Epilog

2.9K 175 21
                                    

3 tahun kemudian

Aryna menanti kehadiran seseorang di depan falkuti kimia. Dia bernyanyi kecil sambil membaca buku kuliahnya yang dipinjam beberapa hari yang lalu.

"Oit",Aryna menoleh ke sisi lalu tersenyum. Hirito dan Bryan membalas senyuman ketuanya itu. Bryan mengambil buku di tangan Aryna lalu dimasukkan dalam beg sandangnya.

"Korang memang nak layan aku macam korang layan Xian ke apa?",tanya Aryna dengan menyampah. Bryan dan Hirito mengangguk sambil tersengeh.

"Daripada kepala kitaorang hilang baik patuh",kata mereka serentak. Aryna mencebik.

"Kau nak layan macam Xian kan? Sekarang jom pergi cafe. Aku lapar ni. Dah la tak sempat breakfast kelas habis lambat pulak tu. Assignment jangan cakap lah sekali bagi susah",bebel Aryna sambil berjalan ke cafe. Bryan dan Hirito terkebil-kebil mendengar bebelan Aryna. Mereka hanya mengikut langkah Aryna.

"Evening senior"

"Evening ice"

Aryna mengangguk sebagai balasan teguran daripada falkuti lain. Bryan dan Hirito tersenyum nipis mendengar teguran mereka. Walau dimana sekalipun Aryna berada sifat bekunya membuatkan ramai yang akur.

"Kau nak makan apa ni?",tanya Bryan apabila mereka duduk tempat biasa mereka lepak di cafe.

"Macam biasa",jawab Aryna sambil mengeluarkan laptopnya dari beg sandang. Aryna menghulurkan kad pelajarnya kepada Bryan.

"Guna kad aku je",kata Aryna diangguk oleh Bryan. Hirito juga mengeluarkan laptop untuk membuat kajian bersama Aryna.

"Peter mana?",tanya Aryna kerana mereka bertiga falkulti yang sama iaitu falkulti kimia.

"Tu",Hirito memucungkan mulutnya ke arah Bryan dan Peter yang menuju ke arah mereka sambil membawa dulang makanan. Bryan memberikan kembali kad pelajar milik Aryna.

"Aku tak guna pun ada orang belanja",kata Bryan. Aryna hanya mengangguk. Mereka berbual kosong sambil makan tanpa menghiraukan pandangan falkulti lain. Sudah biasa dengan pandangan mereka.

"Aryna!"

Purffhh!

Tersembur air yang Aryna minum mendengar suara jeritan itu. Dia kaku sekejap. Dia memandang Bryan,Peter dan Hirito yang juga terkedu. Dia menoleh ke belakang dan terus berdiri. Suasana cafe yang bising terus hening.

"Aryna! Betul ke kau ni?",tanyanya. Aryna masih lagi kejung.

"Kau..Kau buat apa kat sini?",tanya Aryna tergagap-gagap.

"Kau ingat aku lagi tak?",tanyanya lagi. Lambat-lambat Aryna mengangguk. Masakan dia lupa,Iefa Nasuha perempuan yang seiras dengannya walaupun tidak ada pertalian darah. Dia cuba menggelakkan diri daripada berjumpa dengan Iefa tetapi tidak disangka dia bertemu jua di kolej.

"Kau student sini ke? Aku ingat kau sambung belajar dekat Malaysia",katanya sambil duduk si samping Aryna. Aryna mengangguk mengiyakan. Kelu lidahnya untuk menjawab soalan daripada Iefa.

"Course apa?",tanya Iefa lagi.

"Grafic design",jawab Aryna ringkas. Hilang terus selera makannya selepas bertentang mata dengan Iefa.. Bryan,Hirito dan Peter hanya mendiamkan diri.

"Wei!",tegur seseorang dari belakang. Lagi sekali Aryna kejung. Lambat-lambat dia menoleh ke belakang. Terus pucat mukanya bila terpandang muka yang tegurnya tadi.

"Arziel dan Raisya?!!",desis hatinya. Dia mula cemas lantas dia mengemas barangnya dan beredar tanpa kata. Anak buahnya juga beredar selepas melihat muka Arziel dan Raisya.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang