Episod 5: Unexpected Incident

43 17 0
                                    

Bangun je dari tidur....bunyi guruh terlebih dahulu menyapa telinga aku.

"Wah....nampaknya hari ni hujan ribut jugak."

Aku bermonolog sendirian apabila meihat langit makin mendung.Aku mula berdiri lalu meregangkan kedua-dua belah tangan ke atas sambil melihat ke sekeliling kawasan gudang ni.Hmm....nampaknya semua orang masih tidur.

Aku melangkah keluar dari pintu gudang sambil menghirup udara yang tak berapa segar ni. Melihat kawasan yang masih senyap sunyi ni disebabkan pandemik parasite apa entah nama panjangnya tu sambil berfikir,......mesti ramai kan orang dah mati masa bencana alam hari tu?

"Ah!Tak yah fikir pasal benda macam tu lah.Bukannya aku kenal setiap orang yang dah mati tu pun."

Tapi.....aku jadi teringat pulak apa yang jadi masa hari graduation kitorang hari tu.Apa yang.....Akito cakap kat aku pasa masa tu.

* * *

Muka aku yang dah sedia sejuk dibenamkan lagi dalam di sebalik scarf yang tengah meliliti leher aku.Tak sangka pulak malam ni boleh jadi sejuk sampai macam ni.Kalau aku tau....dah lama pakai jaket yang lebih tebal.

"Hoi,Mirai!"

Teriakan suara dari jauh tu berjaya mengalihkan perhatian aku dari terus hanyut di awang-awangan.Akito yang tengah berlari ke arah aku melambai-lambaikan tangannya sambil tersenyum lebar.

Aku membalas lambaiannya sambil menunggu Akito sampai di tempat aku tengah berdiri ni.

"Lama ke kau tunggu?"

Aku menggeleng bagi menjawab pertanyaannya.

"Yang lain mana?"

Akito cuba mengawal nafasnya sebelum menjawab pertanyaan aku pulak.

"Ladies semua dah tunggu kat tempat tu dah."

Oh.....Harap-harap diorang tak mula lagi lah 'majlis' graduation' tu.Haih....padahal kat sekolah petang tadi dah ada majlis dah.Diorang nak jugak buat majlis yang lagi satu ni.Nasib baik kat pusat karouke je.

"So....kalau dunia ni nanti penuh dengan zombie,kau rasa siapa yang akan selamat antara kita berdua?"

Aku memberhentikan langkah lalu memandang pelik Akito yang dah berjalan jauh di depan aku.Sebaik sahaja dia perasan aku takde di sebelahnya,dia terus memusingkan badan lalu berjalan semula ke arah aku.

"Kau kenapa?"

"Aku yang patut tanya soalan tu.Kau ingat dunia ni nak musnah sangat ke sampai zombie semua keluar?"

Akito tertawa mendengar penjelasan aku sambil kami meneruskan perjalanan.

"So....kau rasa siapa?"

Ah!Nak kene jawab jugak ke?Kalau macam tu...mestilah...

"Kau kan,Akito?"

Akito memandang pelik ke arah aku.

"Kenapa pulak aku?"

"Sebab kau kuat lah,kan?Karube dengan kawan-kawan dia pun kau berani lawan sampai tak fikir yang diri sendiri tu boleh kene gantung sekolah."

Akito tersenyum hambar mendengar penjelasan aku.

"Tapi bagi aku...kau yang akan terselamat,Mirai."

"Kenapa aku pulak?"

"Don't kow....just kept thinking you're the one that gonna survive."

"Akito....Kau...."

Aku menarik leher Akito bagi menyamakan paras ketinggiannya dengan aku lalu kepalanya aku luku kasar.

"....Kau jangan fikir pasal world ending lah!"

* * *

Aku tersenyum mengenangkan perkara yang baru berlaku beberapa minggu lepas.Dan tak sangka pulak...yang dunia betul-betul tengah berakhir sekarang di depan mata aku ni.

"To....long..."

Aku mendengar sipi-sipi suara seseorang meminta tolong.Pandangan dialihkan ke sekeliling lalu serpihan-serpihan runtuhan yang berada tidak jauh dari aku menarik perhatian.

Semakin lama aku berada dekat dengan runtuhan tu,semakin kuat bunyi orang meminta tolong.Tanpa berlengah lagi,aku menolak batu-batu yang membentuk runtuhan ni.

Dan akhirnya aku ternampak tangan seseorang tergapai-gapai keluar dari celah-celah runtuhan batu-batuan tu.Aku segera menarik keluar tangannya.

"Te-....terima kasih..."

Perempuan yang baru aku selamatkan tu berterima kasih sambil perlahan-lahan mengangkat wajahnya dari asik merenung jalan tar.Sebaik sahaja aku ternampak riak muka di wajahnya,serta-merta aku terkaku.

Perempuan ni....nampaknya bukan manusia.

Dia perlahan-lahan tersenyum lebar sambil kedua-dua belah pipinya mulai merekah lalu lidah yang panjang perlahan-lahan keluar dari dalam mulutnya lalu ia menusuk perut aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia perlahan-lahan tersenyum lebar sambil kedua-dua belah pipinya mulai merekah lalu lidah yang panjang perlahan-lahan keluar dari dalam mulutnya lalu ia menusuk perut aku.Darah serta-merta membuak-buak keluar dari tempat yang ditikamnya.

UHUK!

Aku terus terbatuk darah lalu apa yang terjadi selepas tu aku lansung tak ingat.

* * *

"Ahh!!!"

Aku terbangun dari tidur dengan perasaan yang terkejut.Bunyi guruh yang kuat lansung tak memeranjatkan aku sekarang ni.Nasib baik takde sesiapa yang terbangun dari tidur diorang disebabkan jeritan aku tadi.

Nafas yang tak terkawal cuba diatur sebaik mungkin.

Tangan kanan laju menggenggam dada aku.

"Ah.....Tak sangka aku boleh jadi reckless sampai boleh kene bunuh dengan monster tu."

Menyesal jugak lah.Penat-penat aku tolong perempuan tu,boleh pulak dia bunuh aku?

However, today....or yesterday punya incident?I don't know.Time travel is complicated.Apa-apa pun kita dah belajar satu benda dari insiden aku baru kene bunuh tadi iaitu.....don't trust anybody.

Ini ke sebabnya mak aku selalu pesan jangan bercakap dengan stranger?

Fiction Series 4:Survive Where stories live. Discover now