"Ayah! Nia dah cakap banyak kali kan jangan tolong kakak. Kenapa ayah degil! Tengok apa bala yang dia dah buat" lantang suara Hania. Dia marah!
Sangat-sangat marah. Ayah dan ibunya hanya mampu menekur lantai. Tahu mereka yang salah dalam hal ni.
"Kak Nia dah lah. Kesian ayah dengan ibu" pujuk adiknya Haura.
Haura juga geram dengan ibu dan ayahnya. Kalau mereka tak tolong kak Haziqah tu takde maknanya Kak Nia akan marah macam ni sekali.
"Huh! Kesian apanya. 5 juta? Are you kidding me? Mana kita nak cekau duit sebanyak tu? Kalau gadai syarikat Ayah pon belum tentu cukup. Kenapa nak tolong kakak? Lupa ke dia juga yang halau kita dari syarikat tu" tangannya dikepal geram.
Marah betul dengan kakak sulungnya itu, kalau ada depan mata memang dia lempar dalam laut terus. Jangan dicabar marahnya Hania. Ibu dan ayahnya juga takut kalau anak gadis kedua mereka marah.
Buruk padahnya.
"Ayah lupa ke dia halau kita dari rumah dan syarikat tu? Dia terajui syarikat tu tak sampai setahun dah hampir muflis tapi ayah pergi pinjam dengan ah long sampai 5 juta tu kenapa?! Ada nampak syarikat kita makin baik ke? " merah matanya menahan tangis.
"Dia anak ibu jugak, takkan nak biarkan syarikat tu muflis" jawab ibunya menikus.
"Hahaha" Hania ketawa sinis.
"Habistu Nia bukan anak ibu dengan ayah ke? 5 juta bukan sikit bu! Banyak! Kalau tak boleh bayar kita semua yang kena bunuh tahu!" Marahnya sudah memuncak.
Dia tak kisah orang tuanya terasa, biar mereka tahu Haziqah tu kejam. Mana mungkin seorang kakak sulong sanggup buang keluarga dia semata-mata mahu menyerahkan semua harta keluarga demi cinta kepada seorang suami.
"Cinta tu boleh tapi jangan jadi bodoh sangat. Lupa cara dia halau kita sehelai sepinggang? Kita takde apa-apa harta dah. Nia kerja untuk tampung family kita. Tapi kenapa semua buat Nia macam ni? "
"Maaf, ayah tak tahu jadi macam ni" muram sahaja muka Encik Hairul.
"Haura, tolong tenangkan kakak kamu" bisik ibu.
Sungguh tiada siapa dapat meredakan kemarahan Hania selain Haura.
Haura lagilah takut, kali ni kakaknya lagi garang. Haura hanya mampu gelengkan kepalanya tanda tak nak masuk campur.
"Huh! Ayah ni bijak kan? Kenapa bila dengan Haziqah ayah jadi macam ni? Kenapa nak pertahankan lagi kakak tak guna tu" kali ini suara Hania semakin kendur. Riak wajahnya kesal.
Dia tak mahu menangis di sini. Nampak bodoh je kalau tunjuk lemah!
"Nia jaga mulut! Walau apa pun jadi dia tetap kakak kamu! "
"Huh kakak apa macam tu?! Sanggup buang kita sebab suami gila harta dia tu? Apa ke bodohnya si Haziqah tu! " tempik Hania.
Api kemarahannya ternyata belum padam.
Pang!
Encik Hairul tak sengaja menampar anaknya itu. Geram barangkali dengan Haura.
"Ayah! "
"Abang! "
Haura dan ibu menjerit serentak. Terkejut dengan tindakan Encik Hairul.
Menggeletar tangan Encik Hairul. Perasaan bersalah menyelubungi dirinya. Sanggup dia tampar muka Hania.
"Nia.. Ayah" belum sempat Encik Hairul bersuara Hania terus melobos keluar dari rumah.
Dia pantas berlari ke arah kereta Axia yang diparkir depan rumah sewa jenis teres.
Enjin terus menderum kuat.Dia bawa kereta selaju yang boleh asalkan jauh dari rumah mereka.
"Kenapa! Kenapa semua orang sayangkan Haziqahh! Aku benci kau Haziqah. Benci! Kalau negara ni takde undang-undang dah lama aku bunuh kau!! " stereng kereta dihentak-hentak.
Matanya merah. Akhirnya dia menangis sekuat mungkin. Dia memberhentikan kereta di tasik yang entah di mana lokasinya. Dia tak tahu dia ada dekat mana sekarang.
Tiada kawasan perumahan dekat sini. Hanya ada dia sahaja di tasik ini. Mungkin hari ni hari Isnin jadi tiada orang dekat sini.
Dia mahu lepaskan sesak yang berada di dadanya saat ni.
"Diorang tak tahu ke, kalau aku tak mampu bayar hutang tu aku kena kahwin dengan boss ah long tu? " Hania mendengus kasar.
"Jangan harap nak kahwin dengan mamat entah mana-mana tu"
"Arghhh! " dia menjerit sekuat hati. Batu di kiri dan kanan dilontar laju ke dalam tasik.
Emosinya sudah berterabur kali ini.
"Kalau nak menjerit sekalipun pandang kiri kanan" suara garau lelaki memecah keheningan kawasan tasik itu.
Terkejut Hania. Ingatkan dia sorang ada dekat sini. Matanya yang merah digeser beberapa kali. Haih bengkak lah mata dia nanti.
"Sorry" Hania pantas bangun. Tanpa berpaling ke wajah tersebut dia terus beredar.
"Wait" langkah Hania terhenti.
Apa lagi laki ni nak? Nak kena terajang ke apa?
Ktak! Ktak! Ktak!
Bunyi tapak kasut tebal menghampiri Hania.
Lelaki itu sekarang berada tepat-tepat di hadapan Hania.
Hania pantas melonggo tinggi kepalanya mahu melihat lelaki itu. Haih tinggi macam kwang soo si zifafah tu.
Mata kelabu muda kehitam-hitaman bersinar. Hania bagaikan terpegun.
Mak ai! Ni model ke apa ni? Hensem giler.
Dia hanya memerhati gerak geri lelaki di hadapannya ini. Berbaju kemeja hitam yang lengannya disinsing, berseluar slack hitam, kasut kulit hitam yang bersinar. Muka ala-ala mamat cina tapi nampak melayu. Entah!
"Mata kau bengkak" dia semakin menghampiri Hania.
Tangan kirinya mengeluarkan sapu tangan hitam yang bercorak bunga ros merah di hujung kanan.
Semakin dia menghampiri semakin Hania berundur ke belakang. Kakinya pegun tapi badannya tidak.
"Nah, sapu air mata kau" tangan Hania ditarik dan dia pantas meletakkan sapu tangan tersebut ke telapak tangan Hania.
Kemudian dia berpusing lalu melangkah laju ke arah kereta lamborghini hitam entah model apa.
Hania mengerdipkan matanya beberapa kali.
Apa yang terjadi?
"Tiber je mamat tu" jam tangan di sebelah kiri dikerling.
"Alamak! Lupa ada meeting. Haish mata aku dahlah bengkak giler ni. Masalah betullah"
Dia berlari ke kereta Axia putih miliknya.
**********************
"Tzusuki-sama" ujar pemandu di hadapanya."Nani? " dia bersandar di tempat duduk belakang. Matanya dipejam.
"Why you give her your favourite handkerchief? " persoalan dari pemandu muda itu menyebabkan mata dia terbuka.
Dia masih bersandar tapi matanya terbuka.
"I don't know" dia menjawab perlahan.
Matanya dipejam sekali lagi.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...