6 bulan kemudian.
"Tatsuo, abang Tzu tak nak turun makan lagi." Haura mengadu lagi kepada Ronin Dan Tatsuo.
"Haih, susah betul nak makan! Karang aku suap dia, aku yang kena sepak. Habis nak buat apa ni Ronin?" Tatsuo mengeluh.
Ronin cuma angkat bahu. Tak tahu nak buat apa lagi.
"Tu je kerja kau, tahu angguk, geleng, angkat bahu je. Macam mana eh Haura boleh berkenan dekat kau kalau macam ni lah gayanya." Kutuk Tatsuo lagi.
"Eh dengan saya dia cakap banyak je." Sampuk Haura.
Terus Tatsuo pandang Ronin tajam.
Ohh macam tu abangnya bila dengan perempuan kesayangan ye? Dengan dia macam emas dalam mulut, selagi tak naik suara selagi tu lah abang dia takkan bersuara.
"Dahlah kau Ronin, baik kita cari cara macam mana nak bagi tuan tu makan. Haih lah Haura, manalah kakak kau tu hilang ye? Dah 6 bulan dah Haura, Tzusuki dah macam emak kucing yang hilang anak. Puas dicari satu jejak pun tak jumpa." Bebel Tatsuo.
Di mana Hania menghilang?
Haura dari senyum terus muram. Namun dia tetap memaniskan senyumannya.
"Jangan risau, dia Selamat. Dia akan kembali.."
"Macam mana kau yakin?" Tanya Ronin.
"6 bulan lepas, walau masih mamai. Saya dengar dia cakap dia akan kembali sampai semuanya selesai." Jawab Haura.
"Apa yang selesai?" Suara garau menyoal.
Mereka bertiga terus berpaling menghadap suara itu.
Tzusuki, memandang mereka tajam. Wajahnya yang bermisai halus, rambutnya yang makin panjang tak diurus. Sejak kehilangan Hania, dia bagaikan hilang semangat.
Hania penyeri hidupnya, namun seri itu sudah hilang. Hidupnya hanya perlu menghadap kerja, sudah banyak dia habiskan duit untuk mencari jejak Hania. Namun, bayangnya juga sudah tidak wujud di bumi Jepun ini.
Dia cuma berdoa semoga isterinya itu sentiasa dalam jagaan Allah. Dia tak mampu berfikir lagi, apa yang terjadi semuanya buntu namun dia tahu ini semua ada kaitan dengan perjumpaan pertama mereka di Jepun dahulu.
Atau mungkin ada kaitan dengan Sarah?
Dan kenapa dia baru berfikir saat ini?
Dia perlu cari Sarah, mungkin petunjuk tentang Hania ada padanya.
"Tzusuki, kau kenapa Diam?" Tatsuo risau sebab tiba-tiba Tzusuki Diam tak berkutik.
Bagaikan tersedar terus dia geleng kepala.
"Sarah dekat mana sekarang?" Tanya Tzusuki kepada Ronin.
"Eh bukan Hania?" Sampuk Tatsuo.
Dia silap dengar ke? Kenapa tiba-tiba Tanya tentang Sarah? Bukan ke yang hilang tu Hania?
"Sarah, Tatsuo! Kau ni dah pekak ke?" Tzusuki naikkan suara. Dia tiada masa untuk bergurau.
Tatsuo senyum malu-malu kucing.
"Dekat kg lah, mana lagi?" Tatsuo membidas.
"Petang nanti kita balik rumah nenek. Aku ada Hal nak Tanya dia." Dengan pantas Tzusuki terus menuju ke biliknya.
Dia mahu bersiap dengan pantas. Mungkin Sarah ada petunjuk tentang Hania?
Dia je yang tak perasan sebelum ni sebab terlalu serabut Dan sedih akan kehilangan cinta hatinya.
"Ronin, cepatlah bersiap. Haura nak ikut ke kitorang balik rumah nenek?" Soal Tatsuo kepada Haura.
Haura hanya pandang Ronin. Ronin pula tak bagi reaksi apa-apa.
"Erm, takpe kot. Saya tinggal sini jelah, lagipun tu Hal abang Tzu, Haura tak nak masuk campur." Jawapan Haura, Ronin Dan Tatsuo terima dengan baik.
Tatsuo Dan Ronin hanya menukar baju santai sahaja sementelah hanya mahu ke rumah nenek Dan bukan soal kerja.
"Ronin, memang betul-betul tuan tu cintakan Hania eh." Bisik Tatsuo kepada Ronin yang sudah siap sedia di dalam kereta.
"Dah tu kau Ingat dia main-main ke Selama ni?" Tukas Ronin dengan 'side eye'.
"Takdelah, tahu je. Tapi ketiadaan Hania tu dah macam jadikan tuan kita tu bukan macam dulu. Kau faham tak apa aku Cuba sampaikan ni?" Dia lebih kepada mahu bandingkan diri Tzusuki sebelum Dan selepas hidup dengan Hania.
Kalau dulu satu benda pun tidak dapat mengganggu Tzusuki dalam pekerjaannya. Dia sangat gigih Dan tekun untuk bekerja, hidupnya bagaikan robot. Kebiasaan orang Jepun kerja bagaikan robot sampaikan mampu hilang kewarasan untuk hidup seperti orang normal.
Jauh berbeza dengan budaya kerja Malaysia.
"Sebab cinta tu boleh merubah orang sihat kepada sakit, kau tahu cinta tu anugerah Allah. Tapi kalau kau terlebih mencintai manusia, hati kau akan hancur bila terlalu berharap." Ronin berkata-kata.
Terpana sekejap Tatsuo dengan kata-kata Ronin. Dia tak pernah rasa begitu sekalipun dengan Haura.
"Wow! Hebat kau berkata-kata. Sekali buka mulut tak terjawab aku." Tatsuo geleng kepala.
"Kau sebenarnya tahu ke sebab Hania hilang?" Tanya Tatsuo kembali. Walaupun dia rapat dengan Hania tapi tak semua dia tahu tentang puan muda itu.
Ronin hanya Diam. Dia juga tak pasti sebenarnya, namun dia yakin ini ada kena mengena dengan kejadian dahulu. Mungkin ada sebab Hania bertindak begini.
Dia pasti juga Tzusuki mahu bertemu Sarah gara-gara ini. Sarah mungkin tahu kehilangan Hania disebabkan oleh apa dan mengapa wanita itu hilang dari radar sehingga menyebabkan Tzusuki nanar.
"Jom." Satu arahan dari suara garau yang entah muncul dari mana menyentak lamunan Tatsuo dan Ronin.
Tzusuki yang sudah siap menyandar di tepi kereta, memakai baju sejuk turtleneck berwarna hitam dan seluar slack yang berwarna hitam juga. Nampak kemas dan dingin.
Misainya telah dicukur dan rambutnya yang panjang digayakan dengan kemas. Sudah nampak terurus jauh berbeza berbanding tadi.
"Wow, hensemnya tuan kita ni." Sogok Tatsuo.
"Dah jom. Aku takde masa nak melayan korang." Terus Tzusuki masuk ke dalam perut kereta.
Tatsuo dan Ronin tak membazir masa terus juga masuk ke dalam kereta marcedez benz W117 yang berwarna hitam.
Tzusuki duduk di belakang pemandu dan sepanjang pemanduan dia hanya mampu memandang luar tingkap melayan kerinduan yang tidak bertitik noktah untuk isterinya.
'Hania baliklah, aku selalu tunggu kau' hanya hati Tzusuki yang rela berkata-kata sekarang.
Cinta tak mudah untuk dilepaskan begitu sahaja sementelah seluruh jiwa raga kuserah untukmu.
YOU ARE READING
AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!
RomanceHania seorang gadis berumur 24 tahun. seseorang yang gila akan kerja. cinta akan dirinya sendiri dan lebih suka jika tiada yang mengawalnya. Free spirit. Tzusuki lelaki maskulin yang berumur awal 30-an pula ibarat mengambil kesempatan atas kesempit...