Aryna kembali ke sekolah setelah dia minggu meninggalkan sekolah atas urusannya. Tiada siapa tahu yang dia ke sekolah pada hari itu. Dia melangkah perlahan sambil menunduk. Entah kenapa dia merasa kelainan pada dirinya.
Dia menonong sahaja masuk ke kelas tanpa banyak bicara. Rakan sekelasnya pandang pelik. Dia hanya abaikan pandangan tersebut. Arziel dan yang lain mengelilingi meja Aryna setelah beberapa minit senyap.
Raisya mula berpeluh melihat tindak-tanduk kakak kembarnya. Ni mesti ada yang tidak kena semasa dia di China. Raisya memegang tangan Arziel berserta dengan tangan Aryna. Seketika darah mula keluar dari mulut Aryna dan Aryna rebah dalam dakapan seseorang.
"What's wrong?",tanya orang itu sambil menilik muka bersih Aryna yang terkulai dalam dakapannya.
Raisya mengeleng dan dia turut rebah bersama Arziel. Riuh seketika melihat mereka bertiga rebah tanpa suara. Qayyim dan yang lain mengangkat mereka ke bilik rawatan.
15 minit mereka pengsan,sekarang mereka sedarkan diri. Raisya yang sedar melihat keadaan kakaknya yang lemah. Dia menyalurkan sedikit tenaganya melalui tapak tangan dan Aryna serta merta bangun.
"Turn me. Welcome back myself,Xian",ucap dia perlahan berserta muka dingin lebih dingin dari biasa.
Dia menyengetkan kepala melihat Raisya. Dia melihat pula Arziel yang masih lagi lemah di katil sebelah. Dia pandang juga rakan 'TUAN' dia yang lain.
"Shì",sapa Xian beku. Terkedu Raisya dan Wafirin mendengar. Lagi haru Qayyim dan yang lain faham yang disebut. (Hai)
"Nǐ hǎo ma?",tanya Xian lagi. Kali ni berserta dengan senyuman sinis. Lagi pucat muka Raisya dan Wafirin melihat senyuman itu. (Apa khabar?)
BALA! BALA!
Jangan mimpi yang sekolah mereka aman dengan hadirnya mamat cina ni. Kalau tadi ragu,kini yakin pasti ada yang berlaku di China. Kalau tak masakan mamat cina ni muncul.
"Nǐ shì shéi? Wǒ méi kànguò nǐ. wèishéme yào hé Raisya zài yīqǐ? Yàosǐ ma?",tanya Xian lalu bangun berdiri tegak depan Arziel. Membuntang mata mereka dengar kata kata mamat cina tu. (kau sape? tak pernah aku nampak. Kenapa kau rapat dengan Raisya?Nak mati?)
Arziel hanya melihat tingkah laku adik kembarnya. 'Betul tak adik aku ni? Dua minggu pergi Itali dengan China,balik terus macam ni. Suara dah la kasar macam lelaki. Cakap cina pulak',desis hati Arziel sambil tergaru-garu kening yang tidak gatal.
"Wǒ shì Arziel. Raisya hé Aryna de xiōngdì. Nǐ shì shéi?",jawab Arziel. Ni lagi buat mereka dalam bilik rawatan terkedu. Arziel menjawab dalam bahasa sama. (Aku Arziel. Abang kepada Raisya dan Aryna.Kau siapa?)
Xian terangguk-angguk. Xian tahu yang 'TUAN' dia ada abang kembar malah Xian juga tahu Raisya adik kepada 'TUAN' dia.
" Wǒ? Méiguānxì nǐ zhīdào. Dǎ diànhuà gěi Xian",balas Xian dingin.
(Aku? tak penting untuk kau tahu.Cukup panggil aku Xian)Dia pandang Wafirin dan Raisya. Dia membuat simbol mereka tersendiri dan berlalu keluar dari bilik rawatan.
Qayyum dan yang lain bingung melihat drama tadi. Persoalan mereka dari mana datang mamat cina ni? Kenapa Aryna jadi macam tu? Otak wayar tercabut ke apa?
"Kau jangan tanya aku. Aku sendiri tengah bengong sekarang", kata Raisya tiba-tiba. Dia mencari kelibat Xian,tetapi tiada. Kelam kabut dia keluar mengejar mamat cina yang suka buat onar di ikuti dengan yang lain.
🌸🌸🌸
Xian berjalan dengan santai. Kedua-dua tangannya menyeluk poket seluar yang dipakainya. Pandangan pelik dia endahkan. Dia melilau sepanjang koridor bangunan Aswara. Mana dia tahu? Ni kawasan dia mestilah dia tahu.
YOU ARE READING
Gadis Dingin
Teen FictionAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...