Bab 65

17 3 1
                                    


"Mak Lah, nanti jagakan Reina sekali tau. Kalau ayah dah sampai jemputlah dia masuk dulu. Saya kena selesaikan Hal syarikat sekarang, ada masalah yang kena selesaikan. Saya pergi office dulu, kalau ayah Tanya jawab je saya ada hal urgent. Bilik yang saya suruh kemas tu dah ke? Ayah datang bawa tetamu sekali tu." Panjang lebar Tzusuki memberi arahan.

"Ye dah tuan, mak lah dah siapkan Dua bilik. Reina pun Masih tidur tu. Kalau Reina menangis tak berhenti cari kamu mak lah call aje kamu ye." Jawab Mak Lah.

"Alright thank you mak lah. Apa-apa Hal terus cari saya ye."

Serentak it, Tzusuki terus keluar dari ruang tamu. Tiba-tiba seorang pekerja di tapak pembinaan mengalami kecederaan di kepala akibat hentakan daripada cebisan bangunan yang retak, dia harus selesaikan Hal itu secepat mungkin. Takut Hal itu tersebar ke pihak media Dan sekaligus memberikan kesan yang buruk buat syarikatnya.

Sampai sahaja di kawasan pembinaan, Tzusuki memastikan tiada lagi yang tercedera Dan bahagian Risk Management juga sudah dipanggil di tapak pembinaan bagi menyiasat punca berlakunya kejadian.

Habis sahaja meeting, dia terus keluar Dan menuju ke pejabat. Sampai sahaja pejabat, PC dibuka untuk check email dia mahu tengok semula pelan bangunan yang retak tadi.

Brrrr!

Getaran dari kocek seluarnya, menyebabkan kerjanya tergendala. Dia mengeluarkan telefonnya.

Ada group whatssap baharu yang bertajuk 'Hari Penting Yukio's'.

Tzusuki geleng kepala, mesti idea Tatsuo. Dia sorang je ada masa nak buat benda macam ni, yang lain tak kuasa nak layan. Dalam group tu hanya ada dia, Sarah, Ronin, Tatsuo, Haura Dan juga Seijun.

Ting!

Ting!

Ting!

Tatsuo menghantar gambar, ye hari ni majlis tunang Ronin dan Haura. Dia membuka gambar yang diberikan oleh Tatsuo.

Haura Dan Ronin yang berbusana warna hitam duduk dalam jarak sedepa di atas pelamin. Ada juga ibu bapa mertua Dan ibu bapa saudaranya dalam gambar. Mereka nampak gembira sekali.

Tzusuki turut gembira.

Ada juga gambar Tatsuo yang berbaju kemeja hijau pucuk pisang. Terbeliak mata Tzusuki,menyerlah betul Tatsuo. Ada juga gambar Tatsuo yang berada di tepi Seijun.

Seijun yang nampak nak terajang Tatsuo, Ronin sedang makan sate. Haura yang sedang mengipas Ronin sebab kepanasan.

Ada juga Haziqah yang sedang berbicara dengan Sarah. Nampak muka mereka berdua tegang.

Tapi Tzusuki tak ambik endah. Akhirnya jarinya menaip sesuatu.

Congrats Haura n Ronin- Tzu

Buruk betul baju kau Tatsuo- Tzu

Kirim Salam mak bapak korang, Salam sayang juga buat Reina di Jepun- Tzu

Dia terus menutup telefonnya Dan meneruskan kerja.

************************************

Pintu rumah dibuka perlahan, Mak Lah terus terkocoh-kocoh keluar dari dapur. Mahu menyambut kedatangan Ryuzaki.

"Selamat pulang tuan!" Mak Lah senyum Manis.

"Lama tak jumpa kamu Lah, sihat?" Soal Ryuzaki berbasa basi.

"Alhamdulillah sihat, Tuan masuklah dulu." Ramah mak lah.

Dia perasan ada wanita yang bertudung warna khaki di belakang Ryuzaki.

AISHITERU! TZUSUKI-SAMA!Where stories live. Discover now