Xian berjalan berseorangan dan meninggalkan Raisya dan Wafirin di parking kereta. Ramai yang melihat cara pemakaian dia tapi dia endahkan. Dia melangkah masuk dalam kelas.
Qayyim yang rancak berbual dengan Daniel dan Amri mengerut dahi. Ditilik Xian dari atas ke bawah dari bawah ke atas. Xian yang perasan pandangan Qayyim hanya mengguling mata ke atas. Rimas!
"Biar betul mamat ni",kata Daniel perlahan. Qayyim dan Amri mengangkat bahu. Amri terpandang pada hoddie Xian. Ada lambang Permata rose hitam.
"Tak salah lagi. Aryna ketua BD",kata Amri. Qayyim dan Daniel memandang Amri pelik. Amri menunjuk lambang pada hoddie Xian. Terbeliak mata mereka melihat lambang itu.
"Tapi kita tak pasti lagi kan",kata Qayyim. Daniel mengangguk mengiyakannya.
"Jom. Tanya dia",ajak Amri. Mereka bertiga memusing badan ke belakang. Xian mengangkat kening.
"Shénme?",tanya Xian sepatah. Dalam diam dia mengukir senyuman sinis. Amri yang sempat melihat senyuman itu tersenyum nipis.
(Apa?)"Nín shì BD jítuán de fùzé rén, duì ba?"tanya Qayyim. Xian memandang mereka bertiga. Xian tergelak kecil namun kedengaran sinis.
(Kau ketua kumpulan BD kan?)"Rúguǒ shénme? Nǐ xiǎng ràng wǒ zuò shénme?"tanya Xian dingin. Mereka bertiga terdiam mendengar soalan Xian.
(Kalau ya? Kau nak buat apa?)"
Nín zhèngzài xúnzhǎo BD de dōngxī, réngrán zhǎo bù dào. BD chéngyuán zǒng shì zài jiānshì",sambung Xian lagi. Daniel terkedu.
(Kau cari hal BD pun,tetap tak dapat. Ahli BD sentiasa memerhati)"Nǐ dǒng?",tanya Daniel ringkas. Xian tersenyum sinis. Baru dia nak membuka mulut,tubuh dia jatuh terlentang ke belakang.
(Kau tahu?)Kelas yang bising serta merta sepi. Xian mengesat darah di tepi bibir. Mereka semua terdiam melihat group badboy dalam kelas mereka. Amri membantu Xian bangun.
"Sakit ke?",tanya Airiel. Dia duduk di bucu meja milik Xian. Xian memandang Amri.
"Tā shēngbìngle ma?",jawab Amri seolah-olah tahu maksud pandangan Xian. Xian mengangguk.
(Dia tanya sakit ke?)Airiel ketawa bersama ahlinya. Xian merenung tajam Airiel di depannya. Qayyim membuat isyarat mata kepada rakan kelasnya untuk keluar.
"La cakap cina ke? Tak faham bahasa Melayu erk? Baru 4 bulan kau pindah tak boleh cakap melayu dah?",ejek Airiel. Xian memejam mata dan membuka kembali.
"Sihat dah kau?",dingin Xian bersuara. Dia bergabung tenaga,fikiran dengan 'TUAN'nya. Qayyim, Amri dan Daniel memandang Xian tak percaya.
"Ingat aku lagi. Bagus lah ingatan kau ni",kata Airiel. Dia bangun mengelilingi Xian. Xian tersenyum herot. Dia tahu di depannya ini adalah ketua badboy sekolah lama 'TUAN' dia.
"Kau buat apa datang sini?",tanya Xian. Nada masih dingin.
"Aku? Budak sekolah ni. Asal tak boleh?",tanya Airiel. Dia menyentuh rambut Xian. Qayyim menepisnya.
Xian memandang ke arah Airiel. Dia mengilas tangan Airiel ke belakang. Terjerit sakit Airiel kerana itu.
"Kau jangan cari masalah di tempat orang. Kalau tak nak nyawa kau melayang",pesan Xian. Dia melepaskan kilasan tersebut. Airiel ingin menumbuk Xian tapi tidak kena.

ANDA SEDANG MEMBACA
Gadis Dingin
Novela JuvenilAryna Syamimiey Gadis yang terpaksa berpindah di negeri kelahiran ibunya kerana masalah keluarga.Kehidupan yang dibenci oleh keluarga ibunya membuatkan dia dalam dunia sendiri..Untung sahaja dia mempunyai sepupu agak rapat dan sentiasa ada bersaman...