Prolog

159 21 0
                                        

Tahun 2061.Tahun di mana semua orang rasa yang dunia dah maju.Tahun di mana kita semua rasa yang peperangan mahupun benda-benda pelik tak akan terjadi lagi macam Grim Project dan Akihito Project tu.Tahun di mana.......semua orang fikir yang Bumi ni dah bebas.

Siapa yang ada fikiran macam ni,sila jangan dengar cerita aku.Pergi jauh-jauh.Dan,siapa yang percaya hidup tak selalunya indah,korang dialu-alukan untuk mendengar cerita aku.Cerita yang akan aku perdengarkan kepada korang adalah......

Cerita di mana yang planet Bumi hampir berada di ambang kepupusan.Yeah....lagipun planet Bumi ni dah hidup selama beribu-ribu tahun dah.Jadi...ianya logik bila kita fikir yang Bumi akan bila-bila masa je mati.

Dengan eksperimen-eksperimen pelik yang sering berlaku kat Bumi,logik jugaklah kalau Bumi ni sekarang tengah against humankind.Balasan atas perbuatan saintis gila tu semua bila diorang dah korbankan banyak budak tak berdosa.Dan disebabkan eksperimen mengarut diorang tu jugaklah,raksasa-raksasa tu semua terhasil.

Dulu aku pun berfikir macam tu sebab aku tak kesah sangat kalau manusia mati dan pupus disebabkan Bumi dah nazak.Masalahnya sekarang.......aku ingat aku akan mati dulu sebelum sampai ke zaman di mana Bumi tengah against humankind.But.......aku masih hidup sampai sekarang.

Sihat sangat.....Sihat sangat sampai aku dah capai umur 18 tahun sekarang ni.Menarik kan?Dulu aku fikir lebih baik kalau manusia sekeliling aku mati je terus.Tapi sekarang......manusia-manusia tu jugak lah yang bantu aku dalam journey ni.Journey di mana aku kene pulihkan balik aturan masa kat Bumi ni.

Korang....sudi ke nak dengar cerita aku?Cerita aku yang membosankan ni?

Semuanya bermula bila........

* * *

"KANPAI!!"

Semua orang lagakan gelas masing-masing and then teguk air oren yang berada di dalam gelas.Jangan risau,takde siapa minum arak malam ni.Umur kitorang pun baru 18 tahun.

Kitorang semua berpeluk ramai-ramai kat dalam cafe yang tak ramai orang ni.Ah~.....Bahagianya dah tamat belajar.Boleh bebas.Boleh lepak dengan kawan-kawan setiap hari.Dan boleh.....Oh yeah.

Aku terlupa.Kene sambung belajar ataupun cari kerja lah kan?Sumpah aku tak ingat lansung pasal ni.Aku hanya ingat yang lepas habis belajar,aku boleh;

1.Tak yah belajar setiap hari

2.Tidur setiap masa

3.boleh lepak dengan kawan-kawan selalu

4.Boleh buat apa je aku nak

Sebenarnya banyak lagi list,tapi nanti bosan pulak korang hanya dengan mendengar list aku nanti.

* * *

Aku melambai tangan kepada semua kawan-kawan aku yang dah naik bas.Kenapa aku tak ikut diorang walaupun aku sama taman dengan diorang semua?Sebab diorang jerk!

Ha.Ha.Ha.Ha.Gurau je.Kawan-kawan aku tu jugaklah yang selalu ada masa senang dan susah aku.Anyway.....aku kene pergi ke suatu tempat ni sebelum balik rumah.

Kaki mula mengatur langkah dan akhirnya sampai jugak dekat tempat yang aku tuju.Lama aku memandang tempat ni.Nafas ditarik dan dihembus.

Lama aku termenung sebelum kaki mula melangkah masuk ke dalam kawasannya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Lama aku termenung sebelum kaki mula melangkah masuk ke dalam kawasannya.

Bila kaki aku dah berhenti kat depan pusara dia,aku cuba menahan air mata dari keluar.Perlahan-lahan aku mula melutut di depan pusara tu.Dengan pandangan kabur aku membaca nama yang tertera.

Hirasu Otosaka
2041-2058

Aku mengeluh.

"Abang...."

Kepala diangkat untuk tengok pusara tu semula.

"Aku dah graduate tau?Jadi....kau tak boleh lah usap kepala aku macam aku ni budak kecik.Kau pun tak boleh lah panggil aku ni budak tak matang dah.Sebab.....Aku graduate dulu dari kau."

Aku mengesat air mata dan mengalihkan pandangan ke langit malam yang bertaburan dengan bintang-bintang kecik.Hari esok......Hari di mana aku akan mulakan hidup baru dan tanpa aku sedar yang hari esok tu adalah hari yang paling 'neraka' untuk aku dan maybe juga untuk orang lain.

Fiction Series 4:Survive Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang