"So... Shuu confess dekat kau ke apa?"
Aki bertanya sebaik sahaja aku turun ke tingkat bawah. Aku turun pun sebab nak lari dari confession Shuu tapi mamat yang seorang ni boleh pula ingatkan aku. Dari menjawab soalannya, sebaliknya aku pula yang bertanya soalan lain. "Mana semua orang?"
"Keluar. Take some fresh air I guess. So...." Dia tersengih. "Care to explain?" Soalnya lagi sambil mengambil tempat duduk di atas sofa.
Aku mengambil tempat duduk di sebelahnya. "Nothing interesting."
"Awww come one!! Ada orang confess dekat kau kot."
Aku mengeluh perlahan. Badan disandarkan ke arah sofa sebelum mulut dibuka. "You know, kita baru je berjumpa. Kita kenal pun tak sampai berapa bulan. So, can you... Stop... Trying hard on being a brother?"
Aki terdiam. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain sebelum fokusnya terarah ke siling. Termenung memandang siling tersebut sebelum dia mengeluh perlahan. Menghembus nafas yang panjang.
"Ayah aku, ayah kita I meant, is an explorer. Dia jumpa mama pun masa tengah explore tempat-tempat yang belum pernah dijejaki di negara lain. Yes, mom an explorer too."
Ok-kay....why dia menceritakan segala benda kepada aku?
"So they met, fall in love, kahwin. After kahwin, masa mama still mengandungkan kau, dia pergi explore satu ancient temple ni dengan ayah. Aku follow juga diorang tapi just sebagai tugas untuk menulis apa-apa note bagi discovery baru di temple tu. And there it is. Ayah jumpa satu lukisan di dinding. A man yang dibunuh beramai-ramai oleh beberapa orang. Sebelum lelaki tu melarikan diri and lukisan i berhenti di situ je. Di akhir lukisan, ada satu balang dipenuhi bertutup dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tak boleh dibaca."
Ayah.... Rasa pelik bila mendengar cerita yang aku juga ada seorang ayah.
"When dia buka balang tu, ada something like asap hitam terus keluar dan hilang dari pandangan. We don't know what asap hitam tu sebenarnya but when ayah bawa balang tu balik, dia try nak translate tulisan yang terukir kat balang tu. Want to know something? Dalam balang tu hanya ada cecair merah and when I take a sniff on that thing, bau tengik darah je aku boleh bau."
What kind of cult-like story aku tengah dengar ni?
"And finally, dia berjaya translate. Dan bila dia berjaya translate, I don't why dia happy sangat. Dari jauh aku nampak dia buat air dari darah dalam balang tu and make mom drank that water. FYI, masa mama mengandungkan kau, she's in a lot of pain. Don't know why though. Dengan aku dia ok je pula. And turns out, when kau finally lahir, ayah bawa aku dengan kau dekat safu facility secret ni di bawah rumah. There, dia revealed yang sebenarnya dia dah lama buat kajian tentang the 8th sin."
"What?!" Aku mencelah. "So you're telling me ayah punca kepada Mazoku Project???"
Aki mengangguk lemah. Mungkin dia rasa terkesan dengan tindakan ayah sendiri. Sanggup gadaikan beberapa buah nyawa hanya untuk research dia berkenaan the 8th sin.
"So, turns out darah dalam balang tu sebenarnya darah Mazoku. Dia dah lama search darah tu sebab dia nak revive balik Mazoku. All just because dia buat research yang kononnya Mazoku can give you healthy and immortal life. So dia kasi mama minum darah tu supaya mama tak rasa sakit sangat. Yes. Mama sihat, elok je selepas tu. Even masa lahirkan kau dia ok je. But no. Ayah tak berhenti sampai situ je. Dari masa di antara selepas dia jumpa darah Mazoku dan before kau lahir, ayah try, ambil anak angkat dari rumah-rumah anak yatim untuk buatkan diorang bahan uji kaji eksperimen. Inject diorang semua dengan darah yang dia jumpa. But takde siapa yang survive lama. Until you came."
M-me? Apa kene menganya aku dalam story dia ni?
"Disebabkan takde siapa yang pernah survive lama, ayah try jadikan aku bahan uji kaji juga. At first aku survive. Long enough for a few months. And to the point the so called six pointed star mula muncul sendiri dekat dahi aku. Yes. Tu tanda badan kau start untuk develop ke arah kesesuaian kuasa dan apa-apa je trait yang Mazoku pernah ada dulu. But aku tak last long, aku still budak-budak kot masa tu." Aki tertawa hambar. "Of course sebab change tetiba dekat badan aku, aku terus dapat banyak penyakit. Selalu muntah darah. Kuasa Order aku sekejao boleh guna, sekejap tak. To the point Chris kadang-kadang lagi pandia guna kuasa Order dari aku."

YOU ARE READING
Fiction Series 4:Survive
Fantasy[HIATUS] "I want to see the end with you guys." * * * Aku kene patah balik masa untuk selamatkan diorang semua.Even benda ni boleh bunuh aku sekalipun. Itulah apa yang aku fikirkan bila nampak dunia yang aku hidup sekarang makin musnah.Patah balik m...