 11
                                    


Raisya mengerut dahi melihat susuk tubuh yang lena di tempat duduknya. Dia memerhati dengan bingung. Dia menepuk bahu susuk tubuh itu berulang kali.

"Awal pulak mamat ni datang sekolah. Biasa aku dulu yang sampai baru dia",gumam dia perlahan.

"Wey bang. Bangun lah",kejut Raisya. Dia menggoncang badan Arziel supaya bangun. Tapi tiada respon dari si abang. Dia menggoncang lagi kuat.

"Diam lah. Abang mengantuk ni",rungutnya dalam sedar tidak sedar.

"Bangunlah. Raisya nak letak beg ni",kata Raisya. Arziel bangun dalam mamai. Dia memerhati Raisya yang berdiri sebelahnya.

"Awal kau datang",kata Arziel sambil cuba untuk membuka mata. Raisya yang melihat tertawa.

"Mengantuk sangat abang ni. Pergi lah bilik kakak tidur. Kelas pun lambat lagi",kata Raisya. Kesian pula dia tengok abangnya.

"Pukul berapa sekarang?",tanya Arziel dengan mata tertutup dan kepala atas meja.

"Baru pukul 6.45 pagi",jawab Raisya. Arziel mengangguk malas. Dia kembali lena. Raisya menggeleng kepala. Dia menyelimut Arziel dengan blazernya.

"Sleep well",ucap Raisya di cuping telinga Arziel dan mencium pipinya. Dia mengeluarkan beberapa fail dari begnya.

"Macam mana lah kakak boleh handle fail-fail ni. Naik juling mata aku tengok",bebel dia sambil membelek satu per satu helaian kertas.

Arziel yang mendengar dalam keadaan separuh sedar menahan ketawa. 'dia tu lain pada orang',desis hatinya. Dia menyelesakan diri dan lena semula.

Arziel tersedar dari tidur kerana bunyi bising. Dia mengangkat kepala dan memandang ke tepi. Terlihat Raisya menahan marah bercampur seperti ingin menangis.

Baru dia hendak bersuara,dia merasa dirinya basah dari belakang. Dia pusing ke belakang dan serentak dirinya di simbah air. Terpejam matanya dek terkejut.

Keadaan kelas automatik menjadi sepi. Arziel meraup mukanya dan mengusutkan rambutnya yang basah.

Dia mengetap gigi bila melihat gerangan yang menyimbah air tadi. Dia bangun dan membuka butang baju satu persatu. Satu kelemahan dirinya cepat demam jika terkeja air secara mengejut.

"Apa yang kau tidak puas hati hah?",tanya Arziel dingin. Dia melangkah dengan perlahan dengan renungan tajam. Gerangan itu berubah pucat.

"Aku tanya apa yang kau tak puas hati?",ulang Arziel. Nia yang menyimbah air tadi tidak dapat melarikan diri kerana terhalang dengan loker dalam kelas. Arziel berdiri depan Nia dengan muka dingin.

"Kau sehari tak ganggu hidup aku memang tak sah kan?",tanya Arziel dengan perlahan.

"Menyusahkan!",kata Arziel seraya menumbuk pintu loker milik sape tak tahu. Terhinjut bahu Nia kerana itu. Dia mendekatkan mukanya dengan Nia.

"Jangan cari pasal kalau kau taknak mampus awal. Kau tak kenal sape yang kau cari pasal",pesan Arziel dengan senyuman sinis. Nia merinding ngeri mendengar kata-kata Arziel.

Zraq memberikan baju salinan pada Arziel. Dengan selamba dia membuka baju yang basah lecun. Dia mencampak baju tersebut ke arah Nia yang masih kaku di loker kelas.

Ternganga mereka sekelas melihat perilaku selamba Arziel. Raisya memalingkan tubuh ke arah lain walaupun yang tidak berbaju itu abangnya sendiri.

"Thank's",ucap Arziel lalu keluar dari kelas.Had memerhati gerak geri Arziel. Dia sedar ada perbezaan namun dia diam. Dia mengambil baju basah Arziel dan disidai tepi tingkap kelas. Bau wangian yang menusuk rongga hidungnya membuatkan dia berkerut dahi.

'Sejak bila pulak mamat ni suka sembur perfume',tanyanya pada diri sendiri. Dia cuba mengabaikan perasaannya.

"Sebab kau,Arziel marah aku",tengking Nia dari belakang. Raisya yang baru melangkah keluar kelas memandang dia tanpa riak.

"Kau yang buat pandai lah kau tanggung",selamba dia menjawab. Nia menarik blazer di tangan Raisya dan mendorong Raisya ke arah tingkap kelas. Raisya yang tidak bersedia terlanggar tingkap di tambah pintu kelas turut menghempap dirinya.Tergamam Zraq,Had dan Haq melihat keadaan ketuanya.

"Sya!",jerit mereka bertiga. Lagi panik bila darah laju keluar dari kepala termasuk kedua belah tangannya. Nia yang melihat itu terkejut.

"Apa masalah kau hah betina?",tanya Haq dengan berang. Nia menggeleng kepala berulang kali.

"Tak!Aku tak sengaja!",jerit Nia. Tiba-tiba dia ketawa kuat. Semua memandang dia pelik.

"Padan muka! Kau rampas semuanya dari aku. Memang patut kau mampus sama dengan Aryna tu! Mampus! Senang hidup aku. Arziel aku dapat,jawatan ketua pengawas pun aku dapat",kata Nia berselang dengan ketawa.

Zraq yang mendengar nama Aryna mula berdiri. Dia berdiri berhadapan Nia yang ketawa tidak ingat dunia. Dengan gerakan pantas dia mengeluarkan pisau milik Aryna. Dia mengacukan di dada Nia.

"Aku rasa kawasan ni pernah kena tusuk dengan pisau yang aku pegang sekarang",kata Zraq memberhentikan ketawa Nia. Alice dan Avien yang melihat ukiran pisau itu terkedu.

"Last warning Nia Freya. Patut ke aku panggil kau Zayra,kembar Hayra?. Kau tak kenal dengan sape kau bermain. Kau tak kenal sape yang kau cabar. Kau akan ikut kakak kau jika kau berani sentuh orang penting aku",kata Zraq dengan nada dingin.

Sekarang dia bersama Haq dan Adrian. Raisya sudah dibawa oleh Adam ke hospital. Nia memandang tajam ke arah mereka bertiga tapi mereka hanya membalas dengan senyuman sinis.

"Jangan buat hal di tempat orang kalau taknak nyawa melayang. Jangan cari pasal kalau kau tak kenal sape lawan kau. Jangan menyesal di kemudian hari",kata Adrian seraya membaling pisau miliknya ke arah Alice. Haq turut membaling pisaunya ke arah Avien. Setiap pisau mereka mempunyai ukiran dan maksud yang sendiri.

Kelvin,Kevin,Danny melihat tersenyum sinis. Sudah menyangka yang itu tindakan mereka jika sebut nama Aryna. Tidak bagi Qayyim,Danial dan Amri yang terkaku.

Alice dang Avien mengerang kesakitan. Pelajar lain yang menyaksi menjerit ketakutkan. Ada segelintir menangis melihat darah mencurah-curah keluar. Zraq mencangkung di depan mereka bertiga sambil tersenyum senget.

"L.O.S.E.R. LOSER!",kata Zraq lalu menusuk pisau di peha Nia. Dia mengukir satu persatu huruf di peha Nia tanpa menghiraukan jeritan bingit.

"Jangan melebihi batas kau Dryan",tegur Kelvin bila menyedari perubahan Zraq. Zraq hanya mengangguk.

Arziel yang menyaksikan di rooftop arah jam 5 bersama seseorang hanya gelak sinis. Dia memandang orang sebelahnya dengan pandangan yang bermakna.

"Take care of them especially Raisya. Selalu update dekat aku",pesan orang itu. Arziel hanya mengangguk.

"Lagi 2 minggu dia kembali. Get ready for war before he's coming back. Lepas semua ni kita hilangkan diri",katanya lagi. Arziel hanya menunduk menurut arahan.

"Kawal baran kau. Aku takut terkantoi nanti",pesannya lalu melompat turun dari rooftop.

Happy reading. Tq support. Last chapter before school. Abaikan typo😌

Gadis DinginWhere stories live. Discover now