30

2.6K 201 8
                                    

Aryna leka memandang suasana kota melalui kaca tingkap di dalam biliknya. Sedar tak sedar sudah satu jam dia berdiri melihat kesibukan kota.

Tok!Tok!Tok!

Ketukan pintu mengembalikan Aryna ke alam nyata. Dia berpusing ke belakang dan pandang Aniq yang berdiri tegak. Dia mengangkat kening sebelah.

"Meeting",sepatah Aniq berkata. Memang tugas dia mengingati bosnya jika dia menggantikan posisi Kevin sebagai PA Aryna.

Aryna mengangguk. Dia berjalan ke mejanya dan mengambil fail serta tablet. Dia melangkah keluar bersama Aniq.

"Boleh kita start?",tanya Danny. Dia brrtanggungjawab untuk membentang kertas kerja yang bakal dibina di China.

"Can we wait a second?",tanya Tengku Arnaqi,orang terpenting projek mereka dan XH. Danny memandang Aryna dan dia mengangguk.

"Sure",sahut Aryna.

Dari masuk bilik mesyuarat lagi,mata dia langsung tidak beralih daripada melihat tabletnya.

"Miss Aryna",panggil Tengku Arnaqi.

Aryna mendengar seruan namanya terus mengangkat kepala. Dia memandang Tengku Arnaqi yang sedang merenungnya.

"Yes Tengku?",tanya Aryna.Dia senyum nipis.

"May i know your full name?",tanya Tengku Arnaqi tanpa ragu-ragu.

"For what? It's not in our discussion Tengku",jawab Aryna datar. Raisya yang mendengar soalan Tengku Arnaqi mula merasa aneh.

"Nothing. Your face and my mum face totally same. That's why I ask your full name",kata Tengku Arnaqi selamba.

"Also you",sambung dia seraya menunding jarinya ke arah Raisya yang berada di sebelah Aryna.

"Really? Sorry but we dont have parents. They passed away after we born. We just have brother.Our twin brother",jawab Raisya. Aryna memandang Tengku Arnaqi datar.

"Triplets?",tanya Tengku Arnaqi. Raisya mengangguk.

Kuakan pintu membantutkan Tengku Arnaqi untuk terus bertanya. Danny dan Adam menghela nafas lega. Muka Aryna yang merah padam menjelaskan dia sedang menahan marah.

"Sorry I am late"

Aryna dan Raisya serentak mendongak melihat gerangan suara tersebut. Terkaku mereka memandang raut wajah itu. Tidak ketinggalan gerangan itu.

Terjatuh tablet yang dipengang oleh Aryna. Badan dia bergetar hebat. Bilik mesyuarat hening.

"Xinder",sebut gerangan itu tanpa suara. Aryna yang memahami gerak mulut itu tersenyum datar.

"Have a sit Tengku. So let's start",kata Aryna dingin. Tengku Syamieq tersenyum kaku.

Sepanjang perbincangan mereka,Tengku Arnaqi dan Tengku Syamieq mencuri melihat raut muka dingin Aryna.

Aryna pula menahan diri daripada menggigil. Degupan jantung dia laju mengalahkan orang bermarathon 5 km. Dia langsung tidak memberi perhatian pada perbincangan mereka. Apa yang dia tahu,dia ingin segera keluar daripada situ.

"So tengku,ada yang kurang or ada yang nak tambah?"

Pertanyaan Adam menyedarkan Aryna dari lamunan. Dia memandang Raisya di sebelahnya. Adiknya hanya tersenyum.

"No,it's perfect. Just proceed",jawab Tengku Syamieq. Dia memandang ke arah Aryna sambil tersenyum.

"Aku cau dulu. Kau handle",bisik Aryna dan mengambil seribu langkah keluar daripada bilik mesyuarat.

Tengku Arnaqi hanya memandang langkah Aryna. Dalam diam dia tersenyum  sinis.

Setelah semua selesai,Adam,Wafirin,Danny dan Raisya melepaskan lelah dalam ruang persendirian mereka.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang