Xian berdiri disebalik pintu ward Raisya. Raisya masih lagi tidak sedar walaupun sehari sudah berlalu. Dia ingin mengusap wajah gadis itu namun tidak boleh.
Bunyi suara yang bergema di laluan ward Raisya membantutkan aktiviti Xian. Dengan pantas dia menyorok tapi malang dia terlanggar seseorang.
"Cik ok?",tanya Arzhan sopan. Xian membeku mendengar suara lelaki itu. Dia membetulkan hoddienya daripada Arzhan melihatnya dengan menunduk. Dia mengangguk lalu berlalu tanpa suara.
"Eh cik!Cik!",panggil Arzhan namun tidak disahut. Arzhan mengerut dahi lalu mengangkat bahu. Adam yang bersama Arzhan merenung gerak geri perempuan berhoddie hitam itu sebelum hilang dari pandangannya.
"Asal aku rasa macam kenal dengan aura tu?",gumam dia sendiri. Laungan Arzhan menyedarkan dia. Dia menoleh dan masuk ward Raisya.
Xian meloloskan diri dalam kereta. Dia menghela nafas lega sambil mengurut dahi perlahan. Peter berada di tempat pemandu hanya berdiam diri. Semua ahlinya tahu kesulitan yang dilalui oleh masternya.
"Shīfu, nín xiǎng zài nǎlǐ tíng xiàlái? Zhǔrén hái méi chī zǎocān, zhǔrén bìngle",kata Peter sekali gus mengingati kesakitan yang alami. (Master ada nak singgah mana? Master betum sarapan lagi nanti master sakit)
"Cafe Diamond",kata Xian sepatah. Peter mengangguk dan menuju ke destinasi yang dikatakan. Tidak butuh masa yang lama hanya 10 minit dari hospital.
"Kau ambik set 1 combo breakfast. Beli untuk yang lain sekali",kata Xian seraya memberi kad kreditnya. Sekali lagi Peter mengangguk patuh.
Baru Xian membuka telefonnya,terdengar pintu belakang dibuka. Dia berpusing ke belakang dan terkejut yang teramat. Qayyim yang berlumur dengan darah dan terdengar dia mendesis kesakitan.
"Tolong",rayu Qayyim dengan nada sakit. Pada awalnya Xian mendiamkan diri tanpa rasa ingin membantu. Namun kedengaran suara 'TUAN'nya meminta untuk bantu,mahu tidak mahu dia terpaksa lakukan.
Dia membetulkan mask di muka dan berpindah ke belakang. Dia mengambil peti kecemasan yang tersedia dalam keretanya. Dengan berhati-hati dia menyentuh bahagian luka Qayyim.
"Auch",desis Qayyim perlahan. Dia melirik pada orang yang merawatnya. Dia leka dengan mata orang itu tanpa dia sedar.
Xian yang menyedari Qayyim asyik merenungnya mula berdehem. Qayyim tersenyum malu bila tertangkap merenung anak dara orang.
"Done. Kau boleh blah",halau Xian dengan suara dingin. Buat masa sekarang dia tidak ingin siapa-siapa yang mengetahui atau mengenali dirinya.
"Thank's"ucap Qayyim lalu keluar dari kereta milik Xian. Dia terpandang nombor plat kereta itu,DCI 2109. Berkerut dahinya melihat itu.
'Macam kenal nombor plat ni',desis hatinya.
"WOI!!"
Qayyim berpusing ke arah suara kuat itu. Membulat matanya melihat beberapa orang yang mengejarnya tadi di belakangnya.
"MAMPUS!",katanya lalu berlari dengan laju tanpa menghiraukan kesakitan yang di badannya. Apa yang dia tahu dia perlu selamatkan diri.
Xian hanya memerhati dari dalam kereta. Dia kenal gerangan yang mengejar Qayyim. Siapa lagi kalau bukan group musuhnya,SW. Xian mengambil pistol di bawah kerusinya dan menyasar pada mereka yang mengejar Qayyim.
Xian tersenyum senget bila musuhnya jatuh seorang demi seorang tanpa orang sekeliling sedar. Peter yang baru selesai membeli sarapan mengerut dahi melihat beberapa orang yang sudah tidak bernyawa dengan darah mengalir dari belakang badan mereka.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Novela JuvenilAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...