55

2.1K 165 5
                                    

Crya terpandang bilik hadapan biliknya. Dia tersenyum sedikit apabila dia ternampak bayangan arwah papa angkatnya sedang tersenyum kepadanya.

"Masuk bilik papa buka laci meja kerja papa. Ambil surat yang ada tanda nama adik",kata papanya sebelum bayangan itu hilang.

"WOII!!",jerit Arziel sambil memukul Crya dengan bantal kecil. Crya bangun secara mengejut dan memandang bilik di hadapannya. Lantas dia bangun masuk ke bilik itu. Panggilan Arziel dan Bryan langsung tidak dihiraukan.

Dia membuka laci seperti yang dia mimpikan tadi. Dia mengambil surat yang tertulis namanya lalu dia mengoyak sampul surat itu. Mengalir air matanya membaca luahan hati arwah papa angkatnya.

'Assalamualaikum,adik,
Bila adik jumpa surat ini bermakna papa tidak ada lagi di sisi adik. Maafkan papa dik. Papa banyak buat salah dengan adik sejak ibu meninggal. Maafkan papa sebab halau adik dari rumah beberapa tahun yang lalu. Maafkan papa sebab tidak percaya apa yang adik katakan dulu. Papa terlalu bodoh percayakan dia. Maafkan papa sebab tidak sempat selamatkan ibu. Selepas adik keluar dari rumah kita,semua tinggalkan papa dik. Hidup papa sunyi takde adik. Papa cuba cari adik balik tapi ramai cakap yang adik tidak berada di Malaysia. Dan baru-baru ini papa dapat tahu yang adik dah ikut ibu tapi papa tidak percaya. Papa yakin adik masih hidup. Adik,lepas semuanya terbongkar,papa bersalah sangat dengan apa yang papa kata pada adik. Tapi papa tahu yang papa takkan jumpa adik lagi selepas itu. Papa harap adik kembali pada keluarga kita walaupun adik dah jumpa keluarga asal adik. Papa minta adik jagakan abang-abang dan kakak bila papa tiada nanti. Papa percayakan adik. Papa minta adik pergi berjumpa dengan peguam keluarga kita untuk tuntut hak adik. Itu je satu-satunya cara papa mohon maaf daripada adik atas segala yang papa lakukan pada adik dulu. Terima dengan hati terbuka ya adik. Terima kasih sebab hadir dalam hidup papa dan ibu walaupun papa halau adik dulu. Papa nak adik tahu yang papa sayang adik sama seperti papa sayang anak-anak papa yang lain. Papa tahu adik kuat,adik berkebolehan dalam semua bidang.  Buanglah sifat baran adik tu,ingat adik perempuan bukan lelaki. Take care sayang.

Salam sayang,
-papa,14,10-

"Sempat lagi papa perli aku",gumamnya dalam esakan. "Adik pun sayang papa,tenanglah di sana. Di sini biar adik yang selesaikan",katanya sambil mengenggam tangannya kuat.

Dia keluar dari bilik tersebut lalu ke biliknya semula. Bryam dan Arziel mengerut dahi melihat kesan airmata ketuanya.

"Kau asal?",tanya mereka serentak.

"Esok teman aku pergi jumpa lawyer. Ada hal penting",kata Crya dingin. Tangannya ligat menekan huruf di papan komputernya. Arziel dan Bryan hanya mengangguk.

"Oh ya miss,tuan muda call tadi. Dia minta miss balik Sepanyol dalam masa terdekat. Pendaftaran dah dekat",maklumat Bryan membuatkan Crya berhenti menaip. Dia mengambil kalendar di hujung meja. Dia menepuk dahi.

"Lagi seminggu pendaftaran",katanya. Bryan menggeleng kepala. 'Sah lupa',desis hatinya.

"How about them?",sampuk Arziel.

"Aku akan selesaikan sebelum kita balik Sepanyol. Tuan Wrez dan kembar tu dah tahu ke?",tanya Crya serius. Dia kekurangan masa untuk bergurau.

"Tuan Reyanz dan Reyz akan balik Sepanyol pagi esok memandangkan Master suruh mereka pulang. Tuan Wrez akan pulang bersama kita",kata Bryan. Crya mengangguk faham.

"Kau budak. Balik Sepanyol or Jepun?",tanya Crya pada Arziel.

"After settle semua kat sini aku balik Jepun. Habiskan study aku yang tertangguh tu then baru ke Sepanyol untuk apply kerja kat sana",jawab Arziel.

Gadis DinginWhere stories live. Discover now