9

3.2K 216 5
                                    

Seminggu berlalu,Aryna kembali ke sekolah dengan aura yang lebih dingin. Mulut bagaikan terkunci untuk mengeluarkan suara. Pandangan mata makin tajam. Setiap hukuman yang dibuat lebih berat daripada yang sebelum ini.

Seawal 6.45 pagi dia sudah terpacak di sekolah. Dia keluar dari kereta lalu melangkah ke bilik peribadibya untuk menyiapkan laporan tugasnya.

Keadaan yang dingin dan sunyi membuatkan Aryna merasa tenang tanpa suara yang menyakitkan hatinya. Tangan dia ligat menekan papan komputer sehingga waktu perhimpunan..

Menyedari dia terlajak 10 minit segera dia mengemas meja yang bersepah dengan laporan pelajar lain. Dia melangkah dengan santai. Walaupun sudah terlambat dia yakin perhimpunan belum bermula kerana dia mengetuai perhimpunan pada hari itu.

Keadaan dalam dewan sangat bising seolah olah tidak terkesan dengan apa yang diperkatakan oleh para pengawas.. Aryna mengeluh kasar lalu menyambar mikrofon..

"Tengah jual ikan ke semua? Bising kalah pasar minggu. Nak aku tonyoh mulut tu dengan berus jamban ke?"

Senyap terus mendengar suara petir Aryna. Muka jangan dicakap,merah padam.

"Beratur ikut kelas. CEPAT!"

Lagi sekali Aryna memetir di atas pentas. Laju pergerakan pelajar mengikut apa yang diarah Aryna. pengawas lain menjalankan tugas sambil menunggu kehadiran pengetua..
Pengetua masuk ke dalam dewan dan perhimpunan bermula.

🌸🌸🌸


"Perhatian kepada pasukan basketball,netball dan badminton.Anda semua dikehendaki tunggu selepas perhimpunan tamat"

Dengan beberapa patah ayat lagi,perhimpunan selesai. Aryna mengerut dahi mendengar pengumuman tadi. 'Ada something ke nak berkumpul bagai',desis hati Aryna.

"Memandangkan semua dah berkumpul,saya straight to the point la ya..Minggu depan semua yang ada dekat sini akan berlatih setiap hari kerana pertandingan peringkat daerah akan berlangsung bulan depan..Harap semua beri komitmen yang baik."kata ketua penasihat pasukan..Maklumlah penasihat ni semua dia sapu.. Dan kapten of course mereka bertiga.

"Kapten team ada nak cakap?"tanya penasihat lagi.

Aryna,Raisya dan Wafirin berdiri memandangkan mereka kapten setiap pasukan. Masing masing dah gerun tengok riak muka kapten masing masing.

"Basketball aku bagi kelonggaran hari Isnin je tiada latihan.Jadual aku padat tapi tak bermakna korang boleh senang lenang..Jika aku ada masa terluang aku akan panggil korang untuk latihan. Sama juga masa cuti. Kalau boleh tolong fokus game bulan depan. Tolong beri kerjasama team perempuan mahupun lelaki. Even bukan aku sekali pun kapten korang but tolong. Team korang baru je ditubuhkan so beri komitmen yang baik."kata Aryna dingin. Tiada secalit senyuman yang diukir melainkan pandangan tajam menikam mata teamnya seorang demi seorang.

"Same with our team",sampuk Raisya dan Wafirin..

Ketua penasihat,cikgu Faz hanya senyum nipis. Dia akui bakat yang dimiliki Aryna and the gang dapat memegang JUARA seperti tahun sebelum ini...

Bila semua selesai,mereka mula masuk ke kelas masing masing..Nasib mereka baik kerana semua guru ada membuat majlis dan mereka free sampai balik.

Aryna ke tempat duduknya tanpa menghiraukan pandangan mata lain. dia mengeluarkan ipad dan mengulang kaji.Qayyim yang sedang tidur lena dipandang sekilas.. hubungan dia dengan Qayyim agak baik sedikit sejak dia ditahan wad seminggu yang lalu. Qayyim yang menemani dia setiap hari walaupun sekejap.

Gadis DinginTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang