47

2.2K 168 1
                                    


Arziel memecut kereta laju tanpa menghiraukan kereta lain dan lampu isyarat. Dalam fikiran dia hanya sampai ke destinasi secepat mungkin. Dia mengerling jam yang terpampar skrin telefonnya,8.25.

"Arghh masa ni jugak lah kau terlupa fail",rungut Arziel geram. Dengan satu putaran streng kereta dia patah balik ke rumahnya.

"Tak pergi sekolah ke Arfan?",tegur Arnaqi yang baru hendak keluar kerja. Arziel menggeleng dengan berlari anak masuk ke dalam rumah.

"Kelam kabut dah kenapa budak ni",gumamnya sendiri. Dia tergeleng kepala sendiri. Arziel keluar semula selepas mengambil fail dalam ruang kerjanya.

"Bye chik",sempat dia melambai tangan ke arah abangnya yang jelas bingung dengan perilakunya. Dia memecut keluar sehingga meninggalkan kesan tayar.

"Bertuah punya budak!Kau ingat ni litar lumba ke",jerit Arnaqi. Dia turut meninggalkan kawasan rumahnya.

Sedang Arziel memandu laju,dia mengerling ke arah kiri di mana telefonnya yang berdering. Tertera nama ketuanya.

"Mampus singa mengamuk",katanya. Kakinya menekan pedal minyak kuat. Berdesup keretanya memotong kereta lain berserta dengan ngauman enjin kuat.

Tepat pukul 9 dia terpacak di depan bilik ketuanya. Dalam hati bermacam-macam doa dibaca. Dengan lafaz bismillah dia masuk ke ruangan ketuanya.

"YOU'RE LATE!",kata DIA dingin. Arziel menunduk ke bawah selepas mendengar nada dingin ketuanya. Tahu dia lambat setengah jam dari masa yang ditetapkan.

"Sorry bos. Aku terbangun lewat",kata dia perlahan. Bryan yang berada di sebelah DIA juga menunduk ke bawah termasuk Wrez.

"KAU PANDANG APA KAT LANTAI? AKU KAT DEPAN KE KAT KAKI KAU?!",jerkah DIA lagi. Bergema dengan suara ketuanya. Pekerja kat luar juga terkejut dengan suara petir bos mereka. Yang ingin bergosip kembali ke tempat membuat kerja.

Arziel mengangkat kepala memandang riak muka dingin ketuanya. Dia tergamam melihat warna mata ketuanya yang berwarna biru laut. Serta merta mukanya berubah pucat.

'Mampus aku kali ni',desis hati Arziel.

"Kenal aku kan?",tanya DIA dingin. Dengan lambat Arziel mengangguk. DIA tersenyum sinis. Arziel menghulurkan fail yang berwarna krim.

"New target huh?",tanya DIA pada Arziel. Arziel mengangguk. DIA mengukir senyuman nipis lalu memberikan pada Bryan.

"Master,mereka sudah sampai di resort",maklum pembantu Bryan. DIA bangun lalu menyarung kot di badannya dan keluar bersama Arziel dan Bryan.

"Which resort master?",tanya Arziel.

"The last resort",jawab Bryan. Arziel mengangguk dan memandu keluar dari kawasan syarikat mereka.

Jarak dari syarikat dan resort terakhir mereka tidak terlalu jauh,tidak terlalu dekat. Hanya mengambil masa 45 minit sahaja. Arziel dan Bryan hanya mengikuti langkah ketuanya.

"Nasib cik muda ada walaupun separuh. Kalau dia betul-betul masak kau tadi",bisik Bryan pada Arziel. Arziel mengangguk setuju apa yang Bryan bisik padanya. Kali terakhir dia berhadapan dengan iris berwarna biru laut itu 3 bulan yang lalu di mana ketuanya sedar dari koma. Kalau dia bermata biru tadi,tiada bahasa melayu meniti di mulutnya.

"Pakai mask kalau taknak kantoi",kata Bryan. Betul,pasti akan terbongkar jika dia tidak memakai mask.

"Sorry we're late",pohon Bryan pada Tengku Anaqi dan Tengku Arfdan. Mereka berdua mengangguk faham lalu mempelawa duduk.

"It's okey. Kami pun baru sampai",kata Arnaqi. DIA senyum sinis di sebalik mask. Bryan mengangguk.

"So shall we?",sampuk DIA. Arnaqi dan Arfdan memandang ke arah suara. Terkedu mereka berdua melihat warna iris itu. Mereka berpandangan sendiri dengan mata membulat.

"Err sorry. Who is ...... ",tanya Arfdan dengan pertanyaan tidak penuh. Bryan dan Arziel menggaru kepala tidak gatal.

"She is our leader but sorry we can't tell her name",kata Azriel. DIA lagi-lagi senyum sinis. Arnaqi dan Arfdan mengangguk dengan perlahan.

"Wait a second. Wakil DH belum sampai",kata Arnaqi sambil merenung ketua Sydey Holding. Arziel yang perasan renungan itu mula gelisah.

"Sorry i'm late",sampuk seseorang dari belakang mereka.

"It's okey. Have a sit",pelawa Bryan. Nak harapkan ketuanya memang ke sudah wakil DH berdiri. Tengok mata sudah tahu yang ketuanya mula bosan.

"So shall we start?",tanya DIA. Adam turut terkedu mendengar suara dan warna iris ketua Sydey.

"Xian?",spontan Danny sebut nama itu.  Bryan dan Arziel terbungkam. Manakala DIA hanya memandang Danny dengan bosan.

"Pardon?",balas DIA selamba. Danny menggeleng kepala.

"Sorry. You like our leader",pohon Danny. Mereka semua mengangguk.

'Kau orang pertama kenal aku',desis hatinya sambil tersenyum sinis di balik mask.

Mereka berbincang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Adam dan Danny sesekali memandang ketua sydey yang ralit bermain telefon. Jelas sekali perilaku itu mirip ketuanya mereka,Aryna.

"Tukar konsep dan tema. Cadangan itu tidak sesuai dengan kawasan projek kita",sampuk DIA tanpa memandang mereka. Terhenti ayat Arnaqi bila mendengar komen itu. Jelas di mata ketua Sydey tidak menyukai konsep yang dicadang oleh Danny.

"I will change it later",kata Adam. Deringan telefon DIA memberhentikan perbicangan mereka. DIA memutar mata bosan.

'Sorry. My husband is calling',kata DIA selamba lalu bangun dari tempatnya.

Arziel dan Bryan ternganga kecil di sebalik mask. Manakala Arnaqi,Arfdan,Adam dan Danny terkebil-kebil mendengar itu.

'Husband pale kau',desis Bryan.

'Banyak lah kau punya suami. Sah tu Tuan Muda',desis hati Arziel.

"Sorry but bukan ke bos Sydey lelaki ke?",tanya Adam. Arziel mengangguk.

"Dia pengarah Sydey Holding. Tuan Wrez hanya wakil dia sahaja",jawab Arziel.

"Syarikat kami baru 2 bulan ditubuhkan. Pekerja kami pun tidaklah seramai syarikat tuan berdua. Hanya bergantung pada projek yang kami kerjasama",kata Bryan pula. Danny dan Adam mendengar memandang sendiri.

"She like our leader",kata mereka serentak.

"Sound good but tak sangka syarikat kamu baru lagi. Kami ingat dah lama sebab dari apa yang kami lihat banyak syarikat lain ingin bekerjasama bersama syarikat kamu",kata Arnaqi kagum. Bryan dan Arziel tersenyum segan.

'Kalau bukan kepala otak bisnes Cik muda,ingat mampu ke maju dalam masa 2 bulan',desis hati mereka berdua.

"Jadi perbincangan kita tadi kira proceed. Tukar tema dan konsep sahaja. Apa apa email PA saya",kata DIA senada. Mereka semua memandang ketua Sydey lalu mengangguk.

"Serra!",panggil DIA separa jerit. Bryan dan Arziel menggeleng kepala melihat tindakan selamba ketuanya.

"Cik Muda",Serra menunduk hormat. Bryan menepuk dahi termasuk Arziel.

"Lantak kau lah nak panggil apa. Aku larang bukan kau nak dengar. Sediakan Set A untuk 7 orang. Tapi aku nak air iced latte",,kata DIA dingin.

Serra mengangguk. Seketika dia teringat sesuatu. Iced latte? Pantas dia memandang bosnya dan menunduk semula.

"Maaf master",mohonnya. DIA mengangguk.




Happy reading🌸tq support and abaikan typo💘

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang