Bab 50: Dia!

68 8 13
                                    

Hania masih terbaring kaku di atas katil. Bosan rasanya, hari ini tak perlu pergi kerja sebab Tzusuki nampak si Hania ni sakit. Pucat saja mukanya, tapi yang peliknya Hania tak rasa apa-apa. Haish! Lantaklah boleh jugak rasa cuti.

Haura pagi-pagi lagi dah keluar ditemani Ronin Dan Tatsuo. Hanya Hania Dan Mak Lah yang berada di rumah. Bosan sungguh ye, nampaklah si Hania ni seorang yang suka bekerja.

Tapi daripada dia baring aje baik dia turun ke bawah, jalan dekat taman ke sekitar rumah ke. Kalau diikutkan jarang sekali dia nak jalan-jalan di kawasan perumahan ni. Yelah datang sini pun terpaksa sebab kahwin.

Lepas bersiap ala Kadar dia terus turun ke tingkat bawah. Tapi auranya rasa lain sekali, dia rasa tak sedap hati.

Sunyinya rumah ni macam tiada orang lain kecuali hanya dia di rumah ini. Kosong sekali, malahan kelibat Mak Lah di dapur juga tiada apatah lagi di pondok pengawal depan sana. Tiada seorang pun kecuali Hania.

Rasa seram sejuk.

Sehinggalah ada tangan yang memeluknya Dari belakang dan hidungnya ditekap dengan sapu tangan yang berbau tengit.

Hania mencakar tangan tersebut, namun hanya sia-sia bila dirinya sudah layu dalam pelukan tersebut.

"Hania, dah tiba masanya aku lepaskan kebencian aku." Ujarnya sinis.

Dia yang berbaju serba hitam bagai pembunuh upahan yang sudah berjaya mendapatkan mangsanya.

"Bawa dia" ujarnya tegas.

Dan masuklah dua orang lelaki ke dalam rumah Tzusuki. Mereka mengangkat Hania Dan terus membawanya pergi bersama van hitam. Rupanya pengawal yang lain bersama Mak Lah sudah ditidurkan awal-awal.

"Kalau ikut kira, aku nak bunuh terus kau Hania. Menyusahkan hidup aku sejak dulu." Ujarnya yang santai duduk di tepi pemandu.

Dendamnya Masih belum terlunas, halal Haram sudah ditolak tepi. Kalau bukan sebab Hania dia takkan jadi begini. Semuanya Salah perempuan tu.

"Tapi, Masih terlalu awal untuk kau tahu tentang kewujudan aku. Belum sampai masanya lagi untuk kau tahu siapa dalang di sebalik semua ni." Senyumnya sinis sahaja.

Masih ada perancangan yang perlu dia aturkan Dan semua ini hanya untuk melihat kehancuran hidup Hania.

**************************

Hania tersedar Dari Lena yang panjang, dia terus bangun. Kepala yang berpusing menyebabkan dia terduduk di atas lantai kembali. Dia memegang kepalanya yang berat Dan menggeleng beberapa kali mahu hilangkan rasa berpinar.

Setelah beberapa minit dia Cuba mengatur nafas, akhirnya oksigen di kepala sudah mencukupi Dan dia bisa berdiri dengan sempurna.

Bilik kosong ni luas, stor besi. Bau besi yang mencucuk hidung. Dia tekup hidungnya.

Hania meraba dirinya untuk memastikan pakaian Dan auratnya tertutup. Alhamdulillah semuanya masih tertutup.

"To....long" bunyi suara yang sayup-sayup meminta tolong.

Hania terus mencari arah suara itu, dalam samar-samar cahaya. Hari sudah gelap barangkali, lampu di stor ni pun bukan dalam kondisi yang baik. Dia menjaga langkahnya takut-takut terlanggar besi yang tajam.

"Tolong aku" suara itu makin kuat Dari arah tepi kanannya. Dia terus menukar arah Dan akhirnya terus menjumpai sumber suara itu.

Ada gadis yang terikat kemas di atas kerusi besi yang agak usang Dan rapuh. Makin banyak gadis itu Bergerak boleh jadi besi itu akan pecah Dan mencucuk seluruh badannya. Gadis itu ditutup kepalanya dengan kain hitam.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now