Reyz menahan gelak melihat kerutan muka Aryna sambil menggerakkan kepala ke kiri dan ke kanan. Reyz memercik air atas muka Aryna dengan tertawa kecil. Makin berkerut dahi Aryna makin dia mercik air.
Aryna membuka mata dengan berat apabila terasa titisan air mengena mukanya. Terpampar wajah kacukan Reyz yang sedang memegang sebotol air dengan muka tidak bersalah malah makin banyak dia mercik.
"YAHHH REYZ!!!",jerit Aryna sambil mengalihkan badannya ke birai katil. Reyz melepaskan ketawa kuat. Aryna mendengus tidak puas hati. Reyz menghempuk belakangnya dengan bantal.
"Bangun budak. Tengah hari dah ni. Kau kata semalam nak hantar assignment",kata Reyz sambil mengusap rambut Aryna yang masih mamai dalam selimut. Aryna membuka matanya sebelah lalu menutup semula. Dia menarik selimut hingga paras leher.
"Ermmm 5 minit lagi",kata Aryna dengar tidak dengar. Sungguh dia mengantuk. Penat hadap fail dan assignment pun tidak hilang lagi. Reyz menggeleng kepala perlahan.
"Bangun! Karang mum naik tengok adik tidur lagi kena bebel",kata Reyz. Aryna merengek tidak mahu. Reyz mengeluh perlahan. Satu sifat yang dia kurang suka bila Aryna tidak cukup tidur. Dia bangun dari birai katil lalu merentap selimut Aryna.
"BANGUN!",suruh Reyz dingin. Mahu tidak mahu Aryan terpaksa gagahkan diri untuk bangun bila mendengar suara dingin abangnya. Dia melihat Reyz yang tengah bercekak pinggang. Dia mengeluh sambil mengambil tuala di sebelah katilnya.
Reyz ketawa kecil melihat riak tidak puas hati adiknya. Dia mengemaskan katil Aryna dan secara tidak sengaja tersentuh sesuatu yang tajam bawah bantal. Dia mengangkat bantal dan tergamam. Perlbagai jenis pisau ada di bawah bantal itu.
"Budak ni terlibat dunia gelap lagi ke? Bukan ke dah cuci tangan?",tanyanya pada diri sendiri. Memang Aryna sudah cuci tangan dari dunia gelap selepas dia tinggal bersama keluarganya. Dia merenung deretan pisau itu dengan pelbagai persoalan.
Aryna yang baru keluar dari bilik air berkerut dahi melihat Reyz berdiri tegak membelakanginya sambil memegang bantal. Dia terkedu seketika. 'Mampus'desis hatinya. Dia menghampiri Reyz dan merampas pisau di tangan abangnya lalu disorokkan belakangnya.
"Buat apa simpan semua benda tu lagi? Adik dah keluar kan dari dunia gelap. Ke adik masih bergiat?",tanya Reyz dengan curiga. Aryna menelan liur kesat laju dia menggeleng.
"Untuk keselamatan",jawab Aryna setenang yang mungkin. Gila kau nak berterus terang yang dia masih lagi giat dalam dunia gelap. Mahu 40 hari 40 malam kena tadah telinga dengar mum dan dad bebel.
"Dah bersiap. Nanti pergi kolej sekali dengan abang",kata Reyz lalu melangkah keluar dari bilik adiknya. Aryna menghela nafas lega selepas abangnya keluar. Dia menyimpan segala peralatan tajam itu dalam sebuah kotak bawah katil.
"Kau memang kan Xian. Kalau tak buat masalah memang taksah",bebelnya perlahan sambil bersiap untuk ke kolej. Dia hanya bersiap ala kadar. Dia mengambil assignmentnya di meja belajar lalu turun ke bawah.
"Morning mum",tegur Aryna sambil mencium pipi ibu angkatnya yang sibuk mengemas dapur.
"Morning. Lambatnya bangun anak dara sorang ni. Tidur pukul berapa semalam? Mum dah pesan kan jangan tidur lambat walau sibuk setara pun",kata ibu angkat Aryna. Aryna mula membuat muka mendengar bebelan ringkas dari ibu angkatnya.
"Op op op. Jangan la bebel mum. Adik tidur dalam pukul 3.30. Siapkan fail-fail penting sebelum balik Malaysia. Pastu sembang dengan Jeyz sekejap",balas Aryna sambil mengambil roti bakar atas meja.
"Fail-fail tu kan boleh Jeyz yang selesaikan. Kecik-kecik dah kuat kerja. Ni bersiap nak pergi mana?",tanya ibu angkat Aryna.
"Kolej. Nak hantar assignment yang bulan lepas. Lupa nak hantar semalam",jawab Aryna sambil melihat jadual pejabatnya di tertampal di meja makan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Fiksi RemajaAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...
