"Sukuro...."
Entah macam mana parasite dalam badan lelaki tu dah mula mengambil alih badannya.
Semua orang di dalam posisi bersedia.Ah.....macam mana pulak si Sukuro ni boleh hilang kawalan sehari selepas perempuan baru tu datang?
Tangan kana Sukuro yang tengah memegang kolar baju perempuan semalam tu diangkat tinggi-tinggi.
Yuuki memberi isyarat kepada Kazuma untuk menggunakan kuasanya bagi menahan Sukuro dari berbuat apa-apa.
Sebaik sahaja tangan Kazuma menusuk bahu Sukuro,aku terus berjalan ke arah lelaki tu yang dah diangkat tinggi.Tapi...tangan kanannya masih utuh memegang kolar baju perempuan tu.
Aku memegang pergelangan kakinya lalu memori Sukuro berkenaan perbualan kami malam tadi mula melintas di fikiran aku.
"Hey....kalau aku bertukar nanti,aku nak kau orang yang bunuh aku."
Aku mengangguk sambil memandang sayu ke arah Sukuro.
"You want it to be suffer or painless?"
Aku tergelak kecil sambil menguak rambut ke belakang lalu berbisik;
"Mestilah painless kan?"
Aku menarik nafas dalam sebelum menghembusnya dengan berat sekali.
Baru aku nak membuka mulut.......Tiba-tiba mulut Sukuro dibuka seluas-luasnya lalu dengan sekali telan sahaja badan budak perempuan baru tu dah terbelah dua.Darah yang tersembur keluar dari bawah badan perempuan tu mula memercik dengan banyak lalu satu badan aku dah dipenuhi dengan kesan darah.
Bau hanyir aku hanya buat tak peduli je pada masa sekarang.Kedengaran Okumura juga mula menjerit histeria apabila menyaksikan adegan ngeri yang baru sahaja berlaku di hadapan matanya.
Laju aku mengeluarkan pisau rambo dari belakang seluar lalu dengan sekali libas,kepala Sukuro dah tertanggal dari tubuh badannya.
Pap!
Aku memandang tangan Yuuko yang tengah memgang bahu aku sambil memberikan sepenuh fokusnya kepada kepala Sukuro yang dah berlumuran darah.
* * *
Aku hanya membiarkan sahaja apabila Yuuko mengambil tempat duduk di sebelah aku.Pandangan aku masih tak lepas dari memandang langit malam yang kelam di atas bumbung bangunan ni.
"Hei,Mirai...."
Aku tak membalas panggilan tu lalu sebaliknya hanya mendiamkan diri.
"Mirai!"
Agaknya disebabkan perempuan tu dah hilang sabar,dia mula menjerit nama aku lalu memegang kedua-dua belah pipiku lalu dipusingkannya supaya aku hanya memandang muka dia.
"Kau....okay tak?"
Suaranya agak mendatar sebaik sahaja dia nampak reaksi muka aku yang agak.....apa orang kata ya kalau nampak?Depression.Hah....tu lah perkataanya.
Aku mengalihkan pandangan dari terus memandang sepasang mata berwarna biru laut milik Yuuko tu.
Tiba-tiba,aku dapat rasa sesuatu yang lembut mula menindih tangan kanan aku.Aku mengalihkan fokus ke arah tangan aku dan dengan jelas aku dapat nampak tangan Yuuko tengah menggenggam erat tangan kanan aku.
"Kalau ada masalh,kita bincang sama-sama."
Aku hanya membiarkan Yuuko bermain-main dengan tangan aku.
"We're all family now..."
Aku tersentak bila Yuuko mengatakan perkataan 'family' tu.Betul...ke?Betul ke kau maksudkannya,Yuuko?
"Walaupun aku ni seorang pembunuh?"
Yuuko berhenti bermain-main dengan tangan aku lalu perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya lalu memandang tepat ke arah mata aku.
"Apa...yang kau maksudkan?"
Ah....Aku tak sangka perkataan 'pembunuh' tu boleh terkeluar dari mulut aku.Punggung terus diangkat dari terus berlama-lamaan duduk di debelah Yuuko.Dan tanpa disangka,Yuuko terlebih dahulu menggenggam pergelangan tangan kanan aku.
"Mirai....aku dah kata sebelum ni,kalau ada masalah kita kene bincang sama-sama.And kalau kau tak rasa selesa,kau boleh cerita je dengan aku.So....what do you mean by 'killing'?"
Aku mengambil tempat duduk semula di sebelah Yuuko.
"Kalau aku cerita...Kau akan pandang aku sebagai pembunuh or still.....a friend?"Tanpa ragu-ragu Yuuko menjawb bersama dengan senyuman lebarnya.
"Mestilah friend."
YOU ARE READING
Fiction Series 4:Survive
Fantasy[HIATUS] "I want to see the end with you guys." * * * Aku kene patah balik masa untuk selamatkan diorang semua.Even benda ni boleh bunuh aku sekalipun. Itulah apa yang aku fikirkan bila nampak dunia yang aku hidup sekarang makin musnah.Patah balik m...